✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, October 28, 2011

Perbezaan Ketara Adan & Hawa

Perbezaan Ketara Adan & Hawa: 1. Makan di luar
Apabila dapat bayaran bil, Anita, Laila, Aishah dan Sarah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.

Apabila dapat bil bayaran, Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz akan keluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.25. Tiada di antara mereka yang akan
mengeluarkan jumlah sen tersebut.

2. Duit
Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hatinya. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.

Wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan
murah.

3. Masa hadapan
Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.

Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

4. Bilik air
Lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.

Wanita pula secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang
tersebut serta tujuannya.

5. Pertengkaran
Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..

Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru!

No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com