✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, December 15, 2011

Kucing Kotak & Cinta



Pendapat peribadi aku tentang gambar di atas :
Ia sama maksud dengan cinta

Kita mempunyai kekasih yang sangat kita sayang dan kekasih kita juga menyayangi kita seadanya

Tiba-tiba ternampak seseorang yang lebih sempurna dari kekasih kita

Kita pun mula mengenal dan mula berpindah perasaan dengan seseorang yang baru itu

Kita mengambil keputusan untuk mencintai yang baru

tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh dan selalu rindukan kekasih lama kita

Dan mula sedar kehilangan kekasih dahulu serta membuat keputusan untuk kembali kepada kekasih lama


Ini pendapat aku lah berdasarkan gambar yang aku nampak ni.
Sedangkan kucing sendiri ada perasaan rindukan kotak lama dia..
Apatah lagi manusia

Pesanan beta untuk hari ni :

hargai cinta seseorang kekasih, jangan pernah memberi peluang kepada insan lain untuk mengenali anda dengan lebih dekat. Jika kita didatangi insan lain yang berniat untuk mengenali kita dengan lebih dekat,
abaikan.. !! kerana anda perlu menjaga hati kekasih anda..
Jangan sampai anda kehilangan kekasih anda, baru anda mula menyesal...


No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com