✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, January 1, 2012

10 Perkara Bole Kita Lakukan Kalau Tengah Bersedih


  • Buat orang lain happy. Even korang tengah sad macam nak rak, lupakan sekejap masalah korang tu. Cari kawan, tanya kalau-kalau dia ada problem ke apa. Buat kawan korang happy. Biasanya, automatically, kita pun akan sama-sama happy sekali. Silakan buat!!! hehehehe
  • Cari makanan favorite korang!!! Macam saya, saya suka choclate KitKat. hahahahaha!!! Ice cream pun boleh jugak, biasanya menjadi jugaklah. Lupa nak sedih-sedih.
  • Pasang lagu kesukaan korang. Tak kira lah, kalau dalam diam sebenarnya korang ni peminat muzik etnik kreatif, silakan je pasang kuat-kuat.hahahahahaha!!!! Kalau saya, saya dance sekali. Lega!!!
  • Kalau perlu menangis, silakan menangis!!! Sebenarnya, saya tak galakkan menangis. Tapi, ada sesetengah orang, dia akan rasa lega bila menangis. So, bolehlah cuba. Kalau untuk kita yang Muslim ni, tak perlu menangis sangat kecuali atas tikar sejadah. Mengadulah pada Pencipta kita 
  • Rendamkan kaki korang dalam air suam. Kalau dekat rumah ada bath tub, rendam je terus dengan badan-badan sekali.hahahaha!!!! boleh tenangkan fikiran kita yang berkecamuk. Mungkin sebab ion-ion air kot. Saya tak sure, tapi saya pernah dengar petua ni. Cubalah!
  • Cari kawan yang korang rasa boleh buat korang happy. Ajak kawan korang tu keluar. Pergilah mana-mana. Tengok wayang ke apa ke. Tapi, jangan pulak cari kawan yang “tambahkah” masalah!!! hahahaha. Pandai-pandailah. Kawan korang kan? Pilih!!!
  • Buat something yang  ”gila”. Bukan menggila tau. Tapi, buat sesuatu yang korang dah lama nak buat, tapi teraga-agak. Sok time tengah sad ni, paksakan diri buat kerja “gila” tu. Contoh? Ok, saya tak suka keluar dengan orang yang saya tak berapa kenal and “masyuk” tapi time-time ni, apa salahnya kita cuba. Mana tahu, kawan baru tu boleh jadi kawan baik kita. Ikut nasiblah..
  • Ingat balik perkara-perkara best dalam hidup korang. Kadang-kadang flashback perkara best lepas ni, boleh buat kita senyum. Even nampak macam orang gila kadang-kadang, tak apa. Buat je!!! Urat senyum dah ada tu, kira oklah kan. hahahaha!!
  • Kalau sedih sebab bergaduh ke 100 kali dengan pasangan korang. Try buat ni. Tinggalkan dia sekejap. Lupakan semua komitmen yang korang rasa terbeban tu, lupakan!! Kadang-kadang kita perlukan masa untuk berfikir dan merubah apa yang patut untuk make sure hidup kita lebih terurus.
  • Menyanyilah dan berangan jadi penyanyi. Sesekali, apa salahnya. hahahaha!!!! Daripada menjerit stress sebab sedih sangat, better menyanyi. Hiburkan hati. Kalau saya, nak tenangkan fikiran yang kusut. Pasang lagu nasyid. Zikir pun boleh. Kadang-kadang kita ni sedih bukan apa, semua kerja Syaitan. Saja nak kacau kita. heh!!

No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com