✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, January 1, 2012

Malam Tahun Baru 2012, Aku di Kejar Hantu..

Tengah malam semalam
tengah boring-boring duduk rumah
so kakak aku ni tengok movie "Misteri Jalan Lama"

Aku dah tengok movie tu tapi just 10% ja
Memandangkan aku belum habis tengok movie tu, aku tengok la kan..

Sebenarnya boring sangat cerita tu tapi aku mau juga tahu kesudahan cerita tu
walaupun malam tu aku mengantuk sangat-sangat
cerita tu mau dikatakan seram pun, x jugak
sound system dia ja yang lebih-lebih
jalan cerita x best langsung..
hurmm
nasib baik dapat movie free, kalau berbayar, Rugi + Menyesal aku..
sampai tertidur-tidur aku tengok movie tu
yang melucukan.... aku termimpi ..Oh no!! first time mimpi lepas tengok movie..

Dalam mimpi tu, aku dikejar oleh "hantu dalam movie yang aku tengok tu"
haaa hantu ni lah yang dalam movie tu, hantu ni jugak kejar aku semalam dalam mimpi..

Mak aiiiii aku berlari lah.. lari......!!
Bil aku tersedar dari tidur, aku terus berlariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii masuk dalam bilik.. pegi sebelah kakak aku..
dalam beberapa saat, aku tersedar aku mimpi..
pastu, aku terus bangun dan keluar bilik .. heran jugak aku.. sejak bila aku masuk bilik.. aku ingat mimpi, rupanya real.. Lepas aku keluar bilik, aku tengok laptop, movie tu kena PAUSE, aik...
heran dan tertanya-tanya, sapa yang pause movie ni..
aku "play" la movie tu, then tidur di sofa..

Apa mo jadi dengan aku ni.. Tidak pernah jadi macam ni..
tapi lucu jugak rasanya bila ingat-ingat balik kan..

p/s : moral of the story untuk aku,
Kalau sah-sah memang dari dulu penakut, jangan beranikan diri tengok cerita hantu sorang-sorang dalam suasana yang gelap..!! harharhar..

No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com