✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, March 21, 2012

10 Pengorbanan Diri Apabila Berpasangan




1. Identiti diri
Bercinta bermakna anda memilih untuk berkongsi segala-galanya termasuk hobi, makanan & lain2 perkara. Ia sesuatu yang cukup indah & menarik kerana anda tahu ada orang yang menyayangi anda & anda mencintainya. Mungkin juga anda berkongsi percantuman nama seperti pasangan Brad Pitt & Angelina Jolie (Brangelina) & apa yang berlaku bermakna anda hilang identiti diri.


2. Masa
Setiap lelaki perlukan wanita untuk mengisi ruang hati & meniti hari2 bahagia mereka. Ia sebuah ikatan yang memerlukan komitmen yang jitu jika anda memilih untuk berumah tangga @ bercinta. Secara automatiknya apabila anda memilih ini, anda akan kehilangan ruang masa untuk diri sendiri. Inilah harga yang harus anda bayar untuk bercinta.

3. Perancangan
Anda mungkin sudah merancang sesuatu untuk hidup anda. Namun apabila anda memilih bercinta, rancangan tersebut mungkin tidak disukai oleh pasangan & si dia mungkin membantah. Dalam hal ini, anda perlu berkompromi agar perancangan anda menjadi.

4. Pandangan
Ramai pihak berpendapat, lelaki sangat tepat dalam membuat keputusan @ pandangan. Namun, ia tidak boleh dibuktikan jika anda tidak begitu setia kepada pasangan. Bersikap jujurlah kepada pasangan meskipun ada kalanya anda tidak suka kepada hobinya yang suka bersenggang di pusat membeli-belah yakni suatu perkara yang membosankan lelaki.

5. Kewangan
Bila anda memilih untuk bercinta, bermakna anda harus berkongsi segala-galanya termasuk soal kewangan. Jangan hanya dia saja yang membayar setiap kali anda keluar sebaliknya anda juga harus berbuat demikian tambahan pula anda seorang lelaki. Jangan pula merungut @ mengatakan ia membazir kerana secara umumnya lelaki mesti bertanggungjawab menyediakan segala-galanya kerana mereka dilahirkan sebagai pemimpin. Suka @ tidak, andalah yang bertanggungjawab dalam soal kewangan bila mendirikan rumah tangga kelak.

6. Kebebasan masa untuk keluar
Bila anda memikirkan untuk serius bersama seseorang wanita, bermakna anda tidak boleh bebas seperti dahulu. Kebebasan anda akan tersekat untuk membuktikan kesetiaan & memperoleh kepercayaan daripada si dia.

7. Memanjakan diri sendiri
Anda bebas berbuat apa saja selagi anda tidak berpunya. Ini termasuklah untuk merokok, berbelanja @ sebagainya. Namun apabila anda mempunyai pasangan, apa yang anda nikmati itu mungkin akan tersekat & disekat. Anda mungkin dimarahi jika anda berbuat sesuatu yang tidak disukai & menyakiti hatinya.

8. Imej
Orang lelaki selalu mengambil mudah soal penampilan & penjagaan diri namun hal ini terkecuali bagi lelaki yang sering ingin tampil maskulin. Lelaki ini akan menjaga penampilan dari hujung rambut hingga kaki. Namun kalau anda sudah memilih seorang gadis, dia tentu saja memerhatikan penampilan anda & mahu anda mengikut caranya. Akibatnya, apa yang anda sukai dari segi berpakaian, mungkin tidak disukai olehnya.

9. Masa hujung minggu
Bagi orang bujang, hujung minggu adalah masa untuk membasuh baju, mengemas rumah & sebagainya setelah penat bekerja. Namun kalau anda punya kekasih hati, hujung minggu adalah hari bertemu kekasih & anda akan kehilangan masa untuk bersantai & berehat di rumah.

10. Kawan2 perempuan
Satu perkara yang sering diharapkan oleh lelaki ialah kekasih mereka dapat menerima kawan2 wanita mereka. Namun hal ini sering tidak menjadi kenyataan kerana ramai teman wanita berasa cemburu jika anda bertepuk tampar dengan kawan wanita meski pun hal iti biasa bagi anda.

No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com