✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, April 10, 2012

Aku cemburu dengan kawan baik sendiri. X patut!!


cemburu nya tengok kawan baik sendiri dah kawin. cemburu dengar cerita kisah cinta dari zaman sekolah.. bercinta bertahun-tahun. tiada rasa jemu dan muak. mengikat tali pertunangan dan akhirnya telah menjadi isteri pada usia 22 tahun.
so sweet..

xkisah la kawan baik aku ni kawin awal. dia dah pandai masak memasak. pandai jaga rumah. pandai jaga batas pergaulan sepanjang tempoh dia bercouple dengan bf (sekarang dah jadi laki ) dia dulu. ikut ja pa yang bf dia suruh. maksudnya, bf dia suruh buat benda kebaikan la. Aku sangat kagum dengan kisah cinta macam ni. cinta yang berlandaskan aliran agama walaupun tidak seratus peratus la. hehe. tapi aku percaya dengan mereka yang jaga batas sepanjang tempoh bercinta.

direstui keluarga paling best . cun la orang kata kan. akhirnya sah sah sah dengan sekali lafaz kawan aku dah jadi isteri orang. rasa sedih pun ada. sebab kawan sendiri kan. sapa yang tidak sedih dia dah jadi puan. aku x boleh la lepak rumah dia lagi.  segan siot. xda kawan aku makan kuaci lagi.haish ni yang buat aku makin sedih.

nasib baik sepanjang persiapan perkahwinan aku ada juga la hulurkan bantuan. bukanhulur duit. duit x mampu la aku bagi. aku kan student. chewah. kira best juga tolong kawan baik sendiri bina masjid. alhamdulillah sempat jugak la aku jadi pengapit masa malam berinai dia malam tu. walau muka aku macam monster kena mekap yang sangat tebal. lagi melucukan kening pula di tebalkan. kening aku kan dah cantik menawan dan memang the bomb kan xpayh la usik lagi. ish nasib baik aku menghargai apa ja pemberian free yang dapat. haha.

sekarang ni, kawan aku tengah honeymoon.ehem.ehem. budak belum kawin cam aku x boleh bincangkan la hal ni. nanti kawan aku tu muka dia merah. walaupun aku tau dia konfem akan baca entry ni. sebab lepas honeymoon dia mesti boring gila duduk rumah mertua dia tu. dan aku yakin dan pasti dia kan rajin berblog semula dan suda pasti dia menjenguk blog aku ni. kan Puan Jun ??

eh rupanya panjang aku melalut pasal dia ni. sebenanya, aku mau tulis pasal hal ni.

aku pun teringin juga ada kisah cinta cam dorang ni. sekarang dari zaman diploma konfem la xda kan sebab aku dah mo habis. tunggu la zaman U nanti. aku mo juga cinta yang berkekalan ke jinjang pelamin. bukan stakat cinta sementara. so look and see sapakah gerang jejaka pilihan hati aku. chewaaaah. yang pasti, harap dia boleh membimbing aku kejalan Allah. itu yang sangat aku harapkan.

sekian untuk malam ni. jumpa nanti-nanti.


2 comments:

Qaleshya Umairah said...

kureng ko min.. hahaha.. smesti ny aku aktif blogging smula.. hehehe..
cayang ko.. ^^

Emas Putih said...

hahahaha .. well..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com