✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, April 10, 2012

Cakap Sabah ! Penggunaan BAH !

Assalamualaikum...Entri ni mo share dengan korang semua camana nak guna "BAH" yg betul ketika bercakap dengan orang Sabah. Jangan anda cuba-cuba untuk bercakap Sabah, tapi dicop pula bercakap "INDON".. hahaha... We Are Sabahan, Not Indonesians ! So, baca kat bawah ni k? :)

Penggunaan "BAH" yang betul
(sebab "bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat sabahan)

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "-bah"
mempunyai fungsi seperti berikut:
...
1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya
menjawab -Kamu pergilah dulu).

3)Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat:
BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kedai sana." Boy menjawab, "Bah."
BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."Boy menjawab, "Baiklah"

4)Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat:
1."ko orang KL bah kan?"
2."sejuk bah ni air"
3."awal lagi bah ni"

PENYALAHGUNAAN "BAH"

Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah.

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
1. "apa kabar bah?"-kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul )

Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul, Jangan Memalukan Diri Anda Dengan Kononnya menggunakan Bahasa Sabah Tetapi Sebenarnya Salah. Tapi tak salah kalau salah cakap sebagai langkah mula untuk belajar.
#copy n share ;)

3 comments:

Aman™® said...

Nice entry...mengapa bha ko berubah..?? hihi

Emas Putih said...

hahaha.... sy org sabah. jgn memain.. hehehehe

Vanessa said...

org sabah limpas sini,heheh

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com