✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, July 24, 2012

Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



MAKLUMAN!!!

Harap maaf. Berkaitan dengan kelebihan / fadilat sunat terawih di atas sepertimana yang dimaklumkan sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.



12 comments:

Hafizzi Aziz said...

Selamat menyambut Ramadhan dan terima kasih kerana ingat mengingati tentang amalan Solat Tarawikh ni. Cuma yang saya nak maklum sikit adalah tentang hadis yang Emas Putih lampirkan itu di mana ulasan tentangnnya telah dibuat secra rasmi oleh pihak yang berwibawa sejak setahun dua ni. Sila rujuk dua laman web di bawah ini:
1) http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php
2) http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Walau bagaimanapun, solat sunat ini tetap diharuskan sangat-sangat dibuat pada setiap Ramadhan kerana kelebihan Tarawikh ini hanya di”offer” pada bulan Ramadhan sahaja & bulan-bulan lain takde. (Sama-samalah merebut tawaran ini, ye!)

Oleh itu, marilah kita lakukan apa-apa ibadat yang disuruh Allah atas sebab keikhlasan walaupun misalnya tanpa apa-apa ganjaran sekalipun dan inilah yang anak-anak kita (dan masyarakat khususnya) perlu dilatih sejak kecil sebagai tanggungjawab terhadap Allah semata-mata.

Yang mana dah dijanjikan itu tidak perlulah ragu-ragu lagi, kita buat saja kerana Allah tidak pernah (dan tidak akan) mungkir. Wassalam.

Emas Putih said...

thanks 4 the info ^___^

nanabyte said...

Alhamdulillah, ada yang prihatin. Saya baru je nak singgah utk beritahu cik emas putih.

Cukuplah kita yakin bahawa amalan tarawikh adalah sunnah dan pahalanya amatlah besar di akhirat kelak. (quoted by UAI)

Tujuan melakukan ibadah adalah semata-mata utk mendapatkan keredhaan Allah. Bukan untuk mengejar ganjarannya.

Kita rebut peluang ni yuk. :)

Salam Ramadan. :)

Emas Putih said...

tQ Nana =) hehehehe Salam Ramadhan

Cendol said...

aah kan ini hadis palsu je..nice share..lbh bnyk org share bnde ni,lg ramai org tau kepalsuan hadis tu ..hihi

Emas Putih said...

hehehe thanks cendol :)

Yumida said...

nice sharing sis...moga kita mempertingkatkan amalan ibadah kita di bulan puasa ni
salam ramadhan
FOLLOWER KE 1554

Emas Putih said...

tQ .. hehe Amin.. Salam Ramadhan.

anisalya said...

betul tu. masa sekolah lagi tahu pasal hadis ni. cuma tak tahu pun palsu. bila makin ramai orang sebarkan baru la tahu palsu rupanya.

missmeraa said...

thanks share info ni..
selamat mengerjakan terawih yee.. :)

Emas Putih said...

heheheh la lama dah tau pasal ni? sy baru tau pulak..

Emas Putih said...

sesama missmeraa :)
Slmt mengerjakan terawih jugakk :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com