✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, August 5, 2012

Hukum Memetik Gitar :)



Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan(khilaf) ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.




Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith2 soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.
Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.
Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.
Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

15 comments:

Lula An-Nada said...

kalau main piano macam mana pulak eh?

miera rae said...

haa ade gak dgr ckp haram music yg guna instrmnt tali2 hrm

Emas Putih said...

heheehee :) kak xpasti sangat hal ni dik..

adibahfaizah said...

Betul :) nak maen tengok niat jugak kan, kalu baik...baiklah....kalau smpai melalaikan . jatuh lah haram.

Emas Putih said...

hehehee betul tu :)

Nurul Hidayah said...

naa. bedosa laaa tu Najwa latif . haha

muslimah wannabe said...

TQ atas infonya! ^_^..jemput singgah http://thobibi.blogspot.com/ =)

Emas Putih said...

Aku x tau.. hehehe no kome

Emas Putih said...

welcome :)

Farie Faraway said...

tapi kalau yang main gitar ni untuk minta sedekah yang macam nyanyi satu meja ke satu meja dekat kedai makan tu pun haram lah kan ? tak sangka hiburan macam ni pun ada had dia , terima kasih atas info ni yea . :)

Jenn Syafiqa said...

assalamualaikum =)

oh suka main gitar tp utk sendiri sendiri je :D

AmyZana said...

Main gitar rupe2nye haram. Better post benda nih untuk tatapan Najwa Latif dan semua artis Islam Malaysia yg mencari pendapatan dgn memain gitar. T_T

Emas Putih said...

Itu sy kurang pasti :)

Emas Putih said...

Waalaikumsalam .. sendiri2 xpa kot :)

Emas Putih said...

hehehehe :) biarkan ja diorang :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com