✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, August 6, 2012

Sejarah Nuzul Quran :)


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

6 comments:

Belladeone said...

baru tgk jejak rasul semalam ttg peristiwa Nabi s.a.w di gua hira'...semoga kita mengambil iktibar daripadanya..

Emas Putih said...

InsyaAllah :)

3no gr33ny said...

hamba datang menapak disini


terima kasih untuk perkongsian yang bermakna =)

FIRDAUS HUSAIN said...

jom baca al-quran dan faham tafsir nya sekali, agar dapat hidayah,pahala,ganjaran..

Emas Putih said...

welcome :)

Emas Putih said...

InsyaAllah

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com