✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, September 5, 2012

Broadband Serendah RM20 Untuk Blogger Sabah, Sarawak Dan Negeri Pantai Timur

Assalamualaikum. Selamat Malam.

Satu usaha oleh kerajaan untuk memastikan bahawa setiap penduduk dan rakyat di negara ini mendapat capaian serta akses internet yang mudah dan murah. Untung sungguh buat blogger yang tinggal di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu serta Pahang, kerana akan menikmati kemudahan pakej jalur lebar serendah RM20 sebulan.



Apa yang menariknya ialah, pakej serendah RM20 ini menawarkan tahap kelajuan broadband yang cukup memuaskan iaitu dari 512kbs sehingga 1Gb! Pakej ini dinamakan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia.


Pakej ini bakal ditawarkan kepada pelanggan di negeri-negeri yang disebutkan bermula 16 September 2012 ini. Menerusi pakej ini, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa wayar dengan caj RM20 hingga RM25 sebulan bagi kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) hingga 1 megabait sesaat (mbps) manakala perkhidmatan berwayar pula RM38 dengan kelajuan minimum 384kbps dengan kapasiti tanpa had. Ia bakal disediakan dan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tidak lama lagi dengan syarat-syarat kelayakannya bakal diumumkan kelak.

P/s : Not bad kan? Hehehe.

Credit to : http://www.hasrulhassan.com

4 comments:

CikNana said...

bah,ngam laini...haha..

boni kacak said...

mesti lagi ramai blogger akan lahir lepas ni.hehe

zakie 11 said...

comfir mesti lagii ramai budak darjah 1 buat FB....hehehe

ikaa said...

wahhhhhhhhh bagus niee

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com