✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, October 30, 2012

Hukum Memakai “Braces” / Pendakap Gigi


As- Salam.
Sharing is caring time :)

Soalan :

Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?



Jawapan :

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it., iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.



9 comments:

nurul ain said...

adehh harga dia pun cantik gak...
pas ni blh la tulis tempat yg murah nk bt pndakap gigi hahah

IeraAzizi said...

aaa...tapi yg gigi xde masalah pon dok pakai benda alah nie mcm pelik la gak...x ke membazir..huhu

Nurul Filzah said...

nak pakai braces , tp bila jumpa dokotor , doktor kata gigi awak dh chantek . tp ibu kita kata , doktor tak nak amik ramai-ramai patient

huny madu said...

bab harga yg buat pk 16 kali tuh

Nurul Iman said...

kata doc gigi tak ada mslah..=D

Azwa Azee said...

yang penting nawaitu kita masa nak pakai braces tu...;)

Ismi Iman said...

betoi dan setuju sesangat.kwn iman yg pembantu klinik pergigian asyik suh wat braces je cz gigi iman terkeluar sebatang yg depan nh. kebetulan mak iman meme sama sekali xbenarkan selagi xmemudaratkan kesihatan

shidaR said...

nice sharing uzu :)

Razil Tahir said...

nice info...
aritu nak buat braces ingat gigi kedepan.. dr kata okey jer... Janji function ok... :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com