✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, November 27, 2012

Info : Kelebihan Mandi Sebelum Subuh


As-Salam

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.


1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak dan kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbarin. Kepada anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

14 comments:

Anisa Anuar said...

ohhh ada hikmah ke mandi b4 subuh...dlu time sekolah asrama selalu la jgk.. =)

syiela said...

banyak kelebihan kan.. jom amalkan

munirah :) said...

ada baca jugak kalau mandi sblum subuh pun dapat hilangkan lemak kt bdn.

Syaz Blackrose said...

good info. Tau ada kelebihannya mandi sebelum subuh ni cuma x tau lebih detail.. boleh cuba utk dipraktikkan nih..

Zura Zue said...

hehe...ini selagi xsubuh xbangun..

puteri nur afiqah said...

kat asrama selalu jugak mandi sbum subuh..

:)thanks for the sharing..

Shasha Yacob said...

mesti bangun awal pagi lah lagaknya. haha

Aiman Aziz said...

Nice Info :) ThankYou Sharing about this..

Entry PANAS! : [KLIK] Pentingnya Chatbox pada blog anda!.

Faqihah Husni said...

wahh!! baru tau! thanks for sharing ^_^

Cik Fie said...

wah ! bestnya :) tapi saya mandi sebelum pukul 10 pagi . haha

Myra Jay said...

Orang tua dulu suka mandi awal2 pagi, dah ler air perigi masa tu, sebab tu diorang sihat je kan... :)


Isha Nur Shisha said...

sye teringin jugak nak mandi sblm subuh xpi dah jd kebiasaan terbangun lps subuh. so, melepaslah.. :(

Anak Kampung said...

betoi 2 kak...xd nafikan tau mnd pagi nh nnt segra then boleh wat keje.maka murah rezeki la

-meeSUPERGIRL- said...

nanti cuba .. hehe

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com