✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, December 16, 2012

6 Sebab Kenapa Single Itu Best !!


As-Salam
Ada tak yang single-mingle sini? Bosan tak single? Eh memang bosan single. Yela sunyi tapi ada jugak kebaikannya tau. Nak tahu? Jom baca kat bawah :)




1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salon kecantikan. Jika teringin mencuba stylel rambut baru, pergilah ke salon dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik.
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.


3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah.
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.


4. Buat keuntungan dengan part-time.
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.


5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speacial seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.


6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabapaya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda

Haaaa macam mana? Betul tak apa yang dinyatakan tentang kebaikan bila anda single?
X perlu risau if single lelama.. Allah cuma mahu u all bersama yg halal sahaja. Tak gitu?Hehehehe



31 comments:

Cik Fie said...

betol2 ! single lagi best daripada couple . muahaha . i'm single :)

Aku Penghibur said...

suka entry nie .., best

afifudinsohaini said...

yaang kedua tu betul..xd la nantyorang dok sembang dengan dia..dia dok msej ngan awek

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Mmg ada kelebihan. Kan kan cik emas.

Nurmujahidah Ismail said...

muja tengah single nih,, menunggu yang halal. kih3,, tapi jelez jugak la seposen tngok orang lain,, :')

www.mujadafewa.my/

Farah Razali said...

mmg betul. single is more better than couple.

cik buku said...

cik buku sedang menikmati detik2 jadi single ;)

Mademoiselle Syafinaz said...

yup.. single mmg best kan :)

Nurul Ain said...

saya...saya..hhahahaha

hazwan hairy said...

setuju! itu lah sbbnya sya singgle lagi..hahaha..bebas!

Dunia Wilma said...

Setuju 100% ^_^

maisarah said...

betoi tu...setuje..ehehe

hnahdy said...

betul 100%.hehe

dEdEQ dE wIshEs said...

NAK JADIK SINGLE GAK LA

Nur Amalina Maisarah said...

hohoh..bebetul :D single is better even fon sunyi xD

siti rokiah said...

tak best hahaha
kawin gak best
alhamdulillah

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...
This comment has been removed by the author.
★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

Betoi2. single best! Nikah connecting people ;)

shidaR said...

setuju tp mcm shida sndri walu kapel de msa tuk semua diatas :)

najihahfara said...

sy admit hidup single mmg best. suka hati je nak buat ape. hehe. even bila dah ber 2 pun bole jugak buat mcm yg diatas hihi

aimaniman said...

Ye ke seronok single? Kalau single jealous dgn yg couple.. yg couple jealous dgn yg dah jd husb & wife dan mrk plak jealous pd yg ada anak... pokok pangkal manusia x reti nak bersyukur apa yg ada..

Amoi Farah said...

Setuju sangat single tu lagi best and banyak hati yang dapat di jaga

Afiqah Adzan said...

Setuju sangat..Single is simple :D

L@L@milie said...

setuju ! lagi2 yg no.2 tu. HAHA

L@L@milie said...

setuju ! lagi2 yg no.2 tu. HAHA

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

setuju sgt.. memg menyesal cople lama2 dan putus... aihh menyampah nyah

fifie said...

Kalau dapat kekasih tapi dalam masa yang sama dia adalah kawan kita. Itu yang best

Mish Apple said...

*ketuk meja* saya setuju!! heheh.

Cikgu Ma said...

tau keuntungan2 single ni..tp still nak berdua, bertiga jgk...hehehe

huny madu said...

no 2 & 4 tu sy sngt setuju!

Remy hazza said...

single memang best!!!!
tapi berduakan lebih baik......

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com