✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, December 14, 2012

9 Punca Pasangan Kekasih Tidak Mampu Bertahan



As-Salam




1. Menipu

Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

p/s : If nak bahagia cari pasangan yang serai ok :) If asyik-II gaduh tu, baik cari yang lain. Eh betul ni.
Uzu banyak pengalaman. ^___^ Tapi Alhamdulillah pasangan Uzu yang sekarang slumber/santai je.
Gaduh pun jarang. Happy memanjang :) Sebab maybe ada kerasian disitu. Chewahh U all pulak??

38 comments:

Phat said...

ok noted

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

Keserasian penting untuk bahagia. betoi2. klu asyik gadih ja, cena nk bhgia kan? :)

Nurmujahidah Ismail said...

sangat betul!!! i experienced the same thing as i i wrote this entry,, well done uzu!!! :D nak sangat cari yang sesuai dengan muja,, tapi tak jumpa2 :'(

mujadafewa.blogspot.com/

Dae Hyun said...

wooo !

✖BossKucing✖ said...

alhamdulillah. . :D

dya bunga said...

dya risau ygnum 9..takut family si dia xske dya

Iqa Syafiqa said...

info yg bermanfaat utk sye ^__^ thanx.. kpercayaan dn kejujuran pntg dlm setiap hbungan =)

Sya Isya said...

kena give and take dalam perhubungan. kalau ikut kepala sendiri je memang lah x boleh pergi jauh. eceh... hehe

sieyzu eiyka said...

Wah , untungg lah uzu . Semoga bahagia yerr . =.=

Thanks for sharingg yerr .

Remy hazza said...

keserasian itu penting.....saling tolak angsur dan faham memahami....

Mas Zull said...

assalamualaikum uzu...menarik info ini...;)

Puteri Lilin said...

Sabgat sangat menarik : ) Thanks kak uzu : )

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

✿A I N A A✿ said...

Apapun, kita berdoa pada Allah supaya diketemukan dengan psngan yg terbaik utk kita.. InsyaAllah.. Kalau kita letak Allah yg satu dlm hati kita, Allah akan permudahkan segalanya urusan hidup kita

Qienah said...

yg penting, brtolak ansur.. :)

Rosalia said...

bgs2 :D nice tips.

dEdEQ dE wIshEs said...

DEQ ASE CM KAT SITU SUME BETOL UZU .. HMMM .. XKEKAL KE ASYIK GADOH ? :) HEHE .. TGOK LA CAMNE T .. TP KDG2 GDOH NI MKIN ASE ERAT UBUNGAN .. KUIKUI

hazwan hairy said...

haha setuju!

kaizen said...

kesimpulannyer sumer kt diri msing2...

Cik Fie said...

setuju sangat2 ! :)

^^eKaTiKaH^^ said...

betul tu.. nak cari pasangan biar yg serasi. takde la bergaduh memanjang.. eh, kite ckp mcm ade pakwe je.. hehe *padahal xde pakwe pun :P*

Kelana Cinta said...

LIKE2

Mrs Velentine said...

setuju tue...mmg paling manang ni

etuza said...

tak baik tipu bah! manis di mulut saja tapi hati busuk kan buat apa nak kawan dia kalau macam tu..hehehe

Hana said...

LOL.

MisEyz BLurz said...

Betul2...Eyz sokong sangat!^_^

Dunia Wilma said...

Wilma setuju 200% ^_^

محمد رازيق said...

noted. aku setuju no 3. hehe. salam kenal

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah..masih lagi under control..hehe..ade jodoh ade lah kan.so no need to worry much.^_^

baby comel said...

nak cari yg semuanya serasi memang payah la.. tp perbezaan tu lah yg akan saling lengkap melengkapi..
Kalau happy je pun xde challange jugak kan.. sbb nanti bila happy je, xpernah gaduh & sekali bergaduh xtau la nak byangkan camne.. hehehe, i'm not argue okey. cuma sekadar pendapat peribadi je =)

Cik Siti said...

kena hadam ni..:-)

HanaNabihah said...

paling penting nak kekal mesti ada setia & percaya kedua2 belah pihak. Betul tak? =)

Nurul Ain said...

haishh susah nk cari pkwe ni..

Aida Omar said...

semua yang diatas betul.. paling mencabar bab last sekali keluarga.. kita dua dah serasi tiba part keluarga yang demand hancus lebur semuanya.. huhu.. doa banyak2 agar semua dipermudahkan :)

miz ruha said...

done hotlink...

miz ruha said...

done hotlink...

Cik Pensil said...

umm .. kami tak pernah gaduh pun .

*belum ketemu jodoh . keh3

Asmieza As said...

Kami selalu sangat gaduh. Tp bukan sbb apa sangat pun. Mmg sebab salah masing2. Bila dah baik tu settle baik2 dan ok.

Mungkin sebab kami ada perbezaan yang sangat ketara dan umur yang berbeza.

Bab family yang paling penting sekali. Kalau bercinta ber abad pun tapi kalau family tak setuju. Mmg bg saya lebih rela dia curang dr family tak restu :')

Btw, nice tips ^^,

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com