✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, December 27, 2012

Bekas Anggota Kumpulan Hip Hop Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri


As-Salam

Memendangkan Uzu ni dulu minat ruffedge, so Uzu agak sedikit kecewa lah dengar berita ni.
Jom baca berita penuh kat bawah.


Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

Sumber : Sinar Harian

18 comments:

Jue Jaynee said...

sedih..siapa la tu..takut je

udie joe said...

jahat papa jahat

wana wazm said...

adejgak dengar kat berita smlm , tapi tak tahu sape. jahat kann ?

permatabiru said...

sapa ekk anggota kumpulan tu?yang didakwa tu??

afifudinsohaini said...

hauh yang mana pulk niey..

Remy hazza said...

anggota yg mana tu ye ??????
sampai hati dia buat camtu.....

Azlan Strider said...

setiap orang ade 20% peluang cerah untuk meneka yang mana satu...siapa agaknya???hehehe

Regards,
-Strider-

dEdEQ dE wIshEs said...

YA ALLAH . APELA

Al-Azrul Iqmim said...

hrap flw blk :) http://mimque.blogspot.com/

baby melody said...

Hiskkkk!!! teruk bebenor

✿A I N A A✿ said...

Astagfirullah.. tak tahu nak cakap apa... ena pun minat dgn band ni.. hurmmm

hazwan hairy said...

haha tettt!!!

hazwan hairy said...

haha tettt!!!

boni kacak said...

apa nak jadi lah manusia sekarang ni..harapkan pagar, pagar makan padi...

Farah Waheda Wahid said...

saper lah tu ek? ooo kumpulan ruffedge rupanya...pagi tadi dengar kat Hot FM kakak terfikir2 jugak saper artis tuh...hu hu hu...

SM said...

aduhaii manusia sekarang . Huhu , tahu muka tapi tak tahu hati. iskkk

diana said...

teka2 jangan tak teka..sapa betul dapat hadiah..boleh buat GA nih..hahha

MiMiNadam said...

minta minta hanya khabar angin . jauhkan laa dari perkara macam ni

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com