Kenapa Wanita Sering Menangis ?

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?


JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,


AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi.

Tentang LELAKI

Lelaki Cemburu Tandanya SAYANG Dalam Perhubungan
Lelaki Merajuk Tandanya Ingin Kan PERHATIAN
Lelaki Marah Tandanya Nak Yang TERBAIK Dalam Kehidupan
Lelaki Tegur Tandanya Nak Memberi KESEDARAN

Oleh Itu Perempuan Hargailah Cemburu , Rajuk , Marah Dan Teguran Seorang Lelaki Yang Inginkan Kasih Sayang BERKEKALAN

BERSIN

APABILA kita bersin, umpamanya kita mati satu saat. Bila kita bersin, semua sudah berhenti. Jantung dan nyawa semua sudah berhenti. Jadi, bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita patut bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah". Sebab itu bila bersin, ucapkanlah "Alhamdulillah" kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita.

5 Simple Rules For Happiness

TEKA TEKI 2

Berapa banyak titk hitam di kotak di bawah?

TEKA TEKI 1

Pintu ini menghadap ke arah mana?

Soalan SPONTAN.. Siapa BRANI, JAWABLAH =)

Permainan konsentrasi warna:

1. Kertas A4 apa warna dia?
2. Asap warna apa?
3. Tisu warna dia apa?
4. Lembu minum apa?

#Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air...^^

1. Rambut anda warna apa?
2. Tulisan ini warnanya apa?
3. Jalan raya warnanya apa?
4. Kelawar tidurnya bila?

#Yang jawab malam, ertinya konsentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari. ^^

1. Warna cendol apa?
2. Daun kelapa warnanya apa?
3. Warna bagi kebanyakkan rumput?
4. Harimau makanannya apa?

#Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging...^^

Sila LIKE/KOMEN/SHARE kalau suka permainan ni =)

Jalan-Jalan tengok wayang


Assalamualaikum
hari ni jejalan dengan kawan p tengok wayang KERAMAT
jalan ceritanya emmm bagi 3 bintang ja la
wayang melayu jarang yang betul2 seram

yang aku tabik,
OMBAK RINDU juga paling the best. HeHeHeHeHe




Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

L.E.L.A.K.I

Lelaki yang BAIK - boleh bimbing wanita ke jalanNya
Lelaki yang COMEL - berpakaian baju Melayu dan menuju ke masjid
Lelaki yang SWEET - selalu bercakap dengan nada yang rendah
Lelaki yang ROMANTIK - menghadiahkan sebuah doa setiap hari
Lelaki yang CHARMING - mengingatkan si dia tentang ibadat

ITU lah LELAKI yang menjadi igauan WANITA...

Sunyi Seketika..


SUNYI
 Sunyi itu menyakitkan
Sejak myBF sibuk tengah final exam
rasa sunyi sangat-sangat
Nasib baik ada mak dia peneman aku borak tengah malam ni
Hari ni 3x mak dia call..
Macam tau2 ja aku tengah sarat tanggung rindu anak dia
Boleh jadi pengganti layan aku malam ni :)
Aku sugguh terharu :)
Hehehehehe

Banyak sangat yang kami borak . Ha Ha Ha
Nanti ja aku share baikk punya pengalaman
sekarang ni line broadband slow sangat
tunggu WiFi on, baru la aku hapdettt blog lg ah ;p

Good Night Silent Reader

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Doa Untuk Kekasih

Ya Allah, seandainya telah kau catat, dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dgn hatiku, titipkan kemesraan antara kami, agar kebahagiaan ini abadi. Dan Tuhanku yg Maha Pengasih, seiringkanlah kami dlm melayari hidup, ke tepian yg sejahtera. Tetapi Tuhanku, seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku, bawalah dia jauh dr pandanganku, luputkan dr ingatanku, dan peliharalah diriku dr kecewa. Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berilah diriku kekuatan, melontar bayangannya ke dada langit, hilang bersama senja merah, dan gelap pekat malam, agar aku rasa bahagia, walaupun tanpa dirinya. Dan Tuhanku Yang Tercinta, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, meskipun tidak sama dgn dirinya, seandainya dia datang menemuiku & cinta itu adalah cinta yg sejati dan suci. Namun seandainya dia pergi dan tiada menemuiku, anggaplah cinta itu tidak wujud dr awal.

Esok dah setatt kuliah ooh!!


Sok kelas dah mula..
harap-haap dapatlah tumpukan sepenuhnya pada pelajaran

sem ni harap-harap result makin gempak kan..!!
Pastu boleh apply upu, mana-mana tempat aku x kisah yang penting sambung study..
kalau boleh terus mau sambung tanpa cuti-cuti lenggang kangkung di rumah..

haaaa angan-angan memanjang..
kelas pun malas mo p ni esok..
sungguh tidak bertenaga.!!

Ya Allah berikan aku kekuatan menhadapai segala dugaanmu..
Amin..

Untuk Bakal Suami Saya Kelak....

‎✿ Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya 
✿ Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya 
✿ Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya 
✿ Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya 
✿ Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya 
✿ Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing,
ia adalah saya ..

SMILE
CAN
HIDE
THOUSAND
TEARS

Menang Contest..!!


Alhamdulillah.
Pertama kali aku menang contest..!
tersenyum lebar seketika 
^______________________^

contest yang aku join tu contest ni Contest Candid Gambar Misz Speacky..
Tuan punya contest dah inform aku yang aku menang tempat PERTAMA..
tersengih-sengih seketika aku.
rezeki tahun baru + rezeki putus cinta

Apa pun.. tengkiu buat penganjur contest..

Kalau tak mampu mencintai, Jangan pernah sentuh hati seseorang

Kalau tak mampu mencintai,
Jangan pernah sentuh hati seseorang

Kalau tak mampu setia,
Jangan pernah mengukir janji

Kalau tak mampu menggenggam hubungan,
Jangan pernah beri harapan

Kerana....
Hati manusia itu
Terlalu bernilai untuk disakiti
Terlalu mahal untuk disia-siakan
Terlalu berharga untuk dihancurkan ♥

Malam Tahun Baru 2012, Aku di Kejar Hantu..

Tengah malam semalam
tengah boring-boring duduk rumah
so kakak aku ni tengok movie "Misteri Jalan Lama"

Aku dah tengok movie tu tapi just 10% ja
Memandangkan aku belum habis tengok movie tu, aku tengok la kan..

Sebenarnya boring sangat cerita tu tapi aku mau juga tahu kesudahan cerita tu
walaupun malam tu aku mengantuk sangat-sangat
cerita tu mau dikatakan seram pun, x jugak
sound system dia ja yang lebih-lebih
jalan cerita x best langsung..
hurmm
nasib baik dapat movie free, kalau berbayar, Rugi + Menyesal aku..
sampai tertidur-tidur aku tengok movie tu
yang melucukan.... aku termimpi ..Oh no!! first time mimpi lepas tengok movie..

Dalam mimpi tu, aku dikejar oleh "hantu dalam movie yang aku tengok tu"
haaa hantu ni lah yang dalam movie tu, hantu ni jugak kejar aku semalam dalam mimpi..

Mak aiiiii aku berlari lah.. lari......!!
Bil aku tersedar dari tidur, aku terus berlariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii masuk dalam bilik.. pegi sebelah kakak aku..
dalam beberapa saat, aku tersedar aku mimpi..
pastu, aku terus bangun dan keluar bilik .. heran jugak aku.. sejak bila aku masuk bilik.. aku ingat mimpi, rupanya real.. Lepas aku keluar bilik, aku tengok laptop, movie tu kena PAUSE, aik...
heran dan tertanya-tanya, sapa yang pause movie ni..
aku "play" la movie tu, then tidur di sofa..

Apa mo jadi dengan aku ni.. Tidak pernah jadi macam ni..
tapi lucu jugak rasanya bila ingat-ingat balik kan..

p/s : moral of the story untuk aku,
Kalau sah-sah memang dari dulu penakut, jangan beranikan diri tengok cerita hantu sorang-sorang dalam suasana yang gelap..!! harharhar..

Al-Kisah NewYear2012..

Al-kisah tahun baru yang takSYOK
Tahun ni aku duduk rumah ja. Tengok bunga api dari luar tingkap
tongkat dagu dengan tangan kanan dan tengok bunga api sana sini
buka tingkap dah nampak bungaapi sebab rumah kami atas bukit kan, so nampak lah ..

Aku ingat aku memulakan tahun baru dengan kegembiraan tapi x disangka pula aku sambut dengan kesedihan.
Sorang-sorang tengok bungaapi , rasa sunyi sangat-sangat..
Tapi apakan daya, harus jua ku hadapi..
sungguh perit hidup ini..

Azam tahun ni ??

Semoga aku lulus dan dapat 3.50 keatas dalam exam aku untuk semester akhir aku ni
Semoga cepat dapat masuk U ..!!
Tidak malas solat..
Mo katam Quran
Jangan sedih-sedih + lupakan kisah sedih = Happy Always..!!





10 Perkara Bole Kita Lakukan Kalau Tengah Bersedih


  • Buat orang lain happy. Even korang tengah sad macam nak rak, lupakan sekejap masalah korang tu. Cari kawan, tanya kalau-kalau dia ada problem ke apa. Buat kawan korang happy. Biasanya, automatically, kita pun akan sama-sama happy sekali. Silakan buat!!! hehehehe
  • Cari makanan favorite korang!!! Macam saya, saya suka choclate KitKat. hahahahaha!!! Ice cream pun boleh jugak, biasanya menjadi jugaklah. Lupa nak sedih-sedih.
  • Pasang lagu kesukaan korang. Tak kira lah, kalau dalam diam sebenarnya korang ni peminat muzik etnik kreatif, silakan je pasang kuat-kuat.hahahahahaha!!!! Kalau saya, saya dance sekali. Lega!!!
  • Kalau perlu menangis, silakan menangis!!! Sebenarnya, saya tak galakkan menangis. Tapi, ada sesetengah orang, dia akan rasa lega bila menangis. So, bolehlah cuba. Kalau untuk kita yang Muslim ni, tak perlu menangis sangat kecuali atas tikar sejadah. Mengadulah pada Pencipta kita 
  • Rendamkan kaki korang dalam air suam. Kalau dekat rumah ada bath tub, rendam je terus dengan badan-badan sekali.hahahaha!!!! boleh tenangkan fikiran kita yang berkecamuk. Mungkin sebab ion-ion air kot. Saya tak sure, tapi saya pernah dengar petua ni. Cubalah!
  • Cari kawan yang korang rasa boleh buat korang happy. Ajak kawan korang tu keluar. Pergilah mana-mana. Tengok wayang ke apa ke. Tapi, jangan pulak cari kawan yang “tambahkah” masalah!!! hahahaha. Pandai-pandailah. Kawan korang kan? Pilih!!!
  • Buat something yang  ”gila”. Bukan menggila tau. Tapi, buat sesuatu yang korang dah lama nak buat, tapi teraga-agak. Sok time tengah sad ni, paksakan diri buat kerja “gila” tu. Contoh? Ok, saya tak suka keluar dengan orang yang saya tak berapa kenal and “masyuk” tapi time-time ni, apa salahnya kita cuba. Mana tahu, kawan baru tu boleh jadi kawan baik kita. Ikut nasiblah..
  • Ingat balik perkara-perkara best dalam hidup korang. Kadang-kadang flashback perkara best lepas ni, boleh buat kita senyum. Even nampak macam orang gila kadang-kadang, tak apa. Buat je!!! Urat senyum dah ada tu, kira oklah kan. hahahaha!!
  • Kalau sedih sebab bergaduh ke 100 kali dengan pasangan korang. Try buat ni. Tinggalkan dia sekejap. Lupakan semua komitmen yang korang rasa terbeban tu, lupakan!! Kadang-kadang kita perlukan masa untuk berfikir dan merubah apa yang patut untuk make sure hidup kita lebih terurus.
  • Menyanyilah dan berangan jadi penyanyi. Sesekali, apa salahnya. hahahaha!!!! Daripada menjerit stress sebab sedih sangat, better menyanyi. Hiburkan hati. Kalau saya, nak tenangkan fikiran yang kusut. Pasang lagu nasyid. Zikir pun boleh. Kadang-kadang kita ni sedih bukan apa, semua kerja Syaitan. Saja nak kacau kita. heh!!

Siti Nurhaliza sah mengandung



Datuk siti nurhaliza mengandung dan beliau telahpun membuat pengumuman itu di Singapore national television sempena persembahan ambang tahun baru 2012 di singapura.

Khabar gembira buat beliau dan keluarga. sama-sama kita doakan semoga datuk siti dapat menjaga kandungan dengan baik.

Tahniah  untuk Dato Siti Nurhaliza Tarudin.



Sumber : SITI NURHALIZA SAH MENGANDUNG 1/1/2012 - CARIMALAY | illustrasiaku .com