Buka Hati Pada Suami..

Melalui Hari-Hari Yang Sukar Dalam Hidup
Terpaksa Tersenyum Ingin Mengelak Kesedihan Hati
Parah Rasanya Hati Bagai Dihempas Pokok Yang berduri
Sakit Tidak Tertahan Hati Dan Perasaan Sering Dilukai
Bagaimana Inginku Mencari Penganti?
Sedangkan Hati Ini Tak Sudi
Hidup Bagai Layang-Layang
Yang Terbang Di Awan
Menanti Ditiup Angin Bayu
Supaya Ia Tetap Teguh Dilayangan
Duhai Hati
Jika Ini Cinta MenyakitkanJangan Pernah Ada Cinta Di Hati
Bukalah Ia Pada Suami Kelak Pasti Bahagia Nanti..




Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama

Nama korang mula dgn huruf apa ? Just for fun okeyh !! :)

 Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama. nak tahu ? tengok laa sendiri ♥

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Madah Cinta Jumaat

‎"Kadangkala, sekuat mana kamu berenang, kamu tetap tidak boleh terbang. 

Begitu juga usaha dan hati, sekuat mana kamu berusaha jika si dia tidak mahu, tetap tidak berhasil."

Ok. Tiket Flight Dah Confirm..!!


12 hari lagi aku menjejak kaki buat kali pertama dalam hidup.
Apa yang jadi dalam hidup aku ni baru-baru ni, 
mula-mula buat aku give up mo pegi KL
Tapi
bila dipikir balik, aku x kisah apa yang akan jadi
aku tetap pegi jugak
aku xkisah if aku akan berjalan-jalan sorang diri
dah besar kot aku ni even badan kecik cam darjah 6
tapi InsyaAllah boleh berdikari
sebab aku sudah x mengharap kehadiran c polan ketika itu
hurmmmm ok.
tetapi
dalam masa yang sama
aku masih bingung dalam diam
pegi atau x ??
aku masih ada 12 hari mo pikir benda ni
tapi
maybe pegi kot.
InsyaAllah if xda aral melintang

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD


Jom kita reramai join segmen.
Kacang ja ni. Just click banner di atas if mo join.

Tag :

Pendapat grouping , hurmm rasanya dah banyak group blogger ni.
x perlu kot..
Ini pendapat saya. Terpulang nk terima pakai atau tidak =)


masa itu penting untuk memikirkan apa yang terbaik buat kita.

Macho La Sangat Tapi XPandai Masak Nasi..! Grgrgr


Kan.. Kan.. Kan..
Aku dah pesan kat adik aku ni. Kalau mo masak nasi tu, kurangkan air.
dengan confidentnya dia masak tadi. x dengar nasihat..
sombong la katakan.
dia mo tunjuk bakat yang lelaki macam dia ni pandai masak nasi.

30minit kemudian

Tengah aku mo mo ambik nasi mo makan,
bila buka rice cooker, dalam hati  "pandaii dia masak"
tapi
bila sy ambik nasi tu,



"tengok..kan aku suda cakap. kalo masak nasi, biar air kurang, nanti kalo x cukup air, boleh tambah"

haaa kan kena leter. aku sambung lagi..

"ingat kalo suda lebih air, boleh adjust?"

terus aku teringat sesuatu n tersengih-sengih sorang

Aku teringat masa aku kecik2 dulu, masa tu belom teror masak nasi,
aihhh terlebih air la pulak.
gara-gara takut kena marah, aku ambik beras, letak dalam nasih yang hampir2 mo jadi bubur tu
hahahahaha. ok kerja gila
so aku sebatikan la nasi tu dengan beras tadi tu
hahaha :D
alhamdulillah. berkesan jugak.

sapa cakap kalo dah jadi bubur xboleh adjust?
tengok.. tengok aku teror buat..
tapi xla jadi nasi yg sempurna tapi not bad la daripada nasi yang hampir2 mo jadi bubur kan.




Aku Xmo Daftar Undi =.=

Sedang lepak di Jeti dengan Kakak, Bapak, n Anak Buah sambil tengok tv. Tetiba iklan Mengundi tersiar..





Kakak   :  "Umur ko dah berapa?"

Aku       :   "Mo masuk 22 suda.."

Kakak   :   "Naaa Pak, cMinn nda mau mendaftar .."    bapa aku hanya senyum2 ja

Aku       :    "Malas la.. =.= "

Kakak   :    "Kenapa ko? Undi PKR ka?"

Aku       :    =.=

Hati Saya Berkata

setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik..

Biar... Jangan .....

Biar berjanji tapi jangan mengingkari.
Biar disakiti tapi jangan menyakiti.
Biar dizalimi tapi jangan menzalimi.
Biar dilupakan tapi jangan melupakan.
Biar ditinggalkan tapi jangan meninggalkan.
Biar diabaikan tapi jangan mengabaikan.

Dah Dapat Gambar Dari HMetro..

Haaa da dapat gambar dari Harian Metro. Hehe
Banyak gambar-gambar yang diorang shoot tapi aku post 3 ja la. Hehe
Pastu aku editt jadi macam ni..
erk? sukati la.. gambar aku kan.. Hehe



Warkah Dari Si - B

Hai pemilik DIRI ku,
Aku sungguh beruntung menjadi milikmu

Kau memegangku dgn kedua tanganmu secara hati2.
Akulah yang pertama kau cari di pagi hari dan yang terakhir sblm tidur.
Kau selalu percaya aku bersama dgnmu.
Jika aku jatuh kamu selalu takut aku rosak.
Aku selalu mendptkan perhatianmu.
Kamu tak mahu terganggu jika org lain mengganggu wkt kita berdua.
Kamu tdk akan prnh meninggalkanku di taxi dan kamu tdk akan mudah menggantikanku spt tmn lamaku Nokia, Sony dan hp lainnya.

Ketika makan,,
Aku di sampingmu.
Ketika di toilet,,
Aku bersamamu.
Ketika tidur,,
Aku disamping bantalmu.
Ketika aku berbunyi,, kamu lgsg mencari dan mengangkat ku secara hati2 spt sebutir telur.
Ketika aku lemah,,
Kau berusaha mencari tempat utk men charge ku.

Kamu membelikanku semua pakaian yg bagus utk melindungiku dan menutup tubuhku.

Dan jika kamu merasa ada yg bisa membahayakanku, kau akan menyimpan aku di dalam saku atau tasmu.
Setiap bulan kamu selalu mengasingkan wang utk membelikanku sesuatu yg baru.
Kamu mengupgrade aku setiap kali ada versi baru.
Bahkan kamu rela menggantikan tmnku seperti Nokia, Samsung, Sony dgn Curve,Bold,strom,Onyx,Tourch

Kamu rela ber-jam2 menghabiskan wkt dgn diriku.
Kamu bisa selalu tersenyum di dpn ku.
walau aku tidak memiliki sifat spt manusia.
Kadang2 aku membuatmu tertawa yg membuat org disekitarmu berpikir kamu orang kurang waras.
Aku lihat pasanganmu cemburu dgn kita berdua..

Nasehatku utk kamu semua, jgnlah buang wkt Hidupmu secara sia2 kerana diriku.

Sisihkan waktumu,,tinggalkan aku dan lihat serta dengarkan apa yg sdg terjadi disekelilingmu.
beri perhatian kpd mereka yg sgt bererti bagi mu, suami/isteri, orang tua, anak2, sahabat2 mu dan yg plg penting ketepikan waktumu untuk saat berhargamu dgn Tuhan. Karena aku akan tetap mencintaimu spt kamu mencintai ku.


Aku hanya benda mati. Aku hanya Blackberry,,, tidak lebih.. !!!


Nasib baik aku xda BlackBerry, kalau x, dah jadi macam di atas.. Hehe =)

Dugaan Datang Silih Berganti


Dugaan Yang Datang Silih Berganti,
Adakah Ini Ujian Dan Dugaan DariMu Ya Allah?,
Maka Hambamu Ini Akan Tabah Dan Cekal Melaluinya..

Makin Diri Ini Bersabar
Makin Diri Ini Disakiti

=)

Ya Allah, 
Jadikanlah Aku Insan Yang Cinta Pada Solat
Jadikan Aku Insan Yang Cinta Akan SujudMu..

Dugaan Allah =)


Jika Ini Dugaan Mu Ya Allah
Maka Akan Ku Tempuh Selagi Diri Ini Terdaya
Dan
Jadikanlah Diri Ku Insan Yang Kuat Menempuh Segala Dugaan-DugaanMu Ya Allah
Amin..

Sabah Bukan Lagi Negeri Termiskin



Sabah, yang mengalami perubahan besar dalam landskap pembangunan dan ekonomi sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 1963, bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Waktu itu (1963) mungkin lebih 70 peratus rakyat Sabah boleh dikatakan miskin, daif dan papa kedana. Namun selepas sekian lama, Sabah tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

"Mengikut perangkaan, purata pendapatan per kapita negeri ini kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, 60 kilometer dari sini hari ini.

Najib berkata, ini adalah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat.

"Transformasi pembangunan negara ini kita lancarkan kerana kita mahu ubah segala-galanya macam Kampung Nala ini (yang sebelum ini kawasan bakau sahaja).

"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000,” katanya.

"Negeri yang termiskin ialan Kelantan kerana ia tidak bernaung di bawah Barisan Nasional" ayat ni aku dengar sendiri PM yg cakap.

Jangan Pernah Sesekali Menganggu Hubungan Ini.

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Lukisan Persahabatan



Lawak oo aku rasa lukisan ni.
lukisan ni dilukis oleh kawan aku. Haha
Ini mesti kes boring sebab dengar cermah kerjaya kelmarin >.<
Apa pun aku terharuu gilaa gambar katun aku yang sangat comel.
Pastu watak muslimah pulak tu.
Mesti diorang ingat watak aku ni ala-ala muslimah sejati sampai lukis aku macam tu..
Bagus la kalau diorang anggap aku macam tu atau pun diorang nampak watak aku macam tu selama ni.
apa pun Alhamdulillah =)

u all the best untuk sem ni =)


Qada dan Qadar

oh! No No No No Valentine..!


Hai watsup watsup.. yo yo yo !!
ceh macam hip hop la pulak kan.. eh tetiba teringat zaman sekolah menengah masa penampilan ku ala-ala hip hop. Minat lagu pun lagu hip hop . Adoiiii geli hati jugak..
Astagfirullah. Itu zaman kegelapan ku dulu..
Sekarang tidak lagi.. Zaman dulu ada naka-nakal sikit
Alhamdulillah sekarang ni dah tutup-tutup diri..Aku harus bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berubah.
Hehehe..

Ok sebenanrnya just mo update pasal hari esok.
Esok? Rasanya hari apa?  birthday kawan u all ka? Apa yang menarik sangat esok sampai semua pun dah kecoh-kecoh kan.. Di facebook pun dah ramai yang post pasal hari esok.
Semua pun dah sedia maklum kan esok 14.02.2012 iaitu Hari Valentine.
orang yang tengah couple mesti excited mo sambut Valentine esok ni.
Astagfirullah.
Sejak sekian lama dah aku tau yang Valentine haram di sambut oleh umat Islam.
sebabnya??

Berdasarkan sejarah, Valentine ialah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.Dia antara individu yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.Sebab itu, ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Sesiapa yang merayakannya seolah-olah mereka gembira dan merestui kekalahan umat Islam di Sepanyol.Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan kristian.

Aku rasa sesiapa yang baca ni, faham kot kan bahasa malayu..
kena ingat dan faham sendiri la..
dah HARAM katanya, tetap HARAM..

kelmarin aku berkesempatan tengok video ceramah tentang hari valentine oleh Ustaz Azhar Idrus.
My favourite penceramah. Dia kata " Sesiapa yang menyokong untuk meraihkannya, maka HARAM dan sesiapa yang menyambut hari Valentine, maka dia murtad."
Astagfirullah..
kalau x silap aku la, apa yang aku dengar. kalau ada yang salah, sila maafkan =)

Di Kelantan pula, dengar-dengar cerita, 
Hari Valentine sudah ditukar menjaid Hari Suami Isteri .
Alhamdulillah lah kalau macam tu.Hehehehe =)

so, buat apa la mo sambut Hari Valentine ni..  sambut hari couple sendiri cukup la tu..
Ini nasihat untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan dan family.
okay.
Assalamualaikum =)






I Asked... Allah Give..

I asked for strength and Allah gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom and Allah gave me problems to solve
I asked for courage and Allah gave me obstacles to over come
I asked for love and Allah gave me troubled people to help
I asked for for favors and Allah gave me opportunities

Maybe I received nothing I wanted
But I received everything I needed!

My Way To Faithful


This is my secret. I always speak to my heart,
"If I do wrong to my couple, he would do worse to me too"

These words I always remember ..

Allah Maha Adil..  Apa yang kita buat pasti ada balasannya
When we make a bad thing behind our couple, one day he would make a bad thing behind us too

If we are faithful,  InsyaAllah, Our couple will be faithful too

Maybe some of you, LOYAL but your couple cheating behind you. No need to despair because Allah show you that he is not best for you.

Bila Saya Shopping Baucer


Kisah Isteri Curang


Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.


Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“TERUS terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Love Fact

If Another Women Steal Your Man,
There's No Better Revenge Than Lettingn Her Keep Him.
Real Men Can't Be Stolen

Rahsia Wudhu =)

Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya "Ihya Ulumuddin". Mudah-mudahan Allah swt selalu mencucurkan rahmat-Nya. Banyak di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah tersendiri.

1. Ketika berkumur, berniatlah dengan, "Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.

Penjelasan: Sehari-hari kita bercakap-cakap mengenai benda-benda yang tak berfaidah

2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan, "Ya Allah,putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini".

Penjelasan: Muka para ahli surga putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"

Penjelasan: Hisab-hisab ahli surga diberikan di tangan kanannya.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, janganlah Kauberikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".

Penjelasan: Hisab-hisab ahli neraka diberikan di tangan kirinya.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan, "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Ma'syar dengan Arasy-Mu"

Penjelasan: Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini"

Penjelasan: Sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan, "Ya Allah, permudahlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan mudah sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, bawalah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qadha' dan qadar kita berada di tangan Allah.

Segmen 20 Random Question

Jom join Segmen 20 Random Question untuk hilangkan boring.. Hehehe =) Klik sini kalau mo join..






1. Apakah  nama kawan baik anda? 
Jun, Itay, Dela dan Fara =)


2. Di mana tempat weirdest anda mempunyai tahi lalat? 
 Di atas sebelah kanan mata.. hehe

3. Siapakah guru yang paling rapat dengan kamu? 
Guru? Cikgu Bm..sebab dia xmarah sy tidur dalam kelas...hehe..

4. Pernahkah anda nyanyi secara LIVE?
Pernah.. Masa kecik-kecik ikut pertandingan menyanyi sampai ke peringkat akhir.. hehehe =)


5. Apakah bahagian badan yang anda suka?
Hehehehe =) Mulut.. supaya dapat makan..

6. Adakah anda suka lebih tandas awan or rumah? 
Tandas rumah la yang selesa.. Berjam-jam dalam tandas tu pun orang x kisah..

7. Apakah bakat pelik yang anda ada? 
Hehehehe.. xda kot..

8. Adakah anda mempunyai lesung pipit?
Ada.. hehehe.. Original ok ..

9. Apakah perisa kegemaran anda? 
Coklat + Strawberry..

10. Pernahkah anda diikat gara-gara degil?
X pernah.. tapi kakak+abang2 saya pernah.. haha.. kesian mereka..!!

11. Apakah perkara terakhir yang anda pernah tunaikan ? 
Solat Isyak =) tertunai....

12. Adakah anda mempunyai lesen?
Xda.. Haha :)

13. Pernahkah anda terfikir bahawa awan tuh pejal dan boleh duduk?
Og cozz pernah..! macam cerita Doraemon..

14. adakah anda  keras kepala? 
Kadang-kadang.. Hehe.. =)

15.jenis  kasut yang anda suka? 
Kasut yang tidak mempunyai tumit yang tinggi...

16 Adakah anda pernah ke muzium? 
Pernah.. Muzium di Sabah ja.. Negeri sendiri...

17. idola anda
Of coz Nabi Muhammad n Allah SWT =)

18. binatang paling benci?
Opsssss... Lipas, Belalang, Mentadak .. Yang penting benda yang pandai "terbang2" ,i hateit..!! syuhhh..!

19. Adakah terdapat satu tempat anda ingin nak pergi? 
Korea..! with my lovea =)

20.suka belog yana yani tak?
Suka sangat =)

ok saya Tag : Anah , Atie,  dan Qaleesya =)

Follower dah 1000 ..!


Alhamdulillah..
follower dah genap 1000..
dah sampai target.. even dah lama berBlogging..
Thanks yg sudi follow..

Kenali Jenis Darah Anda

JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

darah yang mengalir


JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Its TRUE about Love ..


Heart :
I Love Him

Brain :
Okay. But be careful. Just don't get hurt, like the last time




Answer From An Old Man



I once asked an old man :

Which is important,
To Love or To Be Loved?

He replied :
Which is important to bird,
The Left Wing of The Right Wing?

p/s : To get a happy love life and stay longer, We must love and be loved by someone.. This fact is very important =)

Jika Mengail Ikan ibarat Jika Menyayangi Seseorang..

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

Jangan pada yang TAK ...


Jangan BERCERITA pada yang TAK AMANAH.
Jangan PAKSA pada yang TAK SETIA.
Jangan UNGKIT pada yang TAK MENGHARGAI.
Jangan BENCI pada yang TAK MENGERTI.
Jangan BERHARAP pada yang TAK SUDI.
Jangan MEMAKSA pada yang TAK CINTA.
Jangan CINTA pada yang TAK RELA.

20 sebab Lelaki akan membenci dan menjauhi seorang wanita

1. EGO

2. SELALU NAK MENANG SENDIRI

3. TAK TAU ADAB SOPAN SANTUN

4. TERLALU MANJA

5. MENGADA-NGADA

6. OVER GEDIK

7. TERLALU RAPAT DENGAN LELAKI LAIN

8. BUAT BODOH KETIKA BERSAMA

9. SUKA MENGONGKONG

10. KAKI JEALOUS TERLAMPAU

11. SUKA MARAH TAK TENTU PASAL

12. SELALU TUDUH YG BUKAN2

13. SUKA MEMAKSA LELAKI BERUBAH MACAM YG DIE NAK

14. NAK DIE JE YG DI PERHATIKAN TP TAK PNAH PAHAM PON PERASAAN PAKWE SENDIRI

15. SIKIT2 NANGIS, SALAH SIKIT NANGIS

16. TIAP GADOH CAKAP PUTUS! ( lelaki menyampah tau pompuan ckp camtu..buat betol2 padan muke hahahaha! )

17. MATA DUITAN atau KAKI SHOPPING

18. SUKA MARAH LELAKI BILA HANG OUT WITH FRIENDS

19. SUKA TANYA LELAKI TENTANG MASA LALU MEREKA

20. SELALU MEMBANDINGKAN LELAKI DGN ORANG YG PERNAH RAPAT DENGANNYA

‎20 Sebab Perempuan Akan Membenci Seseorang Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

2. MAIN KAYU TIGA

3. SUKA 'CUCI MATA'

4. MENGONGKONG

5. EGO

6. MENIPU

7. PERASAN

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

10. CEMBURU BUTA

11. MATA DUITAN

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

13. PANAS BARAN

14. KAKI MEROKOK

15. PENGOTOR

16. GELOJOH

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

19. PUTAR BELIT

20. SUKA KONTROL MACHO DAN X RETI BEKERJA

Love Is Like A Fart
If You Hold It You Get Uneasy
If You Let It Out You Will Feel Extremely Relieved

ok just a Joke =)

MEMILIH dan DIPILIH

Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu MEMILIH dan DIPILIH..
Jika kita MEMILIH, Pilihlah yang terbaik buat kita..
Dan jika DIPILIH maka jadilah yang terbaik buatnya..
Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya..
KERANA suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu..
TAPI lihatlah seseorang itu dari HATI dan SIFATnya

Ya Allah, Tutuplah pintu hati ku,matikan perasaan cinta ku,matikan perasaan sayang ku kepada lelaki yang tidak mencintaiku..
Ya Allah, Bukakahlah pintu hati ku, bukakan perasaan dan titipkan kebahagian kepada lelaki yang benar-benar mencintaiku.

Amin..

Ada Ketika..

Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita ttp menyayanginya krn dia sentiasa bertakhta di hati .....

Jangan Sesekali....

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba..

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup..

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..

2 Reason I Will Let U Go..

1. When You Cheat

2. When You Are Not Love Me Anymore

p/s : Because ,
Love You Even If You Are In The Situation Above,
Like I Killed My Own Feelings

Best View at Pulau Mamutik

5 Love Facts


If its because her/his eyes or her/his lips or her/his great body
Its not love, Its a LUST

If its because of her/his intelligence or insight about life
Its not love, Its an ADMIRATION

If its because she/he cries everytime you try to leave
Its not love, Its PITY

If its because she/he makes you forget to study and sleep
Its not love, Its INFATUATION

LOVE - is when you dont know why you seem to be attracted to that person.

p/s : Love has its reason, And that reason is UNKNOWN !

LOVE as long as you LIVE

Rahsia Tarikh Lahir Pasangan Dalam Bercinta

Januari

- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari

- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 5,7,11,2
- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,6, 9, 10, 11

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Kurang yakin dalam perhubungan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos

- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaan di ragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September

- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November

- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Aktiviti Kelas Memilih Pulau Mamutik, Sabah.

Bersiap seawal jam 7 pagi


Sempat gambar-gambar :) Peacee yo.!


Ni my Ex-Roomate tapi masih rapat sampai sekarang.


Ok geng roomate beraksi :)


Tengah tunggu kawan sampai datang ambik. Janji jam7 datang jam 8:30 pagi . Arghh berkulat kami tunggu.





Pemandangan di Jeti Nelayan Kg Baru, Tg Aru
Jeti untuk ke Pulau Mamutik











Taklimat daripada ketua aktiviti.




Dalam bot mo p Pulau Mamutik. 




Sampai.. perjalanan ambil masa 7minit :)


Di mana ada camera, di situ ada Aku. Hahaha :D





















jam 4 petang bersiap untuk balik





Dalam bot on the way balik Jeti.