10 Sahabat Yang Harus Dihargai





1-Sahabat yang ceria dan menceriakan
2-Sahabat yang memberikan ketenangan
3-Sahabat yang suka berbaik sangka
4-Sahabat yang tidak suka mengata
5-Sahabat yang jujur
6-Sahabat yang ikhlas
7-Sahabat yang baik tutur katanya
8-Sahabat yang berfikiran positif
9-Sahabat yang baik hatinya dan niatnya
10-Sahabat yang suka menjadi pendengar yang baik

Kawan Aku Kawin..!!



Selamat Pengantin Baru
buat sahabat ku Siti Noor Masyitah
kawan aku sejak kecil dah kawin
geng 1 umur dah kawin
ada pula yang bertanya turn aku bila pulak. hehehe


selalu masa balik kampung,
aku memang lepak dengan dia sampai lah dia ada pakwe yang di atas tu
sejak tu, pakwe dia dah kawal dia dengan ketat
nasib baik dah jadi laki.. hahahahahaha

ok apa pun

Semoga bahagia okay

segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI HAZWAN HAIRY


kekerapan berblogging dalam sehari??
SANGAT KERAP !!

Sangat STRESS hari final


gambar candid okay.



ini muka nda tidur semalaman
jerawat pun dah naik satu persatu
besar pulak tu

tym ni , ready2 mo masuk dewan exam
serius badan sangat penat ketika itu




untuk makluman, paper budak Qs lagi banyak dari paper budak awam,letrik, mekanikal,hospitaliti n pdagangan.

kenapa mesti paper kami sampai 7 paper?? 8 paper macam last sem?
orang lain paper 6 kebawah..

aku tertanya-tanya?
why ???

fuh last week dah habis 4 paper
next week ada 3 paper lagi
wish me luck


Pisang Goreng Cheese


ini dia pisang goreng cheese
tapi mostly yang dekat sabah ni panggil "Sanggar cheese"
"Sanggar" bermaksud "Pisang goreng" dalam bahasa bugis
and mostly sanggar cheese yang paling sedap ialah area Tawau

Apa keistimewaannya?
aku pun xtau
sesetengah orang cakap sedap. Sesetengah cakap biasa2 ja
dah la mahal
Rm3- 7 biji

ada orang cakap, tambah coklat, tambah susu lagi sedap
yang aku makan di atas ni,
cuma pisang + cheese ja
not bad jugak la

so sesiapa yang belum try makan,
dipersilakan makan ok.

kalo area kk ni, yang aku tau
di Anjung Senja yang baru buka berhampiran terminal wawasan
gerai no.10 

hehehehehe. selamat mencuba

Giveaway Header , Banner ,Blogger Card

klik banner untuk yg nk join

done follow

tag : Puan Jun & Tie

hurm, sy nak BANNER

^___^


DInner Kelas DUB6B Part 1


Sementara mata aku segar ni akibat aku dah tidur tadi siang
aku mo cer apa yang jadi masa Dinner Kelas kemarin

janji jam5 lebih tapi jalan jam 7 lebih malam
pastu tunggu kawan seAvanza lagii lambat

yang kesian kengkawan lain yang dah tunggu sana 2 jam lebih di GP

sampai GP
berkumpul la kami.
meja tgk cam x cukup ja
suruh la braderr pelayan tu gabung meja kan
tapi hanya boleh gabung 3meja ja. mana muat kan

"abg..boleh sambung meja lagi? kami ramai.. x cukup ni bang?

"sorry.. peraturan di sini, x boleh gabung meja sembarangan.."

"tapi kan kami ramai ni. x cukup"

"kalo x cukup , duduklah di padang"
(sambil tersengih-segih abg tu, maknanya dia tgh bgurau)

ada sorang member ni, dia xpuas hati kena cakap macam tu
padahal kami anggap itu hanya gurauan
panas dia then berdiri terus masuk kereta

pastu, ada kawan ni, lelaki pulak macam x puas hati

"mana manager kamu??"

berderauuuu jantung aku dengan dia ni
aku jenis malas mo gaduh-gaduh lagi pun aku nampak sendiri abg tu just memain ja

pastu sepakat pindah tempat lain


Destinasi seterusnya, di Anjung Senja
tempat yang baru buka
perjalanan yang x dirancangkan..

Apa boleh buat , dah itu ja yang jadi
heheheehehe
okay nanti aku update cerita-cerita beserta gambar masa kami makan2 n jalan2 n lepak2 semalam

tunggu yaaa !!

Kahwin Time Study?? Ni haaa reaksi diorang









Haaaa kan da kena leter oleh Maksu , Kawan and Lecturer sendiri..
padan muka aku kan !!
gatal.. euwwwwwwwww !
Hehehe =)

Dinner Last Sem Dip in Qs


Seperti yang dibincangkan oleh rakan-rakan kelas
aktiviti kali terakhir kami bergelar student politeknik kk(harap2xdasangkut)
kami pilih untuk dinner.

pilihan pertama ialah di Dowish bundusan dengan bajet RM27/orang
tapi memandangkan ramai yang x cukup bajet termasuklah aku

so plan yang ke dua ialah di Grace Point
jimat dan murah
cantik pemandangan
pasti puas hati

tapi
ada suara sumbang mau pe Hotel Promonade dengan harga RM30
aku terus la reject
bulan tua pulak ni. kerajaan belum gaji oiii..

so sebulat suara.. empat segi suara.. bersegi dan berbentuk segi suara
kami pilih pilihan yang ke-2 iaitu Grace Point
ada juga yang membangkang tapi apakan daya
tujuan kita adalah untuk bkumpul
then hanya pilihan ke-2 yang ramai peminat

buat apa mahal-mahal tapi sikit orang ja pegi??
bagus pegi sendiri2 kan.

Ada yang x pernah pegi, ada yang pernah
jom la ushaaa gambar2 Grace Point





cantik kan?
janji puas hati  ^_______^

#akutidaksabarmauhabisstudy#

Zack Zukhairi milik ku di pesbuk.


tengah kusyuk layan twitter kan
tengok2 bila aku cek facebook
ada orang add. aku cek la

jeng. jeng. jeng
hahahahahahhahahahahahah
heheheheheheheheheheheheh
abg zack add aku weh.
tu sebab atas permiintaan aku..
sila baca di entry INI
kalo aku x message haram kejadah abg ni nak add!
awek dia dah cantik.. dia x add wanita sesuka hatii.hehe ..




pastu..
aku dengan riak muka tersenyum-senyum tulis cam ni kat wall dia




untuk meraihkan keseronokkan
aku update status tuk wall aku..



lagi tak puas hati???
search pulak kat twitter ..
yahoooo !! ada.. follow..follow..


pastu ...................?
aku gelak sorang la..
kerja gila.  boring punya pasal.
xpa.. tengok jauh-jauh pun x apa..
kot-kot aku ni tulang rusuk dia. aku redha ja.. 
hehehe ^______^


angan-angan no satu ! itu la aku !!


Cerita Cinta Sejati .. MEsti Baca !!



Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. 

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ♥ ^_^ ♥
Translated from Islamic Reflections

Aku ngorat Abg Zazk Zukhairi


Rindu terhadap abg zack sebenarnya dah lama
so baru hari ni aku teringat dia!!
so menerjah la blog dia dari A-Z
dari dulu sampai sekarang, entry abg zack memang buat aku gelak..

lepas aku baca entry abg zack,
search nama dia kat facebook!
jumpa beb!
nak add!


tapi tengok friend dia dah sampai limit terpaksa SUBSCRIBED ja.
rasa mo nagis pun ada..sop..sopp..sop
ting..! Idea datang !!
pastu gatal pulak tulis message cam ni


sambil taip message
memang malu gila jugak!
tapi p pakai bedak muka setebal 10 lapisan gara-gara mo minta add !
kerja gila

"abg zack..abg zack..cekewa saya tengok abg zack dah ade makwe!!"

fuh
meratapi kesedihan hati.
bertahun-tahun aku tunggu abg zack balik dari JEPUN !
alih-alih kakak tu dah dapat !

takpa..takpa..
shaheizy sam still SINGLE!!





Segmen : Nak Doodle Nie!


Nama : Zu
Kaler : Pink



what happen to my blog?
kenapa aku sorang ja x boleh tengok blog aku :(
asal ja aku buka.. memang boleh. tapi x sampai beberapa saat,
directly p BUCUK.ORG
orang lain dapat tengok.
aku j x dapat tengok.
asikssss tension ni.

update blog dapat la..
bila mo VIEW BLOG masalah pulak.

oklah
tidurbaik
isk..isk..isk..


acap is mine forever.


alhamdulillah. Masalah dengan member dah selesai. Ringan otak aku sikit. Nafas pun x la cam nafas kuda lagi. Aku boleh terus tersenyum. Banyak dugaan yang jadi sebelum final exam ni. Nasib baik Bff c judin tenangkan. Kalo x ku dah bom mereka berdua. KedebOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOmmmmmmmmmmmmm!!
everything da settle. study yang tertangguh kena teruskan. mulai esok kena struggle betol2. hari ni masih boleh berfaceooking dan twitter. Esok dah kurangkan. InsyaAllah maybe la kan. Hahaha :D

Doakan terbaik untuk aku. I'will do the best tuk sem ni.
then x sabar mau terbangg ke angkasa. Mereka is waiting for me. B4 that, berperang dulu. okay.

Assalamualaikum


study mode
jeng..jeng..jeng..

final exam tinggal seminggu ja lagi
minggu kena habiskan buat note teori dan start minggu depan pulak aku study pengiraan
sem ni ada subject killer. paling killer mau mampus -> Engineering Survey
ya Allah semoga dpermudahkan segala urusan-urusan sepanjang tempoh exam
amin.




Best dengar ceramah tentang "Istikharah Cinta"..
sekarang aku tau kenapa dan mengapa.


EGMEN --> SAPE NAK JADI KAKI FOLLOWER


kilk banner. okay?

Segmen Blogwalking & Review By AzRiey


Tekan banner :)

Aku cemburu dengan kawan baik sendiri. X patut!!


cemburu nya tengok kawan baik sendiri dah kawin. cemburu dengar cerita kisah cinta dari zaman sekolah.. bercinta bertahun-tahun. tiada rasa jemu dan muak. mengikat tali pertunangan dan akhirnya telah menjadi isteri pada usia 22 tahun.
so sweet..

xkisah la kawan baik aku ni kawin awal. dia dah pandai masak memasak. pandai jaga rumah. pandai jaga batas pergaulan sepanjang tempoh dia bercouple dengan bf (sekarang dah jadi laki ) dia dulu. ikut ja pa yang bf dia suruh. maksudnya, bf dia suruh buat benda kebaikan la. Aku sangat kagum dengan kisah cinta macam ni. cinta yang berlandaskan aliran agama walaupun tidak seratus peratus la. hehe. tapi aku percaya dengan mereka yang jaga batas sepanjang tempoh bercinta.

direstui keluarga paling best . cun la orang kata kan. akhirnya sah sah sah dengan sekali lafaz kawan aku dah jadi isteri orang. rasa sedih pun ada. sebab kawan sendiri kan. sapa yang tidak sedih dia dah jadi puan. aku x boleh la lepak rumah dia lagi.  segan siot. xda kawan aku makan kuaci lagi.haish ni yang buat aku makin sedih.

nasib baik sepanjang persiapan perkahwinan aku ada juga la hulurkan bantuan. bukanhulur duit. duit x mampu la aku bagi. aku kan student. chewah. kira best juga tolong kawan baik sendiri bina masjid. alhamdulillah sempat jugak la aku jadi pengapit masa malam berinai dia malam tu. walau muka aku macam monster kena mekap yang sangat tebal. lagi melucukan kening pula di tebalkan. kening aku kan dah cantik menawan dan memang the bomb kan xpayh la usik lagi. ish nasib baik aku menghargai apa ja pemberian free yang dapat. haha.

sekarang ni, kawan aku tengah honeymoon.ehem.ehem. budak belum kawin cam aku x boleh bincangkan la hal ni. nanti kawan aku tu muka dia merah. walaupun aku tau dia konfem akan baca entry ni. sebab lepas honeymoon dia mesti boring gila duduk rumah mertua dia tu. dan aku yakin dan pasti dia kan rajin berblog semula dan suda pasti dia menjenguk blog aku ni. kan Puan Jun ??

eh rupanya panjang aku melalut pasal dia ni. sebenanya, aku mau tulis pasal hal ni.

aku pun teringin juga ada kisah cinta cam dorang ni. sekarang dari zaman diploma konfem la xda kan sebab aku dah mo habis. tunggu la zaman U nanti. aku mo juga cinta yang berkekalan ke jinjang pelamin. bukan stakat cinta sementara. so look and see sapakah gerang jejaka pilihan hati aku. chewaaaah. yang pasti, harap dia boleh membimbing aku kejalan Allah. itu yang sangat aku harapkan.

sekian untuk malam ni. jumpa nanti-nanti.


Cakap Sabah ! Penggunaan BAH !

Assalamualaikum...Entri ni mo share dengan korang semua camana nak guna "BAH" yg betul ketika bercakap dengan orang Sabah. Jangan anda cuba-cuba untuk bercakap Sabah, tapi dicop pula bercakap "INDON".. hahaha... We Are Sabahan, Not Indonesians ! So, baca kat bawah ni k? :)

Penggunaan "BAH" yang betul
(sebab "bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat sabahan)

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "-bah"
mempunyai fungsi seperti berikut:
...
1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya
menjawab -Kamu pergilah dulu).

3)Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat:
BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kedai sana." Boy menjawab, "Bah."
BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."Boy menjawab, "Baiklah"

4)Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat:
1."ko orang KL bah kan?"
2."sejuk bah ni air"
3."awal lagi bah ni"

PENYALAHGUNAAN "BAH"

Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah.

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
1. "apa kabar bah?"-kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul )

Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul, Jangan Memalukan Diri Anda Dengan Kononnya menggunakan Bahasa Sabah Tetapi Sebenarnya Salah. Tapi tak salah kalau salah cakap sebagai langkah mula untuk belajar.
#copy n share ;)

contest | segmen blogwalking + up follower cik tyra lee


tag :

Aku Suka Segment by Blogger Sha


Due date : 6-20 April 2012

Saya harap Awak jadi Penyelamat saya..


ini pil-pil khayal aku.Hahahaha
aku harap diorang ni jadi penyelamat otak aku nanti
aku harap xda la stress macam sem lepas kan
tinggal 1 paper lagi, boleh pulak otak ni x bole trima apa pun.
Ya Allah. Dugaan.


haaa yang kismis Do'A tu aku beli petang tadi. Rm7 ja. 
yang coklat minda tu,
yang tu aku berbangga sikit.
BFF aku bagi walau dia dah makan separuh.
dia memahami masalah aku.
tu yang dipanggil BFF.
tQ Aizudin Yusup.

oh ada 2minggu lebih ja lagi.
**study..study**


Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Pstttt.. kawan aku gila bayang??



siapa dia yang gila bayang ni hah?
hanya mempu tersenyum dan ketawa seorang diri
hahahahahahaha :D

teruskan perjuangan beb!
jgn menyerah !!

Kita pernah "DILUKAI" dan mungkin pernah "MELUKAI"..

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
Tapi kerana itu kita BELAJAR
Tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
Tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua.

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
KECEWA, berusaha lagi.
Sehingga lah kita tiba di penghujungnya... (^^,)

tempoh perkenalkan bukan ukuran mereka itu sabahat


Ini dia gambar tangan hasil gabungan 5 orang sahabat baik.
baik ka? baik gila la.
kadang-kadang hidup di  dunia ni kena la ada sabahat.
xda sahabat, we r nothing !
betul x ?
macam katak dibawah tempurung.

kami berlima ni dah  kenal dari sekolah rendah
sekarang dah kawin pun kan
ada yang dari sekolah menengah
tapi
rapat gila la juga
tempoh perkenalkan bukan ukuran mereka itu sabahat
tetapi tgk sejauh mana mereka berdiri di sebelah kita
kita happy kita sedih
itu persoalannya..

bagi aku,
mereka lah setakat ni yang memahami perangai aku
faham cara aku bergurau
dan jarang sekali aku nampak kami marah antara satu sama lain.

sejak masuk poli ni,
aku banyak dah jumpa kawan-kawan yang rapat
baik memang baik tapi ada ja mistake disitu
mereka belum kenal aku macammana
mereka belun tahu aku macammana
macam tu juga aku
so
aku lebih menghargi kawan2 yang di atas ni
tapi aku x kata kawan2 di poli ni x baik,
bukan macam tu
cuma keserasian kurang disitu.

walau kami jarang jumpa tapi kami selalu berkomunikasi
lagipun
kawan baik bukan semestinya ada didepan mata
mereka sentiasa di dalam hati
^_______^

'boys vs girls' True Facts

1. Seorang wanita bercakap kira-kira 7,000 perkataan sehari, seorang lelaki bercakap kira-kira 2,000 perkataan.
maknanya, perempuan lebih pot pet pot pet dari lelaki.

2. Wanita matang lebih cepat berbanding lelaki.
perangai tak matang takpe, jangan buat keputusan yang tak matang :)

3. Secara purata wanita boleh mendengar lebih baik daripada lelaki.
wanita akan menggunakan pendengaran sepenuhnya ketika bergosip.

4.Lelaki bertukar-tukar fikiran 2-3 kali lebih kerap berbanding wanita.
itu maknanya lelaki lebih berhati hati dan fikir masak masak :)

5.Kebanyakan wanita mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan berbanding lelaki.
tak boleh bawak masuk money drop ni sebab mana cukup 60 saat nak fikir.

6.Lebih banyak kanak-kanak lelaki berbanding perempuan dilahirkan pada siang hari,lebih ramai gadis-gadis yang dilahirkan pada waktu malam.
tak hairan la wanita suka keluar malam.

7.Perempuan mempunyai lebih banyak 'tastebuds' (kat lidah tu) berbanding lelaki.
kalau pasal makan no 1.

8.Lelaki boleh membaca tulisan yang kecil lebih laju daripada wanita.
lelaki lebih fokus :)

9.Perempuan lebih cenderung untuk meminta bantuan jika mereka memerlukannya.
bagus la, tapi kalau asyik mintak tolong jer...?

10Wanita mempunyai deria bau lebih baik berbanding lelaki.
adakah wanita lebih berBAU??

11.Walaupun mereka tidak akan mengakuinya, wanita kentut lebih banyak daripada lelaki.
tetap tak nak mengaku bila baca fakta ini.

LELAKI YANG BAIK itu ada di mana-mana

Sahabat..

LELAKI YANG BAIK itu ada di mana-mana. Tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.. Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, MENDIDIK, membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya..

Dia akan DATANG apabila tiba masanya..LAMBAT ATAU CEPAT. (Maafkan saya kerana Allah yang LEBIH MENGETAHUI) Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti MANUSIA KUDUNG yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia MENYEMPURNAKAN kita.. Apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita..

Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA.. Tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA.. Namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja.. Itulah adat dalam perhubungan, yang buruk-buruk pasti ada.. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita. Tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana.. InsyAllah♥♥

"mudah menerima mudah juga ditinggalkan"


Benar kata pepatah
"mudah menerima mudah juga ditinggalkan"
yes. mudah menerima cinta lelaki
mudah juga ditinggalkan.

cinta jarak jauh memang banyak dugaan
namun tidak semuanya bertahan
kini aku menelan semua dugaan keseorangan

lelaki..
jika kau hadir untuk menyakitkan
maka jauhilah aku
jauhilah cinta ku
kerana aku tidak mahu cinta palsu itu

cinta memang indah pada mulanya.
memang sweet kalah romeo and juliet
tapi
kini pudar ditelan masa

aku memang dikatakan sempurna pada mulanya
namun kini, semuanya hanya tinggal kenangan

kehadiran tidak dihargai
kekurangan tidak dilengkapi
kasih dan cinta tidak dibalasi
inikah cinta mu duhai lelaki?

tiada keserasian
tiada kepercayaan
saling tidak melengkapi
adakah itu alasan?

apa yang hendak ku katakan?
Istikharah memang kebenaran
maka ku terima dengan senyuman
walau banyaknya kepahitan

kini aku sendiri
telan pelbagai dugaan
doakan kebahgian
demi kesejahteraan

Maaf
maaf kerana belum dapat memaafkan
tindakan yang kau lakukan
maka jangan pernah kau bangkitkan
semua kenangan-kenangan

maaf
kerana terpaksa restart memory.
aku tau kau juga begitu.

maka.
tamatlah segala perjuangan
tamatlah segala penantian
tamatlah segala kesetian
tamatlah segala kesabaran

ku mohon
ku rayu
jangan pernah kembali
kerana
hanya kesakitan yang kau beri
bukan kebahagian


Doa ku padamu duhai lelaki,
hargai setiap wanita disampingmu
kau akan menyesal jika kehilangan

Assalamualaikum..







Kadang-Kadang Kita...

Kadang2 kita-kita lupa nak tanya khabar si dia
Kadang2 kita selalu ingat tapi dia tak ingat kita
Kadang2 kita selalu lupa segala kenangan bersama 
Kadang2 kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu
Kadang2 kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya
Kadang2 kita tak sedar ada orang menyayangi kita
Kadang2 kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita
Kadang2 kita tak sedar kita buatkan seseorang kecewa
Kadang2 kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan
Kadang2 kita tak tahu ada yang ambil berat pada kita
Kadang2 kita tak tahu yang dia tak suka kita
Kadang2 kita tak respect kawan yang banyak membantu kita
Kadang2 kita hanya ingat seseorang bila kita memerlukan
Kadang2 kita lupa kawan kita ketika kita sedang gembira
Kadang2 kita menyalahkan seseorang atas kelalaian kita
Kadang2 kita utamakan yang baru daripada yang lama
Kadang2 kita akan tersentap kalau orang menegur kita
Kadang2 kita lakukan terbaik tapi menyusahkan mereka
Kadang2 kita suka memerhati daripada menegur
Kadang2 kita lupa jasa sahabat hanya kerana selisih pendapat
Kadang2 kita selalu ingat yang kita sahaja yang betul
Kadang2 kita sukar menerima pendapat orang lain
Kadang2 kita selalu fikir serius benda yang remeh temeh
Kadang2 kita terlalu singkat tanpa memikirkan kesudahannya

✿◠‿◠)saya pernah SETIA, tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

✿◠‿◠)saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)


(✿◠‿◠)saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)


(✿◠‿◠)saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI..(╯︵╰,)


(✿◠‿◠)saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)


(✿◠‿◠)saya pernah JUJUR,
tapi DITIPU..(╯︵╰,)


(✿◠‿◠)saya pernah BERHARAP,
tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

Hanya mampu mendoakan kebahagian diri sendiri
no love no hurts.





Segmen : Comelnya Doodle


Nama : Zu
Kaler : Soft Pink

Akhirnya BFF aku dah jadi PUAN..!!


Alhamdulillah
majlis perkahwinan BFF aku dah selesai.

Alhamdulillah juga mereka sekeluarga sabar hadapi pelbagai dugaan
Macam-macam jadi sebelum majlis berlangsung
semua ni dugaan Allah.
Allah menduga kesabaran mempelai dengan pelbagai masalah
dan Alhamdulillah semua ok.

Akad nikah :
Hari pertama



Sah dengan sekali lafaz =)


Malam berinai :
Hari Kedua



Hari Persandingan :
Hari ketiga


Selesai.
Congratulations to both of u
Puan Junainah Jamlin dan Encik Mohd Hafizi Ag Akub
Semoga Bahagia ke akhir hayat
And
To
Encik Bobo,
Please take care of Puan Jun
Bring her to Jannah.

ok
kawan dah kawin.
menunggu masa kawan seterusnya
terdetik di hati,
bila la c ada status "Puan" ni.. Hehe