Kekasih VS Kawan.. Mana 1 Pilihan Anda??


Hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati …hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati …berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ….

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?

KAWAN pengubat kesunyian,KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?

KAWAN tempat mengadu,KEKASIH tempat bermadu.Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak boleh disisih…



KAWAN menghulurkan bantuanKEKASIH menghulurkan sokongan.Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan…KAWAN sekuntum senyuman,KEKASIH sepenuh perhatianAntara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu…?

KAWAN sejujur kata,KEKASIH setulus setiaKEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita.

JIKA KAWAN itu KEKASIH…dan KEKASIH itu KAWAN…perlu lah dihadiahkan “Sedalam lautan Setinggi kayangan” kerana “Kasih sayang tiada sempadan” tapi sayang…

KEKASIH tetap KEKASIH…KAWAN tetap KAWAN…perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..


sumber : Nana

No No No.. Xmau Potong Rambut (!)


sedang mencari "cekak" yang hilang 
tertiba rasa diri ini macam langsuir
yalaaaaaaaaa rambut panjang gila sampai ke pinggang
jarang pulak aku ikat sebab takut keguguran rambut ke tahap maxima

kakak aku da tegur aku macam langsuir
hahaha sampainya hati..
pelihara rambut kan bagus
bekalan di padang masyar nanti.. jadi bantal, jadi baju, jadi penutup diri
ustazah aku cakap macam tu so aku amalkan lah..

bila aku tengok cermin,
wahhhhh panjang da rambut aku ni
terfikir sejenak mengimbas kenangan dulu
last sekali aku potong rambut tahun  2010
panjang rambut aku macam sekarang la tym tu

masa tu aku dalam proses nak berubah
dulu dulu ni aku kan freehair.. dah tu siap kaler pulak..
aku banyak baca buku, tengok youtube tentang mandi hadas yang sempurna

so start situ la aku beranikan diri malam tu jugak potong rambut aku sendiri
kena potong la rambut yang ada kaler tu
yalaaaa..
niat mo berubah tu kan, kena la betul2..
aku x mau la aku sembahyang sia-sia sebab mandi wajib yang x sempurna
wah gitu =)
sebab amalan kita bermula daripada mandi hadas/wajib yang sempurna

so,
sekarang ni mo peliharalah rambut ini sepanjang-panjangnya.
mo jadi macam arwah mak aku dulu masa muda2.. 
cewahhhhh arwah mak aku sangat menawan masa muda2 dulu..alim pulaktu..
mo jugak jadi macam tu.. la.la..la.la..la.. perasan suda

ok la :)
Aku mo sambung mencari cekak yang hilang =)

salam =)



Henpon Aku Kini & Selamanya


tertarik dengan entry BFF aku c Puan Muda, Aku dan Handphone ,
so aku pun mo jugak copy idea dia mo buat entry

.....start.....

Hehehee
ok
Mula-mula pakai henpon masa umur aku form 2
nokia baling anjing pon x mati ketika itu


Lepas tu masa form 4 bapa aku belikan tpon baru


lepas dari tepon hitam putih bertukar ke henpon yang ada kaler2 sikit..


Tepon di atas ni, yang aku pakai dulu ni, kaler pink. Tpon ni cepat rosak terutama bahagian ON/OFF di atas tu.. so memandangkan  2 3 4 kali masuk kedai, last2 x bnyawa

tpon di bawah ni la aku pakai..lebih kurang macam ni la hpon tu tapi x sama.
dibawah ni contoh ja sebab gambar sebenar xditemui


tpon yg aku pakai mcm di atas ni kejap ja pakai sebab tpon tu patah.
grgrgrgr belum sampai 3 bulan x silap aku pakai..
masa aku gaduh dgn abg aku, tpon aku la dia kasi patah

pastu pakai tpon cikai



Lepas ja SPM, aku tukar tepon dengan bapa aku..hehehe pakai yang ni pulak


Lepas tu, aku masuk poli.. so minat dengan pon di bawah ni.. haaa terus beli


Agak lama jugak aku pakai nokia 5300 ni..
memandangkan masa tu ada 2 simkad , so dalam masa yg sama pakai pon LG PINK.
gambar x jumpa..
tpon nokia 5300 + Lg Pink ni hilang masa tengah 'dating' dengan pakwe dulu2..
habis semua barang2 dalam beg aku tu tmasuk 2biji pon ni.


so sementara tu, aku pakai tpon ni


Lepas tu, aku kerja lepas aku habis SIJIL tu.. so beli la henpon ni


lepas tu, dapat blackberry pujaan hati dari abang aku.. yeahhh




so, henpon yang aku ada sekarang 3biji la.. henpon 3 terbaru.. maksudnya,
Blackberry + Vivaz + Nokia 2220 =)
(Nokia 2220 bagi pinjam BFF fara)


Dulu tukar2 henpon memang sebagai hobi.. 
tukar dengan bapak. dengan kakak.. dengan kawan..dengan boyfriend..

sekarang ni,
grgrgrgrgr xda la perkataan tukar2 lagi..
sungguh aku sayang henpon aku =)

So,
mencuri idea entry BFF aku memang gempak gila
well ..HAhahahahaa :D

p/s to c Puan Muda : Jangan marah2 ya sayang .. Mmmmuahh !!

ok lah. see u at next entry
Salam :)







1st Give Away by Aliana



yang mo join, sila klik sini okay

syarat-syarat da buat =)

tag : Puan Jun

Emas Putih Punya Blog dah 2 tahun rupanya..


Hari ini hari selasa.








jeng..jeng...jeng..







dengan bangganya aku umumkan







jeng..jeng...jeng..












blog aku dah 2 tahun







jeng..jeng...jeng..






Yeahhhhhhhhh :D


So dengan penuh rasa syukur, maka hari ini.. aku istiharkan..

akan bagi bonus 2 bulan gaji
percutian percuma ke Pulau Langkawi untuk dua orang
cuti seminggu dengan bergaji
jam kerja 8 jam dah jadi 5 jam sahaja
Transpot ke tempat kerja pakai kereta marcedes
handphone blackberry percuma setiap orang
line internet free selama setahun


sila tuntut bonus di atas ni dan emailkan ke 
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ingat aku PM????
bagi2 free segala??
Hahahaha eleh gurau ja.

ok la.
Hehehehehehhehe

Salam and goodnight








Genap 7 Tahun Arwah Mak Tinggalkan Aku & Keluarga

 
 
Sedar nda sedar, kira punya kira, hitung punya hitung dah 7 tahun mak pegi..


**** 7 tahun lalu (22Jun2005)****


Masa tu aku di Tingkatan 3.. Macam biasalah bapak akan singgah jemput aku balik masa lunch time..
Pada hari tu, di dalam kereta tengah bincang pasal beg apa yang mo di pakai untuk pegi perkhemahan pengakap yang sepatutnya aku pegi keesokan harinya.. Cerita punya cerita sampailah dirumah..

Keluar dari kereta , aku terus naik p rumah dan buka pintu.. Bila aku buka pintu,
air mata terus mengalir tanpa segan silu.. Aku tengok mama kaku duduk dikerusi dan mata terpejam..
di depan mama ada kakak yang tercengang dan terduduk kaku yang sedang memerhati mama aku.. Di sangka mama tengah pengsan dan diperhati muka mama sambil diam membisu...

Tangisan aku waktu tu terus mengalir dengan deras walaupun aku belum dapat kesahihan yang mama ku tu pengsan atau sudah meninggal dunia..

Segera bapak aku suruh panggil jiran sebelah rumah(Kawan mak aku) datang ke rumah.. Dengan tangisan yang masih mengalir aku gagahkan suara memanggil makcik tu dan datang ke rumah..

Sampai di rumah, mama yang tadi di kerusi di alihkan ke kebilik.. kawan mak aku periksa nadi dan mengatakan "Sudah meninggal....."

Ya Allah hanya tuhan yang tahu perasaan aku waktu tu.. Kakak aku pun menangis sama..
Aku tengok bapak aku x menangis waktu tu tapi aku tau bapak adalah orang yang sangat sedih dan merasa kehilangan mama pada waktu tu.. Suami mana yang nda sayang isteri..

Mama dibawa balik ke kampung.. Sebelum gerak kekampung, sempat aku ambil dan bawa gambar mama bersama.. Di dalam perjalanan ke kampung mama, frame gambar tu aku pegang erat dan berkata di dalam hati meminta keampunan mama.. Aku sedar yang aku banyak buat dosa.. 

Sampai di kampung, rumah suda dipenuhi banyak orang..

Setelah di mandikan dan dikafankan..
Aku dan adik beradik diminta masuk ke bilik untuk melihat muka mama untuk kali terakhir..
Sanagat sayu jiwa aku.. satu persatu mencium dahi mama sampailah giliran aku..
Ciuman di dahi yang sejuk dan pada saat tu aku meminta kemaafan mama..
sungguh aku menyesal apa yang aku buat pada mama :(

Mak dikebumikan selepas maghrib dan ketika tu hujan.. Tetapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...

Ya Allah, sungguh aku mama :(

Mama yang mengandungkan aku 9bulan 10 hari, mama yang berjihad melahirkan aku.. Mama yang menyusukan aku.. Mama yang memberi makan aku.. Mama yang ajar aku berjalan.. Mama yang ajar aku bercakap.. Mama yang mendidik aku.. Mama yang membesarkan aku sehinggahlah aku sekarang berumur 22 tahun.. 

Mama seorang yang baik hati, setia pada suami, taat pada Allah, menyayangi anak-anaknya, penyabar segala dugaan yang di hadapinya..

Mama dah lama sakit selepas lahirkan adik bongsu sampailah penyakit tu teruk dan ajal menjemputnya..

Ya Allah, sungguh aku rindu mama :(
 
 
 ********************
 
 
 Hari ini, ku sedekahkan surah yassin untuk mama :(
Semoga mama tenang di sana dan di tempatkan di tempat orang2 yang solehah..
 
InsyaAllah,  Akan ku sedekahkan surah yassin pada setiap malam Jumaat..


"Ma........tiada yang dapat gantikan kasih sayang mama selama ni.."

Salam sayang dari anakmu =)
..Al-Fatihah..

Kisah-Kisah Rabiatul Adawiyah (Rabiah Lahir & Masa Kanak2Nya) Part 3

 
 
 
Suatu hari, pelayan wanita Rabi’ah hendak memasak sup bawang kerana telah beberapa lamanya mereka tidak memasak makanan. Ternyata mereka tidak mempunyai bawang. Pelayannya berkata kepada Rabi’ah “Aku hendak meminta bawang daripada tetangga sebelah.” Tetapi Rabi’ah melarang ; ”Telah empat puluh tahun aku berjanji kepada Allah tidak akan meminta sesuatu pun kecuali kepadaNya. Lupakanlah bawang itu.”
 
Setelah Rabi’ah berkata demikian, seekor burung meluncur laju dari angkasa, membawa bawang yang telah terkupas di paruhnya, lalu menjatuhkannya ke dalam belanga.
 
Menyaksikan peristiwa itu Rabi’ah berkata “aku takut andainya ini adalah suatu tipu muslihat.” Rabi’ah tidak mahu menyentuh sup bawang tersebut. Hanya roti sahaja yang dimakannya.

* * *
 
Pada suatu masa, ketika Rabi’ah pergi ke gunung, ia segera dikerumuni oleh sekawan rusa, kambing hutan dan keldai-keldai liar. Binatang ini menatap rabi’ah dan mahu menghampirinya. Tanpa disangka-sangka, Hasan al-Basri datang pula ke tempat tersebut. Ketika melihat Rabi’ah, ia segera datang menghampirinya. Tetapi setelah melihat kedatangan Hassan, binatang-binatang tadi lari ketakutan dan meninggalkan Rabi’ah. Hal ini membuatkan Hassan kecewa.
 
”Mengapakah binatang-binatang itu menghindari diriku sedangkan mereka begitu jinak terhadapmu?” Hassan bertanya kepada Rabi’ah.
 
"Apakah yang telah engkau makan pada hari ini?” Rabi’ah bertanya semula.
 
”Sup bawang.”
 
”Engkau telah memakan lemak binatang-binatang itu. tidak menghairankan jika mereka lari ketakutan melihatmu.”

***
 
Di hari lain, Rabi’ah melalui hadapan rumah Hassan. Ketika itu Hassan termenung di jendela. Dia sedang menangis dan airmatanya menitis jatuh mengenai pakaian Rabi’ah. Pada mulanya Rabi’ah menyangka hujan turun, tetapi apabila dia mendongak kepalanya, ternyata ianya adalah airmata milik Hassan.
 
”Guru, menangis adalah petanda daripada kelesuan rohani,” dia berkata kepada Hassan. “Tahanlah airmatamu. Jika tidak, di dalam dirimu akan menggelora samudera sehingga engkau tidak dapat mencari dirimu sendiri kecuali pada seorang Raja Yang Maha Perkasa.”
 
Teguran itu tidak sedap didengar oleh Hassan, namun dia tetap menahan diri. di belakang hari dia bertemu dengan Rabi’ah di tepi sebuah danau. Hassan menghamparkan sejadahnya di atas air dan berkata kepada Rabi’ah “Rabi’ah, marilah kita melakukan solat sunat dua rakaat di atas air.”
 
Rabi’ah menjawab, “Hassan, jika engkau memperlihatkan karamah-karamahmu di tempat ramai ini, maka karamahmu haruslah tidak dimiliki oleh orang lain.”
 
Sesudah berkata begitu, Rabi’ah menghamparkan sejadahnya ke udara, kemudian dia melompat ke atas sejadah tersebut. Dia berseru kepada Hassan “Naiklah ke mari Hassan, agar orang-orang dapat menyaksikan kita.”
 
Hassan yang belum mencapai kepandaian seperti itu tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian Rabi’ah mencuba menghiburkannya dan berkata “Hassan, apa yang kamu lakukan tadi dapat dilakukan oleh seekor ikan, dan apa yang ku lakukan ini dapat pula dilakukan oleh seekor lalat. Yang terpenting, bukanlah kemahiran-kemahiran seperti itu. kita harus mengabdikan diri kepada Hal-Hal Yang Terpenting itu.”

***
 
Suatu malam Hassan berserta dua tiga orang sahabatnya berkunjung ke rumah Rabi’ah. Tetapi rumah itu gelap, tiada berlampu. Mereka berasa senang seandainya pada ketika itu ada lampu. Maka Rabi’ah meniup jari tangannya. Sepanjang malam itu hingga fajar, jari tangan Rabi’ah memancarkan cahaya terang benderang bagaikan lampu dan mereka duduk di dalam cahaya.
 
Jika ada seseorang bertanya. “Bagaimanakah hal seperti itu boleh terjadi?” maka jawapanku adalah “Persoalannya adalah sama dengan tangan Musa.” Jika dia kemudiannya menyangkal “Tetapi manusia adalah seorang Nabi!” Maka jawapanku “Barangsiapa yang mengikut jejak nabi, akan mendapat sedikit kenabian, seperti yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad sendiri.”
 
”Barangsiapa yang menolak harta benda yang tidak diperoleh secara halal, walaupun harganya satu sen, sesungguhnya dia telah mencapai suatu tingkat kenabian.” Nabi Muhammad juga pernah berkata “Sebuah mimpi yang benar adalah satu perempat puluh dari kenabian.”

Sumber : Kisah para wali

Bersambung…

Kisah-Kisah Rabiatul Adawiyah (Rabiah Lahir & Masa Kanak2Nya) Part 2

 
 
Pada suatu malam, ketika Rabi’ah sedang solat di sebuah pertapaan, dia berasa sangat letih sehingga dia jatuh tertidur. Sedemikian nyenyaknya tidur sehingga matanya berdarah tertusuk alang-alang dari tikar yang ditidurinya, sama sekali dia tidak sedar.
 
Seorang pencuri masuk menyelinap ke dalam pertapaan itu dan mengambil cadar Rabi’ah. Ketika hendak keluar dari pertapaan itu, jalan keluar telah tertutup. Kemudian, pencuri tersebut melepaskan cadar tersebut..ternyata jalan keluar kembali terbuka. Kemudian dia melakukan hal yang sama dengan mengambil semula cadar Rabi’ah…dan jalan keluar kembali tertutup. Sekali lagi dilepaskan cadar tersebut. Sebanyak tujuh kali dia melakukan hal tersebut. Kemudian terdengarlah sebuah suara dari salah satu sudut pertapaan itu:
 
 
”Hai manusia, tiada gunanya engkau mencuba-cuba. Sudah bertahun-tahun Rabi’ah mengabdi diri kepada Kami. Syaitan sendiri tidak berani datang menghampirinya. Jadi, betapakah seorang pencuri mempunyai keberanian untuk mencuri cadarnya? Pergilah dari sini hai manusia jahanam! Tiada gunanya engkau mencuba-cuba lagi. Jika sahabat tertidur, maka Sang Sahabat bangun dan menjaganya.”

* * *
 
Dua orang pemuka agama datang mengunjungi Rabi’ah dan keduanya berasa lapar. “Mudah-mudahan Rabi’ah akan memberikan makanan kepada kita,” mereka berkata. “Makanan yang diperoleh Rabi’ah, pastinya dari sumber yang halal.”
 
Ketika mereka duduk, di hadapan mereka telah terhampar safrah dan di atasnya dua potong roti. Melihat hal ini, mereka sangat gembira. Tetapi di saat itu pula seorang pengemis datang dan Rabi’ah memberikan kedua potong roti itu kepadanya. Kedua pemuka agama itu sangat kecewa, namun mereka tidak berkata apa-apa. Tidak berapa lama kemudian, masuklah seorang pelayan wanita membawa beberapa biji roti yang masih panas.
 
"majikanku telah menyuruhku menghantarkan roti-roti ini kepadamu,” pelayan itu menjelaskan. Rabi’ah mengira jumlah roti yang terdapat di dalam bekas tersebut. Semuanya berjumlah 18 biji.
 
”Mungkin roti-roti ini bukan untukku,”Rabi’ah berkata. Pelayan itu berusaha meyakinkan Rabi’ah namun sia-sia. Akhirnya roti-roti itu dibawanya kembali. Sebenarnya apa yang telah terjadi, adalah bahawa pelayan itu telah mengambil dua potong roti untuk dirinya sendiri. Dia meminta dua potong lagi kepada majikannya dan kembali ke tempat Rabi’ah. Roti-roti itu dikira oleh Rabi’ah, ternyata semuanya adalah 20 potong, dan setelah itu barulah dia mahu menerimanya.
 
”Roti-roti ini memang telah dikirimkan oleh majikanmu untukku,” kata Rabi’ah. Kemudian, Rabi’ah memberikan roti-roti tersebut kepada kedua tetamunya. Keduanya makan tetapi masih dalam keadaaan hairan.
 
”Apakah rahsia disebalik semua ini?” mereka bertanya kepada Rabi’ah. “Kami ingin memakan rotimu sendiri, tetapi engkau berikannya kepada pengemis. Kemudian engkau mengatakan kepada pelayan tadi bahawa kelapan belas roti tadi bukan dimaksudkan untukmu. Tetapi kemudian ketika berjumlah duapuluh potong barulah engkau mahu menerimanya.”
 
Rabi’ah menjawab, “sewaktu kamu datang, aku tahu kamu sedang lapar. Aku berkata kepada diriku sendiri, betapa aku menawarkan dua potong roti untuk pemuka agama yang terhormat. Itu sebabnya ketika pengemis itu datang, aku segera memberikan dua potong roti itu kepadanya dan berkata kepada Allah Yang Maha Besar “Ya Allah, Engkau telah berjanji bahawa Engkau akan memberikan ganjaran sepuluh kali dan janjiMu itu ku pegang teguh. Kini telah kusedekahkan dua potong roti untuk menyenangkanMu, semoga Engkau berkenan untuk memberikan dua puluh potong roti sebagai imbalannya. Ketika lapan belas potong roti itu dihantarkan kepadaku, tahulah aku bahawa sebahagiannya telah dicuri atau roti-roti itu bukan untuk disampaikan kepadaku.”

Sumber : Kisah para wali
 
.....bersambung...

Kisah-Kisah Rabiatul Adawiyah (Rabiah Lahir & Masa Kanak2Nya) Part 1


Jika seseorang bertanya “Mengapakah engkau menyamakan Rabi’ah dengan kaum lelaki?” Maka jawabku adalah bahawa nabi sendiri pernah berkata “Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa kamu, dan yang menjadi masalah bukanlah bentuk, tetapi niat yang seperti yang dikatakan Nabi :” Manusia-manusia akan dimuliakan sesuai dengan niat di dalam hati mereka.” Selanjutnya apabila kita boleh menerima dua pertiga ajaran agama daripada Aisyah, maka sudah tentu kita boleh pula menerima petunjuk-petunjuk agama dari pelayan peribadinya itu. Apabila seorang perempuan berubah menjadi ‘seorang lelaki’ pada jalan Allah, maka dia adalah sama dengan kaum lelaki dan kita tidak dapat menyebutnya sebagai seorang perempuan lagi.

Pada malam Rabi’ah dilahirkan ke dunia, tidak ada satu barang pun yang berharga kerana ayahnya seorang yang sangat miskin. Ayahnya tidak mempunyai minyak barang setitis pun untuk membersihkan pusat puterinya itu. Mereka tidak mempunyai lampu dan tidak mempunyai kain untu menyelimuti Rabi’ah. Ayahnya telah memperoleh tiga orang puteri dan Rabi’ah adalah puterinya yang keempat. Itulah sebabnya mengapa dia dinamakan Rabi’ah.

"Pergilah kepada jiran kita dan mintalah sedikit minyak untuk menyalakan lampu," isterinya berkata.

Tetapi si suami telah bersumpah bahawa dia tidak akan meminta sesuatu jua pun dari manusia lain. Maka dia berpura-pura pergi menyentuhkan tangannya ke pintu rumah tetangga tersebut lalu kembali lagi ke rumahnya.

"mereka tidak mahu membukakan pintu," dia memberitahu kepada isterinya.

Isterinya yang malang menangis sedih. Dalam keadaan yang serba menyedihkan itu, si suami hanya dapat menundukkan kepala ke atas lutut dan terlena. Di dalam tidurnya dia bermimpi melihat Nabi.

Nabi memujuknya, "jangan engkau bersedih, kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang di antara kaumku. Esok, pergilah engkau menemui ‘Isa az-Zadan, gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tulislah kata-kata seperti ini ‘Setiap malam engkau mengirinkan selawat seratus kali kepadaku, dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Semalam adalah malam jumaat, dan engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaianmu itu, berikanlah kepada orang ini empat ratus dinar yang telah engkau dapati secara halal.”

Ketika terjaga daripada tidur, ayah Rabi’ah menangis. Dia pun bangun dan menulis seperti yang telah dipesankan oleh Nabi kepadanya dan mengirimkan kepada Gabenor melalui pengurus rumahtangga di istana.

"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin,” gabenor memberikan perintah setelah membaca surat tersebut. “Sebagai tanda syukur kerana Nabi masih ingat kepadaku. Kemudian berikan empat ratus dinar kepada syeikh itu dan katakan padanya “aku harap engkau datang kepadaku sehingga aku dapat melihat wajahmu. Namun tidaklah elok bagi seseorang seperti kamu untuk datang menghadapku. Lebih baik seandainya akulah yang datang kepadamu. Walaupun demikian, demi Allah, aku bermohon kepadamu, apapun yang engkau perlukan, katakanlah kepadaku.”

Ayah Rabi’ah menerima wang emas tersebut dan membeli keperluannya. Ketika Rabi’ah semakin membesar, sedang ayah dan bondanya telah meninggal dunia, bencana kelaparan melanda Kota Basrah, dan dia terpisah daripada kakak-kakaknya. Suatu hari, ketika Rabi’ah keluar rumah, dia ditangkap oleh seorang penjahat dan menjualnya dengan harga 6dirham. Orang yang membeli dirinya, menyuruh Rabi’ah melakukan kerja-kerja yang berat.

Pada suatu hari, ketika dia berjalan-jalan, seseorang yang tidak dikenali datang menghampirinya. Rabi’ah melarikan diri, tiba-tiba dia jatuh tergelincir sehingga tangannya terkehel. Rabi’ah menangis sambil menghantuk-hantukkan kepalanya ke tanah :”Ya Allah, aku adalah seorang asing di negeri ini, tidak mempunyai ayah dan bonda, seorang tawanan yang tidak berdaya, tanganku cedera. Namun, semua itu tidak membuatku bersedih hati. Satu-satunya yang kuharapkan adalah dapat memenuhi kehendakMu dan mengetahui apakah Engkau berkenan atau tidak.”

"Rabi’ah, janganlah engkau berduka. Di kemudian hari engkau akan dimuliakan sehingakan para malaikat iri kepadamu," sebuah suara berkata kepadanya.

Rabi’ah kembali ke rumah tuannya. Di siang hari dia terus berpuasa dan mengabdikan dirinya kepada Allah, sedang di malam hari, dia berdoa kepada Allah sambil terus berdiri sepanjang malam. Pada suatu malam, tuannya terjaga dari tidur, apabila dia lalu di tepi tingkap dan terlihat olehnya Rabi’ah sedang bersujud dan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, Engkau tahu bahawa hasrat hatiku adalah untuk dapat mematuhi perintahMu dan mengabdikan diri kepadaMu. Jika aku dapat mengubah nasibku ini, nescaya aku tidak akan berehat barang sebentar pun dari mengabdikan diri kepadaMu. Tetapi Engkau telah menyerahkan diriku ini dibawah kekuasaan seorang hambaMu,” demikianlah kata-kata Rabi’ah di dalam doanya.

Dengan matanya sendiri, majikannya menyaksikan betapa sebuah lampu tergantung tanpa tali di atas kepala Rabi’ah sedang cahayanya menerangi seluruh rumah. Menyaksikan peristiwa ini, dia berasa takut lalu pergi ke bilik tidurnya dan duduk termenung sehingga subuh. Ketika hari telah siang, dia memanggil rabi’ah, bersikap lembut kepadanya dan membebaskannya pergi..

"Izinkan aku pergi,” Rabi’ah berkata. Rabi’ah lalu meninggalkan rumah tuannya menuju ke padang pasir untuk mengadakan perjalanan menuju ke sebuah pertapaan untuknya mengabdikan diri kepada Allah.

Kemudian, dia berniat untuk menunaikan haji. Maka dia pun berangkat menempuh padang pasir kembali. Barang-barang miliknya diletakkan di atas punggung keldai. Tetapi apabila sampai di tengah-tengah padang pasir, keldai itu mati.

"Biarlah kami yang membawa barang-barangmu,” lelaki-lelaki di dalam rombongan itu menawarkan jasa mereka.

"Tidak! Teruskanlah perjalanan kalian,” jawab Rabi’ah. “Bukan tujuanku untuk menjadi beban kalian.”

Rombongan itu meneruskan perjalanan dan meninggalkan Rabi’ah seorang diri. “Ya Allah,” rabi’ah berseru sambil menadahkan tangannya. “Demikianlah caranya raja-raja memperlakukan seorang wanita yang tidak berdaya di tempat yang masih asing baginya? Engkau telah memanggilku ke rumahMu, tetapi di tengah perjalanan, Engkau membunuh keldaiku dan meninggalkanku sebatang kara di tengah padang pasir ini.”

Belum lagi Rabi’ah selesai dengan kata-katanya, tanpa diduga keldai it uterus berdiri. Rabi’ah meletakkan barang-barangnya kembali ke atas punggung keldai dan meneruskan perjalanannya. (Tokoh yang meriwayatkan kisah ini mengatakan bahawa tidak beberapa lama setelah peristiwa itu, dia melihat keldai kecil tersebut sedang dijual di pasar).

Beberapa hari lamanya Rabi’ah meneruskan perjalanannya menempuh padang pasir, sebelum dia berhenti, dia menyeru kepada allah “Ya Allah, aku sudah letih. Ke arah manakah yang harus kutuju? Aku ini hanyalah segumpal tanah sedangkan rumahMu dibuat dari batu. Ya Allah, aku bermohonn kepadaMu..tunjukkanlah diriMu.”

Allah berkata ke dalam sanubari rabi’ah, “ Rabi’ah, engkau sedang berada di atas sumber lapan belas ribu dunia. Tidakkah engkau ingat betapa Musa telah bermohon untuk melihat wajahKu dan gunung-gunung terpecah-pecah menjadi empat puluh keping. Kerana itu merasa cukuplah engkau dengan namaKu sahaja!”

sumber dari buku "KISAH PARA WALI"

.....bersambung.....

Al-Fatihah Buat Kedua Keluarga....


Assalamualaikum.

malas mo bermukadimah. aku straight to the point ja lah.. ok

khamis lalu ( 14.06.12 ) , bongsudin aku (adik bongsun bapak aku) memberi khabar yang jauh disana,
di Brunei Darussalam yang atok meninggal. Inalillahwainnalillahirojiun..
Meninggal pada jam 1pagi dan dikuburkan pada 4:30 petang..
Aku x kenal atok ni. menurut cerita, atok ni ialah pakcik kepada bapak aku.
so aku panggol atok la kan.

takziah pada keluarga arwah atok ni.


Kemarin pulak, Jumaat ( 15.06.12 ), dengar khabar dari abg aku yang jiran berpuluh2 tahun masa tinggal dirumah lama meninggal dunia.....
dulu... masa tinggal di rumah lama (Putatan) , berjiran dengan arwah sekerluaga.
Memang rapat lah.. berpuluh2 tahun duduk bersebehan rumah kan..
so faham sendiri la keakraban tu.
Arwah meninggal kemarin x silap aku lah..
masa on the way p kerja, diorang berempat dalam kereta kancil terlanggar lori simen.
dalam kereta tu, 2 orang meninggal dan 2 orang lagi sedang koma..

aku x pecaya cerita ni so aku direct call adik arwah and ternyata berita tu betul..
hari ni ingat mo menjenguk rumah mereka tapi xda transpot pulak.
apa boleh buat.. mau naik bas pun, susah sangat lah.

so,kepada kedua2 keluarga,
dari kejauhan , Takziah untuk dua2 keluarga
so,
Aku sudahi entry ni dengan Al-fatihah...

Diberi Amanah Menjadi Juri Contest =)



Assalamualaikum.

Hari ni diamanahkan oleh Puan Qaleshya untuk jadi juri mengadili contest yang dianjurkan.
Klik SINI kalo yang belum join okay =)

Contest yang bertajuk : 1st special giveaway contest by Qaleshya Umairah
contest ni memang menarik minat aku utk join dulu.. tapi cansel..

and  tetiba hari ni diberi amanah untuk jadi juri,
so aku xda problem dengan hal tu..

kalau aku join pun,
konfem semua terkaku dan akan teresak2 dengar story aku, kan?
baik x payah .. sebab aku pun rasa menyampah ingat dan menaip setiap hal-hal yang menyakitkan.

ok. aku dah start sibukkan diri dengan banyak hal.
sibuk kerja lagi. sibuk itu lagi dan sangat enjoy dan happy dengan kehidupan sekarang.
Alhamdulillah..

aku dah start nk skodeng2 story2 perserta.
memang best n sangat sweet =)
hehhehe
okay lah

aku sudahi dengan Assalamualaikum =)


My Bro bawak Nyum Nyum Nyum at Pizza Hut

Salam. Hai. 
okay
Yang ni gambar hari tu... belum sempat mo update sebab bluetooth laptop belum install..
so hari ni baru mo update.
xtau mo cerita apa.. just sharing is caring kenangan dengan abg aku yg dah  balik Langkawi
Xtau bila lagi dia balik sini kan (Sabah)

Lama x makan Pizza Hut. Sebab x minat pun..
Orang belanja jangan di tolak. 


budak kecik ni anak buah yang paling cute yangg aku ada.
tapi anak aku nanti konfem2 la kiut2.. :p


yang pakai jaket coklat ni adik aku yang paling ganas . Menyampah ja tengok.






Yang ni pulak my sister .. Yang budak kecik tu BUKAN anak dia okay.. Kakak saku still SINGLE.. 
yang mo mgorat tu, silakan hantar resume =)



yang ni budak gedik. tengok PEACE tu konfem2 aku.
Asal gambar, tangan mesti PEACE.. itu lah yang orang complain psl aku .. kui kui kui
apa boleh buat .. style kot kan..



My sis yang n adik bongsu aku.. Ouh adik aku yg bakal study d Kuching nanti. Congrats ;p






Ouh x byk gambar.. Sebab aku busy menghayati Pizza tu untuk menikmati kelazatannya :)
okay see u at next entry ya =)
Salam.

Contest : Kami BFF(!)


Hari ni di beri seru oleh sahabat ku..
Seru buat contest untuk kali ke-2 untuk saya dalam berblog ni.
jom memeriahkan lagi contest ni okay =)




syarat-syarat

 (i) Buat satu entry yang bertajuk Contest : Kami BFF(!)
(ii) Sila letakkan banner contest di atas dan link kan ke link contest ini.

Anda ada gambar awesome, comel, sporting, lawak dengan kawan, rakan, dan sahabat anda?
(iii) Masukkan gambar tu di dalam entry ni (Max. 3 gambar)

(iv)Wajib follow blog saya dan sponser ( Qaleshya Umairah dan Emas Putih )
(iiv) Like page saya dan sponser. ( SINI dan SINI )
(v) Tag seorang rakan blogger okay dan bagitau tentang contest ni


Tarikh start contest : 13 Jun 2012 - 30 Jun 2012 12.00tghmalam.

Hadiah

1st : Topup RM30
2nd : Topup RM20
3rd : RM10



dah siap? sila letakkan link entry anda di ruangan komen =)

senang kan? ok Good Luck semua =)


Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida


dengan rasa bangga, saya nk bgtau yang saya dah Like n Follow semua sponser (letih) .Hehe
 yang nak join tu sila tekan banner di atas okay?

yang di bawah ni list sponser yer =)


wah panjang nya senarai sponser. letih ;p

and tag kawan =)

Saya Join GiveAway SyieMazlan


Sila klik banner dia atas yang rasa2 nak join =)

Saya nak masuk blogslist cheese + cheese


klik banner untuk penyertaan.


First Giveaway by Alia


klik banner yang rasa nak join =)

dah follow blog #43
dah like fan page =)

Contest : Berapa Harga Lauk Ni Kak?


yang geli hati nak join, sila klik di SINI

jawapan hentam ;p
RM 5.80

Segment Add Followers


tekan banner yang nak join okay

syarat-syaratnya

Warganegara Malaysia ( done )
Wajib Follow Blog ( done )
Tag 2 orang rakan : Puan Jun & Miera ( done )
Letak Banner ( done )




Mengapa Orang Meletakkan Anak Patung Bawah kereta ?


Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

SUMBER: Hamba Allah
PESANAN : tolong sebarkan.

Family Dinner at Kg Nelayan Seafood + Blackberry !!


Semalam family dinner sempena abg yang kerja Langkawi balik.
mula-mula memang xmo pegi pun disebabkan mood sangathilang arah
tapi DIPAKSA n ia sangat menyampah


Baju putih di bawah ni, tu la abg yang aku maksud kan =)




mood sangat ke laut semalam..
dari start aku bersiap2 untuk keluar, dalam kereta sampailah tiba di tempat ini,
satu senyuman pun xda di muka aku ni..

tapi bila sampai ja,
abg aku terus berdiri lalu memanggil aku ..

"nah... blackberry kau"

haaa terus tersengih aku..

thank you my bro =)
impian dan harapan tu sampai juga ^__^

Tudung Bawal Cantik 1st Giveaway by Kak Bunga


klik banner untuk penyertaan =)

syarat-syarat dah buat =)


GIVEAWAY {3-9 JUNE 2012} ♥


klik banner di atas untuk penyertaan =)

dah Follow blog anda =)
Letak banner dekat sidebar pun suda =)

jom reramai memeriahkan lagi giveaway ni. mana tau rezeki kan =)
sekian.

Jerat MURTAD!! Hati-hati !!


AWAS...ISU MURTAD......TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA ORG ISLAM

AWAS!!!!! Pemberian CD percuma yang bertajuk AHMAD'S DREAM motifnya untuk memurtadkan orang melayu ISLAM!!!! Watak lakonan oleh orang melayu yang berjaya dimurtadkan....


Sebarkan kalau sayangkan ISLAM!!! Bahayanya kartun POKEMON. bermaksud' SAYA YAHUDI'. PIKACHU bermaksud ' JADILAH ORANG YAHUDI'. CHARMANDER bermaksud 'ALLAH ITU LEMAH'. (NAUZUBILLAH). Jadi.......

Tolong Copy & Paste kepada semua umat islam.....

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil
Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH,MUHAMMADUR ROSULULLOH.

1st SPECIAL GIVEAWAY CONTEST by Qaleshya Umairah


on that day 23 Mei 2012 lalu, my BFF ada buat Contest + Giveaway yang bertajuk,
1st Special Giveaway Contest ( <---- sila tekan link if nak join)

syaratnya mudah ja. Hehehe
hadiah pun boleh tahan.
1st  - topup rm100
2nd - topup rm50
3rd - topup rm30

and topup rm10 untuk 5orang saguhati

yang penting,
u all kena cerita kisah cinta yang paling SWEET
hehe
(sila rujuk syarat2 pyertaan dgn teliti)

tarikh bermula 23 Mei 2012 - 23 Jun 2012

so, apalagi, jom ramai-ramai memeriahkan contest ni.
Sila tekan link di atas tau yang nak join.

sekian.

Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara


yang sudi nak join, sila tekan banner di atas.

done follow blog Mizzs Ninie, Cik Mun, and DrFara
done like page 

tag : Puan Qalesyha , Za , Na , Fiz and Miera  

Mas Kahwin mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


aku baru ja habis DIPLOMA, so mas kahwin aku rm8k - rm12 ? hahahah :D 

Kamera Buatan CardBoard Sangat Kreatif..