Harga Lesen Memandu Serendah RM 666 !


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa !! 
Masyuk tak tengok tajuk + gambar di atas?

Hehe yang pasti harga runtuh ni sentiasa di tunggu-tunggu oleh semua orang.

Tapi harga runtuh di hanya di KMK(KHIDMAT  MEMANDU KINABALU) je tau.
So maknanya dia area Kota Kinabalu, Sabah.

Meh baca info lanjut :

ATAS PERMINTAAN RAMAI, SEKALI LAGI KMK KEMBALI DENGAN TAWARAN 'DURIAN RUNTUH' SERENDAH RM666++!!!! (baca betul² arrr....)

TERTAKHLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT :

1) Harga TIDAK termasuk lesen L dan P,

2) Deposit sebanyak RM466 ATAU anda boleh memilih untuk bayaran SEKALIGUS,

3) Bayaran KEDUA(RM200) perlu dijelaskan semasa menghadiri Ceramah Bengkel (selepas LULUS Ujian Komputer) berserta bayaran untuk lesen L sebanyak RM45,

4) Harga RM666 TERMASUK : Ceramah KPP/ Ujian Komputer/ Ceramah Bengkel/ Latihan Amali Bersama Tutor(8 jam)/ Pra-Ujian DAN Ujian Amali Bersama JPJ.

5) Bayaran untuk lesen P perlu dijelaskan SELEPAS lulus Ujian Amali JPJ.

6) Tawaran ini TIADA notis sehingga diberitahu.

KMK SENTIASA PEKA TERHADAP MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN DAN SEKALIGUS MEMBUKA PELUANG UNTUK SETIAP GOLONGAN AGAR DAPAT MEMPEROLEHI LESEN MEMANDU DAN SEKALIGUS MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN JALANRAYA DENGAN MELAHIRKAN PEMANDU YANG BERHEMAH.

TAWARAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT DAN TIADA SEBARANG UNSUR PAKSAAN. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT, PINTU KMK SENTIASA TERBUKA UNTUK ANDA.....

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Hukum Memakai “Braces” / Pendakap Gigi


As- Salam.
Sharing is caring time :)

Soalan :

Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?



Jawapan :

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it., iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.



Ade Instagram?? Meh nak FOLLOW !!

As-Salam.


Saya baru je register Instagram. Oh kesian ketinggalan zaman >.<
Maklumlah cik Vivaz n cik Blackberry xde application Instagram free ni. Ade jugak tapi kena bayar lah if nak Install kan.

so.......

sila-sila lah follow Instagram saya.
emasputih90


And ? Yang ade instagram boleh lah tinggalkan username instagram u all ye kat ruangan komen.
Heheh nanti sy follow :)

Thanks.k bye2.

Tahniah My Bro Dah Jadi Suami Orang !


As-Salam

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Dengan izin Allah akhirnya abang aku yang hensem + baik hati tu dah sah menjadi "suami" orang.





Majlis akad nikah diadakan di Sungai Petani, Kedah.

Sedih gila rasa tidak dapat menghadirkan diri. Maklum lah tiket mahal. 
Sabah ke Kedah serius tiket mahal . Lagipun majlis akad nikah dipercepatkan dari rancangan awal.

InsyaAllah majlis sanding nanti akan dibuat bulan Januari tahun depan.
Yang tu konfem la aku ikut . ^_____^

Tahniah my bro. Serius air mata ini mengalir kegembiraan+kesedihan tengok ur picture.
Ku panjatkan doa semoga bahagia dunia akhirat.

Aaminn. (Ya Allah kabulkan permintaan ini)

Asal-Usul Aidiladha



Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Wordless Wednesday : Produk AcaiBeri Beri Beracun?




p/s : Hati-hati dengan produk macam ni.

Segmen : Mari berkorban bersama Arra Ahmad


Hari Raya AidiAdha ? Penting sangat bagi aku tu tahun ni.
Sebab baru rasa tahun ni nak sambut kat kampung. First time pulak.
Kesian gila kat aku. hoho ^^ Hidup kat bandar susah sikit la nak dapat feeling Raya Adha ni.
Its tie to me balik kampung this week! Yahoooo..!

Tag :

REVIEW : Filem TED !!




Sinopsis Filem Ted

Mengisahkan seorang budak cilik,John Bennett yang takde kawan sejak kecil. Dia cuba berkawan dengan jiran tapi dipinggirkan. Kesiannya. Hehe. Dia sangat berharap ada kawan yang boleh teman dia dan jika dia ada kawan, dia berjanji akan jaga kawan dia tu sebaik mungkin. Alololo..

Pada hari krismas, John Bennett diberi hadiah Teddy Bear. Dia suka sangat dengan Teddy tu. Memandangkan dia takde kawan so dia anggap Teddy sebagai kawan dia. So bermula dari itu, Teddy dijadikan teman sepermainan, teman meluah, teman bergurau senda. Dan pada satu malam, John Bennett berhajat dan sangat berharap Teddy boleh hidup dan bercakap..


Guest what?? Keesokkan harinya hajatnya diterima, dia terkejut Teddy hidup dan boleh bercakap.
Kehadiran Teddy membawa kejutan besar untuk Ibu Bapa John Bennett tapi at last parent John Bennett terima hakikat dan berita keajaiban Teddy tersebar diseluruh dunia ^____^ . Teddy semakin terkenal tetapi dia tidak pernah melupakan kawan baiknya, John Bennett dan mereka berjanji akan menjadi sahabat kilat selamanya ^___^ .

Dari kecil sampailah ke dewasa persahabatan Ted and John Bennett tidak pernah terputus.
Sehinggalah kehadiran teman wanita John Bennett, Loni yang ingin mempunyai masa dan ruang bersama John tanpa kehadiran Ted. Loni merasakan Ted adalah sebagai "kacau daun" dalam hubungan mereka sebab John yang selalu pentingkan Ted dari teman wanintanya, Loni.



Satu tahap, Loni bagi 2 pilihan pada John Bennett sama ada pilih Loni teman wanitanya selama 4 tahun atau Ted teman baiknya semenjak umur 8tahun sehingga umur John 35 tahun?



Cerita seterusnya? Hahahah Sila tengok sendiri ^___^

p/s : Best tau cerita ni. Lawak. Serius tak kering gusi ^___^

Follower Yang Ke - 2222


Assalamualaikum ^^

Wah setelah sekian lama menunggu akhirnya dapat jugak aku melihat angka Follower 2222 ^___^


Siapakah follower itu ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa !!


Ini lah orangnya ^^ . Mrs Ain nama diberi ^^
Jom singgah blog adik ni ^^ --------------- >  http://ayien-anuwar.blogspot.com/

Segmen : Follow Sampai Pening




Selamat Bersegmen ^___^

Akad Nikah My BFF Itay !! Congrats Sayang !!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kelmarin ialah hari yang buat aku berdebar debar jugak.
BFF yang nak nikah aku lah yang excited lebih. Biasa la aku macam tu selalu.

If u all ingat BFF aku ni baru ja tunang. Bulan Julai kot tak silap aku.
Yang belum tengok, boleh tengok kat SINI.


So, Ini aku yang berbaju merah. Phewitttttttt ^^


Ni la BFF aku yang nikah tu. Awesome tak pakai penutup camtu?
Actually kami semua BFF dah janji nak pakai penutup tu bila kami akad nikah nanti.
Sweet tak kami? Ngee ^^



Tadaaaaaaaaaaaa..! ni la geng BFF kami . Tapi sorang je takde. 
Puan Muda tak dapat hadirkan diri sebab busy dengan kerja.



Eleh gambar kat bawah ni. Konon-konon sedih la sorang ni yang akan jadi Isteri orang.
And cuma kami bertiga ja SINGLE. Perghhhhhh.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, 
Norhayati Mohammad SAH menjadi isteri kepada suaminya , Bengy.



Alhamdulillah sekali lagi. Majlis pun run smoothly.
Majlis bersanding akan berlangsung pada 11.11.12 ^^

Tahniah geng !! Jeles2 ^^

bila dah berkumpul , haaa mula lah ada soalan bonus , who's NEXT??
Allahualam. Look and see.

Salam.

Perbezaan Samsung S2dan S3


Salam Jumaat ^___^

Hello Hello Hello kopi ka milo??
Hari ni rasa nak update and nak kongsi pasal henpon yang orang ramai duk tergila-gilakan termasuk aku =.=

Beberapa hari lalu Shida chat aku. Kenal tak Shida? Of coz kenal kan. Kalo tak kenal baik resign jadi blogger ye.^^ Shida tuan punya blog Dunia Sebenar Shida. Ok Shida tanya pasal perbezaan S2 dan S3.Aku pun sepantas kilat layan jugak chat Shida ni. Yelaa dalam diam kami ada minat yang sama.Dia nak beli henpon baru. Tak tau yang mana nak beli. S2 ke S3. So aku pun bagi lah bezanya sikit-sikit sebab aku dah awal lagi skodeng beza dua spesis ni.

So,
Macam biasa lah S3 yang more better than S2.
of coz la yang baru lebih canggih dari yang lama kan. Tapi dari segi reka bentuk memang aku pilih S2.

Ada yang minat tak Samsung Galaxy S2 atau S3 ni? Meh baca kat bawa ni dengan lebih terperinci :

Peningkatan Ciri-Ciri Sedia Ada

Selain daripada saiz Samsung Galaxy S3 yang 0.5 inci lebih besar daripada Galaxy S2, Galaxy S3 didatangkan dengan beberapa peningkatan lain seperti dalam jadual di bawah menjadikannya antara telefon pintar yang hebat berbanding yang lain.


Selain daripada itu, Samsung Galaxy S3 juga didatangkan dengan beberapa fungsi pintar baru yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2. Dengan fungsi pintar tambahan ini menjadikan Galaxy S3 sebuah peranti Android yang berbeza dan unik berbanding pencabarnya.



Smart Stay

Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mana mata pengguna memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah Samsung Galaxy S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.

Direct Call

Dalam Samsung Galaxy S2 pengguna perlu swap ke kanan pada SMS pengirim jika ingin membuat panggilan telefon kepadanya. Ciri ini dipertingkatkan lagi dalam Galaxy S3 di mana pengguna hanya perlu merapatkan telefon ke telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan kepada pengirim tersebut secara automatik.

S Voice

Galaxy S3 kini ditambahbaik dengan fungsi S Voice di mana pengguna boleh memberi arahan kepada peranti dengan hanya menggunakan suara. Ianya boleh memberi maklumbalas kepada suara pengguna termasuk arahan mengambil gambar. Alangkah seronoknya jika ciri ini juga terdapat dalam arahan Bahasa Malaysia.

64GB Storage

Keupayaan menyimpan data bagi Samsung Galaxy S3 adalah sehingga 64GB berbanding Galaxy S2 yang hanya 32GB secara maksimum. Seperti juga komputer, dengan kelajuan processor yang dipertingkatkan ianya seiring dengan keupayaannya untuk mempunyai ruang storan yang lebih besar supaya kelajuan peranti ini tidak terganggu.

Buat masa ini harga belum lagi diketahui. Tunggu saja bila Samsung Galaxy S3 ini menembusi pasaran Malaysia nanti. Dijangkakan ia juga akan mencapai jualan yang mengagumkan sebagaimana sambutan terhadap Samsung Galaxy S2 sebelum ini.

Secara jujurnya saya lebih suka design Samsung Galaxy S2 yang nampak lebih bersegi berbanding Galaxy S3 yang kelihatan lebih bulat menjadikannya kurang elegan dari segi rupa bentuknya.





Simple Special Giveaway by Izzah Ismail



Syarat : All done.

Lirik dan Kod Gitar "My Crush" [Original Song] by Akira Shukri & Hez Hazmi

Salam.. Ada crush tak?? CRUSH? tau tak apa crush?
Crush ni macam kita minat kat someone tanpa pengetahuan dia.
kira cinta dalam diam la. Tu namanya crush. Hehehe. Sy pon ada crush^^

Jom dengar. konfem tergoda dengar lagu ni.


chord verse : A E D E
chord chorus part1 : D E A F#m Bm E A G
chord chorus part2 : D E A F#m Bm G E

verse1 :
kau ukir padaku senyuman hai manisnya
kau renung mataku rasa luar biasa
bagiku dirimu adalah segalanya
bagimu diriku hanya teman biasa

chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

verse2 :
senyummu dan ketawa buatku tergoda
hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
bagiku dirimu kurnian terindah
bagimu diriku bercinta takkan pernah

 RAP :
tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
kiniku tertanya tanya
sudahkah engkau berpunya
jika masih tiada siapa
inginku mulakan langkah
bilaku ingin bicara kata tak mampu terluah
kerana pesonamu membuat ku merasa
sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran
tidak mudahku mengalah
terus cari cuba curi cinta dihati untuk dihati

Credit to : Akira Shukri
saya dah tanya tuan punya lagu nak update pasal lirik n kod gitar n dia kata xde masalah. ^^

Photoshoot At Borneo Golf, Membakut Sabah.


Salam Khamis ^__^ .
Hari nak update pasal photoshoot kat Borneo Golf, Membakut, Sabah.
Shoot ni hari Sabtu yang lalu. Ditemani kazen I.
Kazen I pun shoot sekali tapi sy tak update gambar dia sebab ada masalah tertentu. Ngee ^__^


Yang ni shoot n edit by Pen Merah Photography.







Yang ni pulak shoot n edit by AKJPMY Photography.





And ni gambar yang I edit sendiri. Tuk jadikan cover photo kat facebook. Hee ^^


Yang ni pulak disebalik tabir kami outing.
Mereka bertiga not bad ramahnya.






kira kali ni berpengalaman lah dalam photography.
Aku tengok macam professional dah. Cehh kembang hidung karang diorang ni.

Btw thanks for invited us ^___^

For anyone yang need a photography for your wedding di Area Kota kinabalu/Sabah,
contact them for more info. Just click the name that I mention kat atas tu.
Thanks.

salam.



Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa



Haa I got invited from tuan punya segmen a few day ago tapi baru ada masa nak join.
Uzu join ye Yana ^___^


Arwah Mak dah "Hajjah" .. Alhamdulillah..


Assalamualaikum.



 Sedar tak sedar dah 7 tahun arwah mama aku meninggal.

Tapi tanggungjawab suami ke isteri, tanggungjawab anak ke ibu tak pernah kami lupakan.
Arwah mama aku dah Hajjah sekarang. Kami Upah Haji je.

Sijil dah pun dikeluarkan. Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah. Engkau permudahkan niat kami sekeluarga.


Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!


Click banner if u wanna join this segment.

Please Tell Facebook SAYS is Safe and Not Spam


Assalamualaikum.

Selepas aku buat report kat says, lepas sejam tu, says reply email.
Emailnya macam ni.


Please Tell Facebook SAYS is Safe and Not Spam



 Korang perasan tak bila kita post link says akan keluar jadi macam kat bawah?
ok if keluar macam tu. u all tekan LET US KNOW macam yang ditanda merah tu.


 Lepas tu akan keluar kat bawah ni.



U all tau tak nak isi apa? copy je macam says bagi contoh kat bawah ni.

 Malas nak taip balik? Hahaha copy explaination ni.
(Because its a website that I visit frequently and trusted by Malaysian. I don't think its abusive or spammy)

Rasanya , kena buat lah setiap satu link yang error tu. satu-satu la kena paste link kat ruangan no.2 tu.

Then bila dah isi? Send report. Pastu akan keluar Form submitted successfully.
Itu je la. Says kata cam ni la. Korang check email.
kot-kot says ada antar email macam ni kan.



Facebook Dah BLOCK Link Says??


Selamat Malam.

Sapa penguna says di sini? Angkat kaki?? Hahaha :D
Mesti ramai yang bengang kan pasal says hari ni..

Mula-mula masalah earning tak naik.
ok bab ni sabar je la. Maybe takde rezeki. Ramai jugak yang duk chat tnya nape earning tak naik.
Aku pun hilang akal nak jawap ape.

Hari ni pulak link says dah kena block oleh facebook.
If u all perasan, if kita post link says, akan keluar benda macam ni.


Hairan bin Ajaib betul la tetiba jadi macam ni. Aku ingat masalah line slow.
Rupanya memang dah kena block pun.

So kita nak buat ape?
ok. Tadi aku dah buat report kat says. Minta diorang beri penjelasan tentang hal ni.
Aku rasa baik u all pon sama-sama report kat says so diorang boleh fix masalah ni kat Facebook cepat.
Takde la kita duk meroyan tengok says ni.

U all email je ringkas dan padat. Pakai bahasa apa pon boleh. BM pun takpe kot.
Asal ade report la. so cepat sikit.

Yang nak buat report, yang ni email says : hello@says.com

Nasihat penting :
Sila print screen earning u all ye. kot kot ada masalah macam churp-churp lagi. Kan?
Ambil langkah awal takde salahnya. 

ok. tu je la.
Salam.

Segmen : Siapa blogger bertuah by Nelly dan Nabila Medan ?


Salam.


Tag :

Pengering Tangan Super Duper Awesome..!


Assalamualaikum.
Selamat Pagi =) nok just staight to the main point.

Gambar kat bawah ni aku ter-serempak kat dalam toilet Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu.
First time jumpa. So buat aku ter-pegun beberapa saat.

Pengering tangan. Hand dryer :)





Kalau semua toilet ada hand dryer macam ni kan best..Haha :D

Birthday Present Yang Awesome From My Crush =)


Salam sabtu.
hello hello hello kopi ka milo?? Hehehe ^____^

dengan rasminya mood aku akan happy dalam jangka masa yang lama.. Cehh.
maklum la dapat Teddy Bear yang super duper besar macam saiz badan aku. Haha :D
Tak! tak! saiz badan crush aku kot. I guest :)


Besar tak? Besar tak? Besar tak?
serius aku TERKEJUT beruk bila buka kotak yang bersaiz kotak A4.
bayangkan la saiz A4 kan macam mana. Crush kata benda ni kecil tau.
Bila tengok kotak, memang betul la kecik.. Tapi yang anehnya, kecik tapi berat. Haha

Bila buka... jeng jeng jeng.. serius gila terharu..

Kesian cik Teddy yang dihimpit dalam kotak yang kecil tu. Jauh lak tu dari Kedah ke Sabah.

and ada benda kecik yang comel sekali dalam bungkusan tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaaaa..!


tempat letak handphone. So dengan rasminya jadi milik cik Vivaz . Haha comey =)
Yang ni letak kat meja ofis. So aku boleh tengok tiap masa ^__^


So dengan ini,
dengan penuh rasa terharu dari crush aku yang hensom tu..
Aku dengan seikhlas hati nak say a big thanks 4 my birthday present.
Something that I really not expect crush akan buat macam ni.
And ? Tak tau nak cakap apa ^____^
still in mood 'shy-shy cat'

InsyaAllah I akan jaga benda ni baik-baik.
Nama lom ade taw. Kang kita bincang balik ye ^___^

So, the end of my entry,
Crush aku sweet gile. ko ade?? :p

Haha k.Salam.