As-Salam
Selamat malam. Berita baik lagi PM bagi tiket free untunk 10k tiket.Perghhhh kelas kau jah !
Jom baca artiket penuh.
Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.
Cara Dapatkan Tiket Percuma Airasia 2013
Perdana Menteri sebentar tadi telah mengumumkan bahawa semua pengguna boleh akses tiket percuma Airasia mulai 8 Januari 2013. Tiket percuma itu akan dibuka mulai 12 Tengah Malam 8 Januari 2013.
Permohonan tiket percuma ini boleh didapatkan di laman web http://www.airasia.com. Dianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.
Destinasi Penerbangan Percuma
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Tempoh Penerbangan Percuma
Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013
Cara Pembayaran Penerbangan
Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
Sumber: Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia | melvister.com
p/s : Jangan lepaskan peluang and rezeki. Tapi confirm Air Asia stuck jap lagi. Hehe. Ikut rezekilah.
Salam.
15 Sila Komen:
cepat sgt tarikh depart... xsempat kumpul budget...kihkih
teringin gak tapi xtao nk p mane...hahahaha
best tu..leh melncong ke tempt uzu..hehe..sabah..hehe
BESHHH LAK .. HEHE . GAYAT AH NAK NEK KAPAL TERBANG
macam mana nak tempah nie... tak boleh pom... hahaha... terima kasih for your info...
alamak mana blh skg nk bcuti..org tgh pulun cr duit haihh~!
semua mesti berebut nanti... ade jugak yg cakap xde bezanye free pun sebab cukai dorang tinggikan.. semua tu trick bisnes.. -_- ntah lah.. tengok je laa nanti..ayah sue pun dah suruh booking dah..huhu
singkat sangat tempoh perjalanan tu..
wah berita baik ni. solehah akan tunggu masanya untuk booking.ngeee :)
alamak,, kena rancang dulu baru ok nih,,
tak sabar nk booking..
amboih syok macam ni . Haha XD .. boleh boking untuk cuti sempena tahun baru cina, kihkih
wah..banyak tu..
best kalau dapat tiket free ni, tapi masa tak sesuai lah pula. huhu..
air asia :)
Post a comment