Salam
Entry ni uzu dapat dari blogger Hasrul Hassan. Just nak share kat u all.
Peringatan tuk diri sendiri jugak.
- Mahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.
- Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.
- Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.
- Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.
- Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.
- Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.
- Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.
- Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopularkan.
- Mahu mendapat iklan Advertorial di blog, tetapi tidak pernah sokong atau join event yang dibuat oleh penganjur produk.
- Ingin jadi seperti Redmummy atau Ben Ashaari, tetapi tidak pernah mahu dengar nasihat dari mereka.
- Mahu berinteraksi dengan pembaca, tetapi ruang komen tidak mesra. Jika ada, tidak pernah membalas komen mereka.
- Komen mahu banyak di setiap entri, tetapi tidak pernah tinggalkan komen berkualiti di entri blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan seperti blog profesional, tetapi tiada nilai profesional dalam menulis blog.
- Ingin blog yang cantik dan menarik, tetapi tidak mahu belajar untuk menghasilkannya sendiri.
- Mahu benda percuma tetapi tidak pernah berikan kepada orang lain secara percuma - contoh: Trafik dan Promosi.
- Tidak suka blog kena copy-paste, tetapi ada entri yang anda buat adalah entri copy-paste.
- Mahu dihormati dalam dunia blog, tetapi tidak tahu menghormati blogger lain.
- Ingin menjadi blogger Malaysia yang hebat, tetapi tiada ciri Malaysia pun dalam blog!
- Ingin menjadi blogger yang berjaya, tetapi tidak sudi untuk menjadikan blogger lain berjaya
Sumber Asal: 20 Perkara Pelik Blogger Malaysia | Panduan Blogger http://www.hasrulhassan.com/2013/01/20-perkara-pelik-blogger-malaysia.html#ixzz2JPwJAu3t
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
38 Sila Komen:
tepat sekali........
Hmmm...ada benarnya!Pendek kata what u give ,u get back!
huhuu...noted...dengan segera letak dekat bookmark..huuuy
peringatan bersama...
kita pun kena rajin terjah2 blog orang kalo nk mende yg sama berlaku pada kita kan
Huhu, setuju!
saya setuju sgt..
ok. pasni kena recheck balik blog & tuan blog. ada termasuk dalam list ke x? huhu~
thanks for spreading the infos.. ;D
memg betul tu terima kasih n sbgai nasihat untk dri sendiri
wahhh benar nie uzu .. thanks sharing
info terbaik.. thx dear.. kdg2 mmg terlepas pandang benda2 penting gini...
uyoooo... ade terkena x kat diri ku ini,,,,, thanks for the advice...
feezzyfz.my
assalamualaikum uzu...betul2 tu..:)
nice sharing dear...agreed!semoga kita xtrmasuk dlm golongan2 yg pelik itu..hee
sebenarnya, tak pelik pun..tu tabiat
pedas tapi benar-benar belaka. Nice one. Semoga terus maju jaya buat cik emas putih :)
wah,banyak juga ya kena belajar lagi pasal blog sebenarnya. thanx akak for the info.
terbaik!!sapa mkn cili dia rasa pedas..haha
tepat & betul hehe
lol betul2..
SETUJU..KDG2 KAK BUI PUN BUAT MCM TU..HAHAHA
entri ni mengingatkan diri sendiri hahaha :)
nak tukar template la..
nice one! hehe. kebanyakan macam tu kot
suka point 1, 6, 12.. kebanyakan budak2 baru la.. tapi kan, aku berhati-hati kalau nk follow blog org.. aku hanya akan follow blog yg betul2 selesa dibaca.. tak main follow membabi buta.. nnt kat dashboard berepah pulak entry.. sampaikan terlepas entry2 best dari blogger lain.. :)
Perghh, memang betul pun ^^
sabar jelah dengan kerenah blogger sekarang ni
amat betul sekali.. tapi saya komen kat bog redmummy dan ben ashari tak pernah dpt komen semula drp diorang pon.. hehehehe.. komen kat denaihati dapat!!!
semua karenah saya
haha btul2 !
sgtlah berguna kpd newbie mcm sy ni. thanks for sharing!
betul2..sape mkn cili dia terasa pedasnya..tapi sya tak bpe suka org yg " i follow u,follow me back" hihi
memang mendalam dan pedass heheh
http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/
Kena berpegang lirik lagu lama - Aku menulis bukan kerna nama. Tak kisahlah orang komen ke tidak, follow ke tidak, atau sampai orang tak ambil endah, tak baca... Anggap ia seperti seorang guru yang mengajar di kelas. Bukan semua pelajar mendengar dengan teliti, dan ada masanya mungkin lebih separuh tertidur dan tersengguk-sengguk. Ada guru tu berhenti mengajar? Dia tetap melaksanakan tugasnya mengajar dan mendidik kan?
betul3....sy pon br nk aktif2 kan diri dlm dunia blog....
betul tu..byk lg psl blog kita kena blajar ni..:)
Mmg btl apa yg diberitahu di atas. kdg2 xsedar yg kita tidak kenal apa itu blog.
yang ini sangatlah sokong ! majoritinya para blogger yang baru mesti beperangai macam ni,hummm
ada kebenaran dlm kata2 diatas......
Semuanya benar belaka. Terkadang, ada je blogger yang joint segmen, tulis kat komen done BW n follow tp sbnrnya takpun... ada gak yg singgah blog tp tak follow, just BW. tapi takpe... mgkin takde yg menarik minat dihati utk Follow. macam blog sy yang tak comel tu...hehe... Tu sume pengalaman... Apa yg penting, tulis apa shj yg rasa nak tulis tapi fikir dulu sebelum tulis. Kan Cik Uzu?
Post a comment