✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, January 14, 2013

Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital


As-Salam

Amat bersimpati dengan bayi yang terjatuh ke lantai tengah-II proses nak bersalin ni.
Yelaaa cuba korang bayangkan macam mana bayi tu boleh terjatuh kat lantai pula dalam proses meneran.

Jom baca berita penuh.



Kasihan! Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital | Ketika seorang bapa menanti saat kelahiran anaknya di wad bersalin, dirinya menjadi tergamam apabila melihat bayi kecil itu terjatuh ke lantai. Bapanya mendakwa doktor dan jururawat bertugas cuai dalam menjalankan tugas. Dari segi akal fikiran yang waras, mana mungkin doktor dan jururawat tersebut sengaja berbuat demikian. Kejadian yang berlaku tidak disengajakan. Bagaimanapun, hati bapa mana yang tidak sayangkan anaknya bukan.

Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjang walaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.

Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.
Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif… tidak seperti bayi lain, katanya.

Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu… pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.


11 comments:

ina said...

ksiannya baby..doktor skg mmg cuai..

Nurul Aini said...

Kenapa boleh macam ni..sampai macam tu sekali..ish bahayanya..cuai sangat tu. Ya Allah, kesian baby tu.

Farah Waheda Wahid said...

pernah terbaca cerita ni,memang kesian sangat dengan baby tu... cuai...

najihahfara said...

risau kalau benda2 mcm ni jadi.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Doktor kena lebih berhati2....

Fazianah Aninatih said...

kesiannya baby tuu..mmg kdg nmpk kcuaian mrk..ada tu kdg da nk bsalin,siap suh mama nk deliver tuh jln lgi ke katill..apa celopp..sian bby... :-(

Mayang ABDUL RAZAK said...

adola.. sepaptunya kena ada katil khas .. sbb akak yg bersalin terus terang kekadang terfikir juga kalau bb jatuh x de org sambut...camne??

Nieyxzha Hassan said...

Pihak hospital tak boleh la mintak maaf macam tu je. Kalau nieza la nieza pun akan buat macam ni..baby ni kite tak tau perkembangan die mcm mana nanti..kadang sekarang mmg tak nampak lagi..akan dtg mcm mane..pihak hospital kena la bertanggungjawab..buat ape kursus byk2 sedangkan dalam hal-hal kerja masih cuai..sepatutnya mereka alert..memang la org bersalin akan ada yg mcm ni..kalau dah nak teran..mane boleh tahan2..dah sakit lagi kan..

And kena ada jugak hitam putih menunjukkan bukti dah buat pemeriksaan..keadaan baby ok..jangan main cakap mulut je..kata professional

Remy hazza said...

bahaya kalau takde hitam putih...... masa depan kita tak tahu...sebab baby tu dah terhempas...harap2 takda apa apa....

fifie said...

Kadang kadang dalam masa sehari dua memang tak dapat detect lagi kecederaan baby tu mana tahu di depan depan baru lah nampak effect jatuh tu. Kesiannya.

shidaR said...

kesian bayi..cmnelah blh jatuh..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com