✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, January 6, 2013

Fenomena Air Laut Merah : Patuhi Nasihat Pihak Berkuasa


As-Salam




KOTA KINABALU 6 Jan. - Orang ramai dinasihat sentiasa mengikuti arahan dan amaran yang diberi pihak berkuasa ekoran fenomena air laut merah yang melanda Sabah ketika ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, orang ramai perlu mengelak daripada mengambil makanan laut yang disahkan mempunyai toksin berlebihan seperti kerang.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meminta pihak berkuasa bertindak pro aktif dalam memberi maklumat tentang fenomena itu bagi memastikan keselamatan pengguna di negeri ini.

Fenomena laut merah atau dikenali sebagai 'red tide' yang berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan 'phytoplankton dinoflagellate' dalam air laut.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan fenomena laut merah yang melanda negeri ini sejak dua bulan lalu telah mengorbankan dua mangsa berusia 14 dan 9 tahun yang dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar.

© Utusan Melayu (M) Bhd



11 comments:

Mohd Zuhri said...

betul kah ni?

Yie Weezer said...

habisla...pasni Hasil Laut..akan mengalami kejatuhan..

Meitzeu said...

We need to becareful of our consumption of seafood.

mt
Meitzeu @ Blog

Meitzeu @ Facebook

Meitzeu @ Twitter

Norhaizan hakim said...

Eh...takutlah pulak nak makan seafood. semoga yg di sini bukan import dari sana.

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

:(

Innanie | Ariffin said...

apa punca laut merah ni???

dEdEQ dE wIshEs said...

MERAH ? WAHH .. PASAL PE NI

ishy77 said...

mm..xleh g sabah mkn seafood la gni

deno said...

first time tengok keadaan mcm ni..

Remy hazza said...

bahaya tu kalau dah boleh membawa kematian.....

shidaR said...

bahaya ni kalo mkn mknan laut kat snaa..dear hati2 yer..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com