✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, January 7, 2013

Hati-Hati..!! Ribut Tropika Dijangka Melanda Pantai Timur Malaysia


As-Salam

For your informations, ribut taufan kemungkinan berlaku dan melanda pantai timur malaysia.
Taufan ni di namakan Taufan Sonamu.


Jom tengok live update kat SINI


Dikeluarkan pada pukul 08:59PM, 06 Januari 2013
Kemaskini:

Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 U dan Longitud 109.3 T, pada jam 8:00 malam 6 Januari 2013, kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat dengan perlahan. 

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini  
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. 

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini 
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. 

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. 

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini 

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. 

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. 

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. 
Dikemaskini pada 06 Januari 2013, jam 08:59PM  


Berikut amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman webnya.

P/s : Semoga Allah melindungi kita semua. Sama-sama berdoa semoga bencana ini tidak menimpa kita.


16 comments:

Eyqa Hasnan said...

Allahuakbar ! Semoga dilindungi daripada segala bencana :'(

dEdEQ dE wIshEs said...

RISAU .. SMOGE XDE PAPE YG BERLAKU .. AMIN

Mimie said...

Subhanallah...semoga dijauhkan segala bencana

Cik Muda said...

semoga kita semua dilindungi dari bencana.. Amin!

♥ Wina ♥ said...

ya allah...semoga semua saudara di pantai timur berada di bawah lindunganNya...

Seneorita Baharin said...

Semoga kita semua dilindungi olehNya..amin..

Nieyxzha Hassan said...

Pagi ni di terengganu masih cerah..tak tau petang karang macam mana.. tapi angin agak kuat la jugak kalau duduk tepi pantai..

Nurmujahidah Ismail said...

takut pikeykan auntie kat umt,,

deno said...

deno pun bimbang.. skrg nampak mendung kat KT ni

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

Semoga Allah pelihara kita :)

hazwan hairy said...

semoga di lindungi...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Moga segalanya dilindungi......
berhati2 semua.

aimaniman said...

Moga rakan2 di sana tabah menghadapi musibah...
Semoga Alah melindungi kita dan musibah ini x begitu memudaratkan,.. dengar kata malsyia hanya menerima impak minimum..

Remy hazza said...

org pantai timur kena berjaga jaga..... elert dgn situasi semasa... kita doakan supaya ribut tk melanda....

shidaR said...

kena lebih berjaga lepas ni xkire mana2 pn mst kena jga..

sa mic said...

makaiii . Alam dah mula mengancam manusia .

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com