✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, January 15, 2013

Lisa Surihani dan Ibunya Mengalami Kerugian RM50 000 .


As-Salam

Ingat tak my entry pasal SKIMMING CARD dan KEYPAD palsu kat ATM?
Meh baca  SINI if belum baca ..




Pelakon popular, Lisa Surihani, dan ibunya mengalami kerugian besar apabila wang sebanyak RM50,000 dalam akaun bersama mereka dicuri selepas kad ATM mereka ditukar.

Ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, menyedari wang tersebut lesap ketika dia ingin mengeluarkan wang pada Jumaat lalu.

Menurut sumber pihak berkuasa, ketika ibu kepada pelakon "Istanbul Aku Datang" membuat semakan baki simpanan, dia mendapati wang dalam akaun berkurangan dan mengesyaki berlakunya penipuan kerana dia tidak ada membuat pengeluaran wang sebanyak itu. 

Selepas merujuk kepada pihak bank, Siti Amira diberitahu bahawa kad ATM miliknya telah ditukar dengan kad yang baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

Lisa dan ibunya kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama.

Semakan yang dibuat kemudiannya mendapati bahawa rekod pengeluaran wang dalam akaun tersebut dikeluarkan di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

Lisa yang dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.


p/s : Hari-hari dengan kad ATM anda. Jangan bagi kepercayaan dengan orang mudah ja.
Pasal duit ni, kawan pun boleh jadi lawan tau.

Salam.


9 comments:

yana aina said...

mcma2 kes skrg nie .. smpn dlm bank pon rasa mcm tak selamat.

✿A I N A A✿ said...

Orang bank takkan tak cek kot.. sepatutnya kena cek setiap pagi ke tgh hari ke.... hurmmmm....

boni kacak said...

simpan duit dalam bank pun tak selamat.. adoiyai.. duit dalam akaun bank pun boleh kena rompak.. banyak pulak tu

Bui Junaidi said...

MAK AII..TAKUT BETUL DGR HAL2 MCM NI..NAUZUBILLAHIMINZALIK..

Ima Salsuzaima said...

alahai.kalau macam ni memang xde tmpt selamat lagi lah nak simpan duit yg bnyak.

Siti Aniza said...

takut pulak. duit hilang singgit pun gelabah, apa lagi 50k. fuuu

Delimasari said...

takutnya

shidaR said...

liciknya org yg ambil tu..pergh..

Remy hazza said...

atm pun boleh kena klon.....
sapa ler yg bernai buat tu...boleh release kad baru.....

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com