✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, January 5, 2013

Murid Kritikal Dicabul Guru


JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi mangsa serangan seksual berulang kali dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi di Hospital Persahabatan, di Rawamangun, Jakarta Timur semalam.
Pengerusi Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) Arist Merdeka Sirat berkata, kes cabul itu belum dilaporkan kepada polis. “Kami akan membuat laporan polis hari ini (semalam) agar siasatan lanjut dapat dilakukan,” katanya.

Kanak-kanak itu mengalami demam panas dan serangan sakit secara mendadak sejak dua minggu lalu, tetapi hasil diagnosis doktor yang berbeza mengatakan mangsa menghidap nodus limfa dan demam kepialu. Dia tidak sedarkan diri sejak 29 Disember lalu.

“Kami mendapati ada kesan kecederaan di vagina dan rektum mangsa apabila kami ingin memberikan rawatan untuk serangan sakit dihidapinya,” kata Pengarah hospital terbabit, Priyanti Soepandi.

Dia berkata, pihaknya belum dapat memutuskan sama ada kecederaan itu menyebabkan demam panas dan serangan sakit secara tiba-tiba itu. Ibu mangsa berkata, anaknya mengalami pendarahan di vagina sejak dua bulan lalu, tetapi enggan memberitahu apa yang berlaku. Bagaimanapun, katanya, rakan sekelas anaknya memberitahunya seorang guru di sekolah mereka sering berkelakuan tidak senonoh terhadap muridnya, termasuk anaknya. - JP

sumber : mymetro

12 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

YA ALLAH .. APE NAK JADI LAHHH

CikZaniff said...

kurang ajar tu..ishhh

Nour Adieb said...

mak aiii, cian budak tu

MisEyz BLurz said...

Macam-macamlah sekarang nie..huhu

Remy hazza said...

pagar yg tak boleh diharap......
dunia semakin parah....

sa mic said...

gila kejam! semakin berputar belit dunia sekarang, hummm

Nadia Johari said...

mcm2 ..

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

dunia, dunia :(

deno said...

sedih baca bila kanak-kanak kena mcm ni... :(

^^eKaTiKaH^^ said...

manusia sekarang makin kejam. kanak2 pun diperlakukan sebegini

Fujiwara Chiaki said...

takgune cikgu tu, murid pulak jadi mangsa

shidaR said...

indon..mmg byk hal2 cmni huhuhu~!

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com