✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, January 31, 2013

ND Lala menganggap Sharnaaz Biadap !


Salam 

Isu ingin merisik penyanyi terkenal Shila Amzah yang pernah dibangkitkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad bukanlah suatu perkara yang baru. Sebelum ini Sharnaaz sendiri pernah mengakui bahawa dia akan menghantar rombongan untuk merisik kekasih hatinya pada bulan Mac akan datang.

Berikutan isu tersebut, bapa kepada Shila Amzah, iaitu ND Lala telah melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan berani Sharnaaz yang dianggap sebagai tidak menghormati dirinya sebagai bapa serta bakal wali kepada anak perempuannya itu.

“Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.”

“Kalau Shila mahu kahwin sekalipun, saya walinya, bukan Sharnaaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala menerusi laporan Harian Metro hari ini.

Dalam pada itu, ND Lala turut berulang kali mengingatkan Sharnaaz supaya jangan biadab dan menasihatkan pelakon tersebut agar mengikut segala adat dan agama kerana berkahwin adalah suatu perkara yang serius.

“Dia (Sharnaaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Sharnaaz turut malu dengan tindakannya itu.”

“Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai.”

“Tolong jangan biadab, hormati kami sebagai ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka ingin kahwin lari,” tegas ND Lala penuh kesal.




15 comments:

Solehah Shamsuddin said...

urmmm no komen...

Farah Waheda Wahid said...

x nak komen apa2... perhatikan aje...

Phat said...

ah sudah bapa mertua dah x suka

QasehnyaRania said...

macam mana nak teruskan kalau bakal bapa mertua dah cakap mcm ni ...mmmm

Cik Syida said...

no komennnnnn .. haih

ain mahsuri ismail said...

tak tau pon pasal gossip ni. haha

ain mahsuri ismail said...

tak tau pon pasal gossip ni. haha

baby melody said...

aiiiii dah byk kali dengar isu psl shanaaz nie..xabes2 lg..hurmm

Lissa LaLissa said...

errr.. errr.. no komennnn .. ehhe

najihahfara said...

sharnaaz ni nampak sangat baran dia..

Wana Owen said...

X habis² sharnaaz buat isu panasss..:p

Wana Owen said...

X habis² sharnaaz buat isu panasss..:p

sa mic said...

laa macam tu pulak, ish teruk

Shida Radzuan said...

pulak...huhuhu..

Remy hazza said...

jaga adab.... jaga tutur kata...org tua kalau hati terluka...... susah nak pujuk...... ingat tu sharnaaz

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com