✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, January 3, 2013

Pelajar Gantung Diri Enggan Sekolah Petang



As-Salam





MIRI: Seorang pelajar tingkatan dua yang sebelum ini menyuarakan keenganannya ke sekolah pada sesi petang kerana adik beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam.

Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.

Ibu saudara mangsa, Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.

"Sebaik bapanya yang juga abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.

"Tapi, selepas setengah jam dia masih tidak keluar dari bilik biarpun ayahnya memanggil namanya beberapa kali. Sebaik pintu bilik dibuka, ayahnya terkejut melihat dia tergantung di tingkap bilik dan sudah tidak bernyawa," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut wanita itu, sehari sebelum kejadian, mangsa memberitahu tidak mahu ke sekolah kerana abang serta adik-beradiknya yang lain bersekolah pada sesi pagi dan hanya dia pada sesi petang.

"Bagaimanapun, semua ahli keluarga lain tidak mengendahkan kata-katanya kerana menganggap itu perkara biasa saja. Kami tidak menyangka dia akan mengambil tindakan drastik seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

- Harian Metro

16 comments:

✸Maizatul Nurirwane Idr✸ said...

Mesti takot kena buli kat sekolah, ish sampai bunuh diri :(

sa mic said...

menakutkan :(

eyoy kyrul said...

dia x fikir pjg ttg masa depan dia... hurmmm

Faqihah Husni said...

macam2..

✿A I N A A✿ said...

budak2 dah pandai buat cenggini.. ni kes terpengaruh dengan media la ni.. masyaAllah

Yanie Andierah said...

seram :(

dEdEQ dE wIshEs said...

YA ALLAH .. NPE SMPAI CAMTU SKALI ?

Nadia Johari said...

brani sungguh budak ni..semta2 hal mcm ni..fmly pun kne amik tsu gk knpe die xnk sekolh ptg

Anonymous said...

lepas ni ko pula gantung diri.haha

StrawBerry Cynta Syasya said...

kenape dia buat sampai mcm tuh sekli..teruk betul...

Remy hazza said...

sampai mcmtu sekali dia tak mahu sekolah ptg......
apa yg dia fikir sampai dia sanggup buat camtu......

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

Dasyat2 dunia la nie :(

Fauziah said...

Ya Allah . Sampai macam tu sekali ? patutnya bincang elok elok . astaghfirullah :/

Iqa Syafiqa said...

nekadnyer budak uh, mesti dier tertekan sgt uh

Seneorita Baharin said...

Astaghfirullah al-azim....huhu...sedih bla dgr brita2 yg mcm ni..haishh

shidaR said...

budak2 skg pemikiran dasat..parent skg kena alert dgn pmintaan ank2 tu..huhuhu..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com