✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, January 2, 2013

Penceraian Artis Selebriti Sepanjang Tahun 2012


As-Salam
Sedihnyer tengok artis bercerai ni. Hmmmmm


Hattan & Farah Asyikin - (12 Januari)

Penyanyi rock popular, Hattan, 48, dan Farah Asyikin Othman, 34, disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, setelah dua bulan berkahwin.


Sharifah Aleya & Ashraf - (29 Februari)

Pasangan ini bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Penceraian mereka mengejutkan ramai pihak kerana tiada khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga mereka. Bernikah pada 2007, Aleya dan Ashraf dikurniakan sepasang kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena, 3 tahun.


Datuk Aziz Sattar & Datin Hashimah Delan - (3 Mac)

Menyembunyikan penceraian mereka dari pengetahuan masyarakat, seniman veteran, Datuk Aziz Sattar dan Datin Hashimah Delan akhirnya mengakui bercerai pada 3 Mac lalu. Punca penceraian itu hanyalah sedikit perselisihan faham, namun Pak Aziz kini dalam proses untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya.


Safee Sali & Sabrina Yusof - (1 April)

Bintang bola sepak negara, Safee Sali, 28, melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Sabrina Yusof, di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca penceraian tidak didedahkan. Mendirikan rumah tangga pada 2007, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2 tahun.


Adda Butterfly & Ridzuan Mohammad - (16 April)

Perkahwinan Adda dirahsiakan dari pengetahuan masyarakat. Namun sayangnya, mahligainya hanya mampu bertahan 17 hari. Kekeliruan status suaminya dikatakan punca utama penceraian.


Raja Azmi & Jailani Sidek - (27 Jun)

Selepas kontroversi demi kontroversi, pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun ini akhirnya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat.


Sasha Saidin & Salyo - (10 Julai)

Pasangan ini bercerai setelah lima tahun bersama. Menurut Sasha, penceraian ini adalah jalan terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumah tangga mereka.


Tauke Raja Lawak & Ameera - (12 Ogos)

Setelah dua kali gagal dalam rumah tangga, pelawak, Zamatul Amri Zakaria, 36, (Tauke) akhirnya kecundang buat kali ketiga apabila disahkan bercerai talak satu dengan model sambilan, Ameera, pada 12 Ogos lalu. Hanya bertahan empat bulan, punca keretakan hubungan itu masih lagi dirahsiakan. Hasil perkahwinan terdahulu, Tauke mempunyai enam anak.


Sham Kamikaze & Farazila

Pada awal September lalu, Farazila memfailkan permohonan cerai dengan alasan hanya bahagia pada tahun pertama sahaja bersama pemuzik dan pendakwah, Sham Kamikaze. Menurut Farazila, berlaku beberapa konflik dalaman yang hanya diketahuinya sahaja. Akhirnya, pihak mahkamah mengesahkan Sham dan Farazila telah bercerai sejak tahun lalu kerana tidak merujuk penceraian yang dilakukan dengan mahkamah.


Jimmy Shanley &Nursuhaila - (10 Oktober)

Proses penceraian pasangan ini paling rumit tahun ini. Bagaimanapun, mereka akhirnya bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Subang Bistari. Diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania, setahun.


Ana Dahlia & Chef Riz - (10 Disember)

Genap setahun bergelar suami isteri, Ana Dahlia dan Chef Riz disahkan bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember lalu. Melangsungkan pernikahan pada 11 Disember 2011, Ana merahsiakan punca kegagalan rumah tangganya, namun Chef Riz memberitahu usia perkenalan singkat adalah punca tiada sefahaman antara mereka.

Sumber : LimauAis


13 comments:

Blog 3 Dalam 1 said...

follow blog aku nanti aku follow balik

[Click] Cabaran SEO Selamat Tahun Baru 2013 Blog 3 Dalam 1 [Click]

Remy hazza said...

jodoh tak berpanjangan.....
bukan senang nak layari bahtera kalau diri tak bersedia.....

zulhilmi tempoyak said...

wooo.. panas... hee.. InsyaAllah dorang temu jodoh terbaik.. :)

Lyeen De Syifa said...

kahwin2..cerai2..seram ni kak..mcm takut o mau kawin..hahaa..apapun, smoga dorg jumpa jodoh yg lebih baik..ada jugak bah tu kan kak ..:D

p/s: akk uzu bila mau kahwin?dekat ja ni Tawau sama KK klu mau pigi..ahaks!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ieka Hassan said...

Talak sememangnya dihalalkan dalam Islam sekiranya tiada persefahaman antara satu sama lain,tetapi amatlah dibenci oleh Allah.


Solehah Shamsuddin said...

errr ramainya...

Mish Apple said...

Tak boleh nak cakap lebih, nanti terkena batang hidung sendiri.

Anisa Anuar said...

ramainya...

Farah Waheda Wahid said...

sedihnya tengok orang bercerai berai... hu hu hu... tapi apa nak dikata Allah lebih Mengetahui dan mereka yang mengalami lebih tahu apa permasalahan yang dihadapi sebenarnya...

inasazali said...

dlm rumah tangga mmg byk masalah..tu yg tkut sgt nk kwin...yg lg kesian kt anak2 la kn...ape2 pun doa yg terbaik...

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

:(

Nadia Johari said...

artis bile xde persefahaman..cerai..tu jele..x pnh nak berusha tuk baik

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com