✿Baca Entry Yang Lepas✿

✿Iklan Terbaik !! Jom Terjah !!✿

Thursday, January 3, 2013

Rebat RM200 Telefon Pintar Kini Untuk Semua Jenis Telefon



As-Salam

Ada tengok berita tak semalam kat Buletin Utama TV3 semalam? Dengar khabar telefon pintar rebat RM200 boleh untuk semua jenis. Jom baca entry penuh. 

Sebelum tu klik sini http://bit.ly/UHp7Fz .



Menurut laporan Sinar Harian Online, Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim Pakej Komunikasi Belia (PKB) di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. Pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia (PKB) ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.

Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

sumber.

6 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

:) SAPE CEPAT DIE DPTT

trah zain said...

jom merembat ramai2!!hehe

Farah Waheda Wahid said...

sure ramai gilers yang berebut2 nak rebate nih... hu hu hu...

Remy hazza said...

tatap tak dapat....harap2 mlm nie berita utk umur pulak...he3

hazwan hairy said...

nk isi tp line teruk..

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

Nie best! :)