✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, January 6, 2013

Rokok Elektronik, Alternatif Berhenti Merokok. Selamat Ke Tak? Jom Baca Sini


Salam.
Selamat Petang.


Hari ni tertarik dengan entry Kak Mia tentang rokok elektronik yang mana rokok ni sebagai alternatif untuk perokok berhenti merokok yang of coz lah merokok tu membahayakan kesihatan.

Mengikut entry Kak Mia, rokok elektronik ni selamat sebab


tiada tar
tiada pembakaran
tiada tembakau
tidak beracun
tiada karbon monoksida
tidak mengkaratkan gigi
menjimatkan kos
boleh merokok di mana sahaja


Best kan? Sebenarnya Uzu tertarik dengan Rokok Alternatif ni sebab nak suruh kesayangan Uzu cuba.
Yelahhh mana kita nak kan orang yang kita sayang sakit sokmo. Batuk sana batuk sini. Tak gitu Kak Mia?

So planning awal nak cuba la tu sebab Uzu mengkaji benda ni bagus ke tak.

TETAPI

Mengikut laporan Utusan Online, mengikut penyelidikan yang terbaru mendapati ia juga boleh merosakkan paru-paru. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Jom baca artikel daripada Utusan Online.


Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.
"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya.

Sumber : Utusan Online

8 comments:

aimaniman said...

Mahal ke?
Alternatif terbaik utk perokok tegar mcm suami akak.. tp dia nak ke?
Kekadang susah nak mengubah perangai org tua berbanding perangai anak2...

Budak Kampung said...

iman penah try rasa strwberi ag abg iman punyer.dy cas gne usb je..hrge dlm rm50

Nieyxzha Hassan said...

Sedara ade pakai skang..die kate..memang tak rasa nak hisap rokok yg biase tu dah..yg tu mmg bagus tp kalau boleh nak la stop terus kan..

Satu lg benda tu mahal jugak

dEdEQ dE wIshEs said...

ISH ISH .. JDI KE

Mia Liana said...

kak mia ada baca juga artikel pasal utusan ni. tapi majoriti pengguna rokok elektronik ni kebanyakannya guna tak lama sebab lepas guna terus lama2 akan berhenti merokok. kak mia ada juga tanya mereka2 yang guna benda alah ni, setakat ni semua kata ok.

sebab itu kak mia confident untuk husband kak mia guna. sekurang2ya takde racun dari rokok biasa.

apa-apa pun kita cuba. mungkin serasi...

deno said...

boleh jadi ke....

Remy hazza said...

alternatif terbaik...... tapi ada yg negative nya... sebab bila hisap rokok nie ...depa tak tahu bila nak berenti...sebab tak habis2.....

shidaR said...

uzu..kalo brg elektronik ni kebiasaannya ade kelebihan dan ade keburukan dia..xde yg perfect mcm kita manusia lah :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com