✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, February 15, 2013

400 orang cedera tahi bintang timpa Russia

Salam




YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api 
menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta. 

Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg. 

Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.

Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.

6 comments:

Solehah Shamsuddin said...

ehh yeke. baru tau ni...

Aina Cheerful said...

btl ke? >.<

ejulz said...

seram je tengok. hehe

jemput join k.. :)

http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

MisEyz BLurz said...

Menyeramkan...huhu~~

Nurmujahidah Ismail said...

alhamdulillah bukan di tmpat kita,,

Remy hazza said...

menakutkan...... semoga semuanya selamat......

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com