Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.
Ciri-ciri bulu khinzir:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..
SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN MUSLIM!
12 Sila Komen:
Wahh , thanks kak uzu sbb share .. kecik nak g check skang jugak !!
terima kasih atas info berguna ini! ^^
kena teliti masa pilih barangkan :)
info yg cukup baik..kena hati2 membeli berus.....
klo duk belek2 nk beli brus sekali terpegg bulu khinzir kne samkla erk..hehe
oleh sebab itu, berhati2lah semasa membeli berus...thanks for sharing dear... ^_^
wow info y bergune.. cos my bf suke art.. so slalu ragu-ragu nak bli berus lukisan.. so dgn adenye tips ni dpt jugk membantu :-)
thx for sharing dis dear :)
risau nak beli barangan kosmetik..
takut terbeli bulu khinzir ni..
pe pon tq 4 info :)
Perkongsian yang terbaik !!
rasanya kalau berus lukisan mmg byk yang bercabang mcmni. tp sy xbeli la sbb sy fikir berus tu kembang, jd nt lukisan xcantik. xsgka lak itu berus dari bulu khinzir
ada baca jugak tentang ni , tapi berasaskan berus make up lah , hehe
Post a comment