Kalau semalam kita dikejutkan dengan cerita Fizz Fairuz tentang pertunangannya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar yang terjadi seminggu selepas pertunangan mereka pada 10 Februari, hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.
Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.
Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).
Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia. -Beautifulnara
18 Sila Komen:
yang buat saya pelik kan, kenapa fizz bertunang memakai baju biasa saja?
ermmm.. Semoga perkara sebenar terbongkar.. kesian pada sebelah pihal yang diaibkan.. tak tau sape yang salah skang ni..
cam ada udang di sebalik batu je ni kan,,. papepon kita tgk j la nati..
tak tau apa cite sebenarnya.... tapi memang buat orang konfius kan...
@Herma Julianny setahu saya, kalau bertunang ikut adat kita, memanglah perempuan sahaja yg berpakaian pengantin. pihak lelaki tidak. boleh tengok gambar2 pertunnangan yg lain.
Dah gila agaknya fizz fairuz ni!! nowadays bnyk org yg nmpk mcm normal tp sebenarnya..
aiyoyo..mana satu lah ni
lepas ni sure kelaur kes saman malu plakkk...
erk.. mana satu betoi ni.. mcm2 la...
masa hari tunang dorang tu pun Fizz pakai selekeh giler.. kurang2 pkai kemeja, tapi dia pkai sweater dgn topi je.. mcm tak ready pape.. pelik2.. aku dh agak akan kuar jugak kenyataan dari pihak pompuan ni.. skrg ni dh taktau mana satu yg betul..
macam nak publisiti jea ni
mcm2 hal. -__-
dah semakin rumit kisah fizz fairuz nie.....
tak tahu mane satu yg betul -_-
hentamlah kamu
aaa macam-macam
x tau nak percaya yg mana satu. layan kan aje...
Post a comment