Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
9 Sila Komen:
alahai...kesian kene tipu...
Ini semua kuasa ALLAH.. ALLAH yg tentukan segalanya..Berkemungkinan jodoh Fizz dengan Almy..Kita tak tau kan..
sampai macam tu sekali...betullah kata orang tua-tua, kalau dah jodoh tak kemana..mungkin jodoh fizz dgn almy :)
macam2 kes artis kita ni.. hurmm
ops!!!
haaa , tu la pasal kan . tak sangka plak . ish ish
kne buatn org kot
manusia sanggup buat mcm2 utk dapatkan apa yg dia nak....
kesian ex i, hikhik
Post a comment