✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, February 22, 2013

"Hati Masih Kosong, Tak Tolak Terima Fizz Fairuz Semula"-Almy Nadia



"Wallahualam, hati Almy sekarang tiada rasa apa-apa dan masih kosong. Kalau dia nak kembali, jawabnya `wait a minute’. Kena tunggu sekejaplah. Begitu jugalah dengan permohonan maaf dia kepada Almy, semua itu kena tunggulah. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab Allah SWT pun mengampunkan hamba Nya.

"Tentang peluang Fizz pula, semua jawapan itu ada pada  dia. Dia nak kembali atau tidak ke... semua itu urusan Allah. Almy pun tak tau mungkin dia pun ada pilihan lain dan saya pun tak tahu apa yang dia buat sekarang.

"Soal jodoh adalah urusan Allah. Bagi Almy, ini semua hukum karma. Ia membabitkan hukum dunia dan hukum agama. Redha dengan tidak sajalah.

"Perempuan manalah yang tak sedih dan sakit bila hubungan tujuh tahun dikhianati macam tu saja. Almy mengaku sangat sedih dan menangis. Allah sajalah yang tahu.

"Tapi itulah, tujuh tahun bercinta berlawan dengan tujuh hari bertunang. Semuanya itu adalah hukum karma.

"Almy tak nak komen lebih-lebih soal ini sebab Almy nak tunggu kenyataan sepenuhnya daripada Fizz sendiri. Lepas dia buat kenyataan, barulah boleh Almy bagi komen bagi pihak Almy saja."

sumber

16 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nak ckp buduh bleh tak?errr...

Seneorita Baharin said...

hmm, tp kalau jodoh xkemana kan...jodoh itu rahsia Allah..apa yg jadi pasti ada hikmahnya..

Hanif Idrus said...

Nak Fizz lagi rupanya....hihihihi

Siti Anirah Azuri said...

tapi kalau dah jodoh.. berpisah macam mana pun, jauh macam mana pun, Allah dah tetap dari awal lagi, akan kembali juga kan.. Semuanya di tangan tuhan. Kita hanya mampu merancang.. yang menentukan adalah Allah swt.. :)

red jambu said...

kalau saye, berdoa saje lah. jodoh ditentuan tuhan. kite sbgai hamba, terima seadanya. :)

Mimi Azirah said...

sume yg blaku ketentuan Allah

Mrs Velentine said...

masih ada cinta..hehe

✿ pink velvet ✿ said...

kuatnyer dia kalau still bole terima fizz

Remy hazza said...

suka perkataan hukum karma tu... 7 tahun bersamaan 7 hari......
tapi kalau dh jodoh tak kemana....

QasehnyaRania said...

in shaa ALLAH.sama2 la tunggu dan lihat

sarahhernyzar said...

err.. no komen.. haha. tatau nak kata apa dah dgn kontroversi fizz dgn almy. :p

Ct Noraishah said...

Tak perlu kata apa2!! Senyum hehe

Nadia Johari said...

tunggu je critenyer nant..hehe

deno said...

beetul kakat kak nadia, tunggu nxt story plk

sa mic said...

aaa okaylah tu

NoEn said...

pasti ada hikmahnya

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com