✿Baca Entry Yang Lepas✿

✿Iklan Terbaik !! Jom Terjah !!✿

Friday, February 15, 2013

LANUN Abu Sayaf Menceroboh Lahad Datu Sabah




Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.

Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Punca Pencerobohan Tentera Filipina

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.


17 comments:

Lyeen De Syifa said...

semakin risau dgn keselamatn family disana..smoga allah melindungi..

yana aina said...

masanya utk pasukan keselamatan negara menjalankan tugas mrk. moga tiada apa yg buruk berlaku

Solehah Shamsuddin said...

ish apasal ttbe dyorg boleh ceroboh masuk ni. bahaya btoiii

~N!k nURfAt!hAH hARun~ said...

moga semuanya selamat..

Remy hazza said...

penduduk kat sana kena berhati hati......takut ada agenda tersembunyi....

Aleeza Zailan said...

Sy penduduk Felda Sahabat Lahad Datu . sangat dekat dengan tempat tu ._. huarghh nasib baik balik cuti raya cina kat smnanjung . Kalau tak sy pun tataw ape na jadi kat sana Harrrr

Mentari Minda said...

moga tiada apa yang berlaku....

Mrs Velentine said...

semoga semuanya selamat..menakutkan

jasmin min said...

tiada apa2 jgk

jasmin min said...

jgn takut lahad datu okey jgk

jasmin min said...

felda la ada abu sayap

farhan moo said...

SUDAH TIBA MASA ATM UNTUK BUKTI KAN KEKUATAN ! HALAU MEREKA KELUAR !

jasmin min said...

di sini la kita tgk atm mcm mana kekuatan drog.......

DarkGOLIAT said...

hmmm..mne kapal salam tu

ketam lemas said...

Rmai Org kta jumlah mereka seribu atau ratusan ribu - tpi , syeee x takut . kerna ALLAH ada bersma sya .

met yen said...
This comment has been removed by the author.
met yen said...

InsyahALLAH aman damai.....,apa yg dorang bt pn brlandaskn islam kalo tmbul pperangan pn kerana jhad islam mereka,jgn la trlalu mudah pndang serong thdp ssorg tanpa mngetahui asal usul nya.....Luv Tausug