✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, February 7, 2013

Respon Balas Sharnaaz Terhadap Surat Terbuka Dari Shila Amzah




Aktor Sharnaaz Ahmad berasa jauh hati dengan kekasihnya penyanyi Shila Amzah apabila wanita itu bertindak menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik hubungan mereka ketika ini tanpa mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, tindakan Shila memohon maaf kepada dirinya dan keluarga menerusi surat terbuka itu dilihat seperti tidak telus dan keanak-anakan.

Katanya, sebagai individu yang matang Shila sepatutnya datang bersemuka dan berbincang dengannya bagi mencari jalan penyelesaian dan bukan mengutus surat untuk disiarkan buat tatapan umum.

“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),”

Sharnaaz berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan rasmi penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi surat memohon maaf yang dikirimkan kepada pihak media. 

Dalam surat tersebut Shila berkata sikap terlalu menyayanginya adalah antara faktor menjadi penyebab ibu dan bapanya terlalu menjaganya dan sebagai anak dia tidak sanggup melukai hati mereka.

Malah Shila juga meminta semua pihak tidak menghukum Sharnaaz selain memohon maaf secara terbuka kepada pelakon lelaki itu dan juga keluarganya terhadap segala masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.

Aktor filem Kerat 14 itu berkata, kenyataan menerusi surat itu seolah-olah memperlihatkan bahawa Shila tidak mampu untuk bersemuka bagi menyelesaikan konflik hubungan mereka.

“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” luahnya dalam nada kesal.





11 comments:

Ibu Amirul said...

Apalah Sharnaaz ni ... Dah tentulah Shila tu masih seorang anak kepada ibu bapanya... jadi apa yang nak disuarakan atau apa yang difikirkan perlu restu ibu bapanya dulu...

Fathiyah Selamat said...

kesian shila. tersepit ha die.. patut nye shanaz tu kne lbh faham sbb shila tu perempuan. dah tentu2 parents die risau kn shila dan mmg btul pun ape yg parents die buat tu..

Sally Samsaiman said...

actually sharnaaz kalau tak overreacted mesti tak jadi macam ni...kalau dah ND Lala cakap...jgn la bidas...awak dah la nk amik anak dia...tapi walinya taknak jaga hati...

Rahmah Abd Mutalib said...

Sebagai anak, kekasih dan perempuan seeloknya kita memikirkan yan gmana baik dan buruk..

Sesungguhnya kasih ibu dan ayah tiada penghujung tetapi kasih kekasih hati dan seorang yang bernama lelaki tidak tahu setakat mana. Fikir secara matang buruk dan baiknya serta tidak memudaratkan kedua2 hubungan dimasa hadapan

Rahmah Abd Mutalib said...

Sebagai anak, kekasih dan perempuan seeloknya kita memikirkan yan gmana baik dan buruk..

Sesungguhnya kasih ibu dan ayah tiada penghujung tetapi kasih kekasih hati dan seorang yang bernama lelaki tidak tahu setakat mana. Fikir secara matang buruk dan baiknya serta tidak memudaratkan kedua2 hubungan dimasa hadapan

Fakhruru said...

haishh~ sbor jer lar.. smoga bkekalan ^^

Mary Ibrahim said...

sbg lelaki,tlg lh fhm dilema sorg wanita yg msh ada makbpk lg...semua ny x semudah kata...sedeh dgr..sma plak ngn kes aku...

Aznan BH said...

kebodohan sharnaaz...ibubapa bertanggungjawab keatas anaknya sebelum berkawin (dalam Islam).Belajar ilmu Islam dlm hak-hak ibubapa dan anak dulu sebelum nak nikah.

Kurang cerdik Shila Amzah - tulis surat bagi tahu media pulak.

Remy hazza said...

anak perempuan...kena ler ikut ibu dan ayah.......selagi dia belum kawen...itu hak keluarganya.....

Nadia Johari said...

selama shila popular disebakan ibu bapanyer..so mestila dgr ckp ibu bapanyer..shaarnaaz pun stu xleh pikir..

sa mic said...

aaaa macam2 , sungguh pening

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com