✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, February 6, 2013

Surat Maaf Dari Shila Amzah






 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.


11 comments:

Farah Waheda Wahid said...

dalam dilema dia ni sebenarnya ni... bergelora hati...

...Nadz Fisol... said...

bagus jugak la dah mohon maaf tu

Syaza said...

kesian shila.

Seneorita Baharin said...

mcm2..dugaan, biasa la tu kn..semoga shila tambah menjalani dugaan yg diterima..

Haisan said...

Ini kes personel dan family matters.Tak perlu diperbesarkan di media.Although u r a star, i think you and yr befren is big enough to know that this matter keep it to the family not to the media.It show who u n yr befren are...

ros_reeza said...

kesian Shila.. berharap tiada lagi pihak cuba mengeruhkan keadaan.. hal personel begini, tak perlu lah orang lain masuk campur. beri mereka ruang untuk menyelesaikan segalanya.. harapShila terus maju :)

Ibu Amirul said...

Kesian Shila, tersepit antara ibu bapa dan kekasih... antara peminat dan media.... macam manalah dia nak bernafas

Sue-Rya Qistina said...

akhirnya shila bangkit memberi penjelasan. kesian juga pd dia. parents dia nak kan yg terbaik utk dia sebenarnya sbb skang kerjaya dia tgh naik. so parents dia tamo dia terleka. hopefully masalah antara mereka dua keluarga selesailah

ejulz said...

tu la nasib artis.. tersilap cakap sikit habis laa..

Hanida Moss said...

susah jadi artis, semua luar dalam masyarakat nak sebok. huhu..

Remy hazza said...

kemelut yg dah berpanjangan.....

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com