Just nak share info yang menarik ni pasal kos perkahwinan :)
1. Berkahwin mengikut rukun nikah yang sah. Jumlah kos RM 430.
Kosnya adalah :
1.1 Menghadiri kursus perkahwinan RM 80
1.2 Ujian HIV lebih kurang RM 100.
1.3 Kos Kadi RM 150
1.4 Mas Kahwin RM 100 ikut negeri.
2. Berkahwin mengikut rukun nikah yang sah di tambah sunnah mengadakan kenduri kesyukuran RM 920
2.1 Kos kahwin mengikut rukun nikah yang sah RM 430
2.1 Kos makan malam, tengahari ataupun minum petang (salah satu) untuk 70 orang jiran tetangga RM 490.
3. Berkahwin ikut Islam dan kos mas kahwin semasa RM 5820
3.1 Kos kahwin seperti nombor 2 RM 920
3.2 Mas Kahwin dinaikkan dari RM 100 kepada RM 5,000.
4. Berkahwin mengikut adat nenek moyang RM ???
4.1 Kos nikah dan mas kahwin asas RM 430
4.2 Kos barangan hantaran RM 2,000
4.3 Kos khemah, pelamin raja, makan beradab dan catering RM 15,000
4.4 Kos baju pengantin dan sewa baju-baju RM 1000
4.5 Set katil bilik tidur pengantin RM 2000
4.6 Kad kahwin dan banner RM 500
4.7 Wang hantaran RM 10,000 - 15,000
4.7 Kos adat itu ini, itu ini, itu ini….
Hidup ini adalah pilihan, hendak kahwin supaya dapat pahala dari Allah pun boleh, hendak kahwin supaya dapat ‘restu’ dari nenek moyang (adat) pun boleh, isu suka hati.
Kerana yang menanggungnya adalah kita secara individu.
Semoga bermanfaat.Salam
27 Sila Komen:
nak kawin ala fairytale theme nanti hehehe.
nice entry .. :)
wehuu kebanyakan kita yang last sekali tu
yg bawah skli leh wat pihak lelaki kena kerja kuat carik duit lebey..:) heheh
kan best kalau buat perkara yang wajib aje? huhu.. kehidupan selepas berkahwin yang paling penting
MEKASIH SYGGGG .. HIHI . MEMBANTU
Kena discuss ngan bakal husband nih. hehe btw, thanx share :)
mahal kalo ikut naenek moyang nih !!
ikut kemampuan pihak lelaki.. jgn sampai da kahwin berhutang
Byk pendapat tentang hal ini.....
Janji kawin jgn berhutang sudah ler...kikik
kebanyakan orang sibuk menghias gerbang rumah menjadi seindah mungkin.. sedangkan rumahnya hanya ada tapak sahaja? masih layak ke dipanggil rumah kalau begitu?
hamboiihh zaman sekarang ni macam2 hantaran yang diminta .. haha pihak laki yang teruk, hehe
biar simple asal tak susah dikemudian hari :)
heee... deno lambat lagi nih^^
ala...shida betul2 excited ^_^
ANDA DI TAG :) JEMPUT SINGGAH http://syakilancapitala.blogspot.com/2013/02/segmen-random-oleh-honey-yeo.html
wow.....
betul....tapi ramaikah yg praktikkan semua tu ????? rasanya semua dah tahu jawapan.....tetap no4..susah nak jumpa yg simple2 tu.....
kalau boleh nak akad nikah kat masjid and done. :D
kalau yang ikut adat nenek moyang tu pengsan lah.. haha. Lepas kawen terus kena ikat perut setahun. Buat sederhana je kang tak buat makan2 kesian pulak yang datang.. tak bersanding kan rasa tak best pulak.. :P
Tepuk dada tanya selera jenguk2 poket...
wahhh, da buat research nimesti tak lama lg. hihi
wow!tergamam membaca (~O~)
Mahalnya kos ujian HIV.. Buat kat hospital or klinik kerajaan jer.. Tak sampai 1o ringgit pun.. Lagi jimat.. =)
tp skang ni memang jarang sgt yg nk amik rukun tu semua nak vass ke babommm hehe
eh suke laaa post nii.. rs semangat plak.. hehe betul2 pilihan d tgn kt kan :)
*tertarik pd yg no 3, sederhana.. cuma mungkin boleh tmbh pd tetamu kaann nice ! :D
xpenting sume ni, tp yg penting bila sy nk kwin ni. tertunggu2 org nk msuk minang ni...
Post a Comment