✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, February 18, 2013

Tips : Nak Dapat Result Exam Gempak


Assalamualaikum.

Hari ni tetiba uzu nak share lak something kat u all. Harap bermanfaat.
Tips ni uzu guna masa uzu study kat Politeknik Kota Kinabalu.

Uzu jenis tak ambik perhatian kat kelas. Selalu online and sms je. Bila dah dekat nak exam, haaa mula gelabah. Apa yang uzu buat??

Persediaan Exam
  1. Kumpul Nota. Nota photostat dari kawan, kawan kelas lain, dari senior, and of coz nota dari lecturer..
  2. Soalan-soalan lepas. Pergi library cari soalan-soalan lepas, means photocopy soalan2 yang senior pernah jawab dulu. Selalunya ambik soalan dari 5 tahun keatas.
  3. Nota Ringkas.Buat nota ringkas untuk semua subjek. Letih kan? Tapi itulah kenyataannya. Nota ringkas memang membantu sangat-II. Selalunya sebulan sebelum exam uzu dah start buat nota ringkas. And nota ringkas uzu berwarna warni supaya kita x bosan baca.
  4. Makanan Kuatkan Ingatan..Beli Pati ayam brand, 1 subjek 1 botol. Kalau 9 subjek, 9 botol and ready-II kismis botol besar. Memang membantu makanan-II  tu.
Hampir-hampir nak Exam
  1. Hafal Nota. 2 hari atau sehari sebelum exam uzu start hafal semua nota tuk subjek yang uzu nak jawab keesokkan harinya. Hafal betul-II tau..
  2. Bersoal Jawab Dengan Diri Sendiri. Selepas hafal setiap bab, uzu akan tutup buku and cuba soal diri sendiri dan jawab. Mulut memang bising la cakap sendiri. Uzu xleh hafal dalam hati, kena mulut bercakap jugak.
  3. Study Group. Hari sebelum atau malam sebelum exam akan study group dengan kengkawan lain. Selalunya kami jawab soalan-soalan lepas-II dan bincang jawapan. Uzu dan kengkawan akan jawab soalan tu berulang kali sampai kami betul-II yakin dapat jawab tanpa tengok buku.
  4. Kuasai Nota.Lepas tu , uzu sambung hafal nota sampai betul-II hafal. Selalunya uzu hafal sampai ke subuh dan tak tidur sampai exam bermula. 
  5. Nota Letak Bawah Bantal. Letak nota kat bawah bantal sebelum tidur. Hahaha yang ni lawak. Tapi uzu buat jugak..Tak boleh belahhh hehehe
Hari Exam
  1. Sembahyang.Jangan lupa sembahyang walau sesibuk pun kita. Berdoalah supaya kita di perkuatkan ingatan, permudahkan urusan ketika exam. 
  2. Minum Pati Ayam Brand. Sejam sebelum exam uzu akan minum pati ayam brand. Memang pahit tapi itulah yang lancarkan otak kita
  3. Mula Langkah Kanan.Keluar bilik dengan langkah kanan. Yes! Uzu memang buat perkara ni. Berzikir semasa dalam perjalanan ke dewan exam.
  4. Tutup Nota. Jangan baca nota sebelum exam bermula sebab bila kita bersoal jawab dalam hati, tetiba tak ingat lak, kita akan mula gelabah dan gementar.
  5. Bersoal Jawab Dengan Kengkawan. Sebelum masuk dewan exam. Sekurang-IInya apa yang terlupa boleh kita ingat balik.
  6. Langkah Kanan Lagi.Mulakan langkah kanan masuk dalam dewan exam and serius uzu masih berzikir sampai exam bermula.

Ketika Exam 
  1. Soalan Susah? Cari soalan yang korang boleh jawab dulu. Maknanya yang senang-II lah dan tinggalkan soalan yang susah. If korang ambik yg susah, korang akan buang masa yang banyak tuk pikir. Kang jawapan yang senang tadi tak terjawab.
  2. Bila Tak Dapat Jawab? Bila korang lupa of coz lah berzikir. Ada kot doa untuk kuat ingatan. Kalau x dapat jawab, pandang ke atas. Hahahaha cari idea nak jawab apa..
  3. Soalan Jangan Biar kosong..Bila korang betul-betul lupa nak jawab, korang karang je lah apa yang patut janji soalan tak kosong. Percaya atau tak, jawapan yang korang hentam tu akan dapat markah even 1m sahaja.
Lepas Exam
  1. Jangan Bincang Soalan. Selalunya kertas soalan kena suh bawak balik and korang jangan bincang jawapan dengan kawan-II sebab bila korang tahu jawapan korang tu tak betul, u all dah mula gelabah risaukan result. Tak gitu?
  2. Balik makan dan tidur. Sambung lagi perkara diatas untuk paper lain. Hehehe.

Sekadar berkongsi tips belajar. Eh tak bermakna uzu ni berlagak pandai tau,
tapi alhamdulillah uzu pernah beberapa kali dapat Anugerah Ketua Jabatan sebab dalam pointer 3.50 ke atas.

Semoga tips ini berguna untuk adik-II yang still study lagi.
Hehehehe. k bye Salam


19 comments:

Nanie said...

Whoaa , berguna nih , tapi nani selalunya study last minute baru masuk . hehee

sha dhira said...

ok,done bookmark entry ni.. :) huhu

cik chenta said...

wah seronok nya !! tahniah uzu !! :D ..btw tips sangat berguna ...

Ikhmal Malique said...

Dekan tu...tahniah!

trah zain said...

owh,, pati ayam brand tu betul2 elok ea? sebelum ni tak pernah lak saya percaya sangat dengan kesan pemakanan, peracya sangat dengan diri... u sem baru nak try yg ni lak,,hehe

Nurul Filzah said...

brguna untuk kita jugak nieh

adibahfaizah said...

Seriously ke pati ayam tu brkesannn ??

zakie 11 said...

lawak part simpan nota bawah bantal(nak test nanti)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

sama2 menjadi insan yg berjaya. yeah zaaa

Lyana's Page said...

sgt berguna tips ni.. thanks 4 sharing tau..
btw, congrats sbb dpt dekan ;)

Nor Quraishia Ismail said...

wah. boleh try nie. tak lame lgy dah test. huhu. thanks :D

Remy hazza said...

thanks for the tip...berguna buat adik2 yg masih berlajar....

Nadia Johari said...

nad pun dulu mcm tu..tapi nad..tapi nota bwh bntal xla..heee

Fatin Rosli said...

wah....samala akak..dulu, wawa pon camtu gak. . tapi bab2 makan pati ayam nie mmg xlah...sebab tak sedap..

noor liyana said...

memang bagus tips nie..terima kasih ya..:-)

MK Kimi said...

kat poli dia panggil hod list ek? ok. baru tau :)

sa mic said...

terima kasih kak, hehe tengah praktis sekarang

~ yoona ~ said...

Waaaa. best la kaka senior dpt dekan berkali-kali..tps yg bergunaa . thank you . :)

Nur Irdina said...

kenape yang kat name tu kena tutup ?

# :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com