✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, February 15, 2013

Wajarkah Si Suami Teman Isteri Bersalin ??


Salam Jumaat.



Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)


24 comments:

MisEyz BLurz said...

Mesti sweet kalau suami mcmni..hihi

Mentari Minda said...

sangat wajar....moga dgn kehadiran si suami dpt mengurangkan rasa kesakitan bersalin dan juga ketenangan....

Nurul Faiz said...

sangat wajar. biar suami tengok sendiri betapa sukarnya untuk melahirkan baby. tapi masa akak dulu encik suami tak boleh masuk. huhu.

Afaf Qurratu'aini said...

sangat2 wajar...kalau boleh, mmg nak suami masuk skali teman time bersalin tu

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

; ntah- ntah sblum pape, suami dah pengsan . HAHAHA

Farisya Anastasyia said...

sangat wajar kak uzu.lagipun syirah baru je habis posting kat dewan bersain...memang terbukti sakit sagnat2 time bersalin...jadi bila si suami masuk,kesakitan yg dirasai isteri akan hilang,semngat pun bertambah :) insyaAllah :)

Mrs Velentine said...

kak MV sudah 3 kali bersalin tp hubby nda temankan sebab dia bilang dia takut darah..nnt dia cemas bila tengok kakak menahan sakit..gabra..haha

Fieda said...

sgt wajar krna sakit bersalin adalah sakit paling sakit di dunia...

Nurmujahidah Ismail said...

kalau dia sudi,, harap dia masuk la nanti,, haha.. #kumasihbujang

Selipar Putih said...

sgt wajar la syg

Erisa Levine said...

spatutnye la suami tmankan istri time2 genting gitu...

*time nak branak,ibu mmg kuat ea?tgn akak ak smpai jd lebam sbb si ibu pegang tgn dy time nk bersalin..huhu..kcian...tu prlukan suami disisi :P

Ieta Mat Sa'ad said...

Sangat2 wajar, suami akak mcmtu tp utk anak 1st n yg ke 5 je. yg no 2,3& 4 dia tak sempat coz jaga anak2 d rmh

deno said...

kalau sumai boleh tengok darah, sangatlah wajar^^

Nor Azimah said...

sgt wajar, sebab biar suami tau betapa susahnya isteri melahirkan zuriat..masa saya dl suami temankan,sgt2 membantu ketika suami di sisi walaupn sbenarnya suami loya tgk darah, tp ms temankn saya dlm labour room,dia ok je..memg sweet;)

~N!k nURfAt!hAH hARun~ said...

wajar,tapi ape pom atas pasangan tu la..tp kita yg wanita nie of kos la nk husband teman..

Busyra Bt Takiyudin said...

sngat wajar.. sweet sngat.. ;)

Cheq Kaq said...

Suami cheqkaq anak kedua baru masuk teman..yg pertama tak sempat datang

zulaika zulkifly said...

Wajar sangat ! sweetnya ~~~

Solehah Shamsuddin said...

sebelum kawin, tanya awal2. abg berani x teman saya bersalin nanti? hahaha :D

Bui Junaidi said...

SOMI KAK BUI TAK NAK..DIA TAKUT FENGSAN..HAHAHA

TP KAK BUI RS WAJAR LAH SBB DISITU AKAN TIMBUL KEINFASAN DLM HATI DIA BILA TENGOK ISTERI DLM KESAKITAN

Rahmad Mat said...

wajar.. supaya isteri cpt bersalin.. Pastu bolehlah si suami sambut baby dengan laungan azan..

Remy hazza said...

betul....supaya suami berkongsi keperitan dan betapa berkorbannya seorg ibu utk melahirkan....

Nadia Johari said...

wajr..supaya die dpt merasa kesakitan yang dialmi istri.hehe

Azhafizah Md Nor said...

Suami memang perlu ade disisi isteri ketika bersalin.^___^

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com