✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, March 5, 2013

5 Mac, 12:44pm: IGP berkata operasi masih menerima tentangan


12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.

"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.

Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.

"Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."

10 comments:

ANa Ahmad said...

macam-macam hmm...

Afie Qaisarah said...

Betul3..

Mimi Azirah said...

eeeeeeeeeeeeee...geram betul dgn penceronoh nih la

Aziela said...

Kurang ajar betol statement diorang nie.Hissshhh!

Normi Nieza said...

semoga selamat smuanya..aamiin

Normi Nieza said...

semoga selamat smuanya..aamiin

Farah Waheda Wahid said...

diaorang ni memang macam dah nekad habis ni... hu hu hu...

FarhanahAdzlan said...

smoga Allah sentiasa melindungi mereka disana aminn :)

Harith Iskandar said...

ehe mn ada keterlaluan.org yg ceroboh rumah org la keterlaluan.ada pulak datang rumah org lepas tu mengaku 'ini rumah saya' ...agak2 apa tuan rumah nak jawab?

p/s:- tidak termasuk rumah yg kene jual@lelong tnpa pengetahuan tuan rumah@penyewa ehehe :p

Shida Radzuan said...

tak berapa nk fhm la..hurm...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com