✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, March 26, 2013

AR Badul Mau Lempang Sultan Sulu Kiram



Lahad Datu Buat Saya Rasa Nak Berperang:AR Badul

Filem Darah Satria dan Prebet Lapok cukup hebat suatu ketika dahulu. Paling terkesan filem Darah Satria yang mana memperlihatkan perjuangan tentera menentang komunis di hutan. Realitinya hari ini, ia dianggap lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.


Penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelawak terkenal, AR Badul punyai seribu satu kenangan mengenai hidup ala tentera. Berkampung dalam tempoh lama bagi menyiapkan filem tersebut, sudah pasti Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie terasa terkesan apabila ada yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan kita di Sabah. Reaksi Badul mengenai insiden ini..

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan filem Darah Satria?

Idea ini bermula daripada produser ketika itu yang mahukan genre berbeza daripada cinta. Tetapi dalam masa sama, tidak meninggalkan terus elemen cinta dalam filem. Menerusi perbincangan, kami ambil keputusan untuk mengetengahkan kisah tentera. Mesejnya mudah, iaitu tugas sebagai tentera adalah lain daripada yang lain yang sedia berkorban diri untuk negara. Masih wujud unsur cinta tetapi dengan cara positif di mana tunang anggota tentera ini rela dan mendoakan orang tersayang pergi berjuang di medan perang. Selain berlakon, saya bertindak sebagai penolong pengarah, di samping Datuk Aziz Satar sebagai pengarah.



3 comments:

ANa Ahmad said...

lempang je jgn bg muka huhu :D

Shida Radzuan said...

jgn kate AR Badul..shida pn rsa nk lempang juge nih huhuuu

Afie Qaisarah said...

lempang3

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com