✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, March 18, 2013

Bahaya Padah Memakai Contacts Len Korea Kpop Murah

Assalamualaikum

mesti kat sini ramai yang gemar dan suka memakai contacts len ala-ala kpop kan?
Lagi-II benda tu murah di pasaran,.

Sejak kesan negatif memakai contacts len di paparkan di TV3,
srat dari detik tu uzu tak pernah lagi pakai contacts len. Menakutkan..


Kisah Benar Pelajar Guna Contact Lens Murah

Seorang pelajar kolej bengkak mata dan kabur pandangan kesan menggunakan kanta lekap murah yang mahu digayakan sempena Aidilfitri. Malah, mangsa, Nabila Rosli, 18, terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendapat rawatan dan pakar mata yang ditemuinya mengesahkan, penggunaan kanta lekap tidak berkualiti menjadi punca dia mengalami masalah mata yang teruk.

“Saya bersama tiga lagi rakan membeli kanta lekap itu di Seremban pada harga kurang RM25 sepasang beberapa hari sebelum raya. Warna kanta lekap itu amat cantik dan sangat murah. Apabila dipakai, anak mata saya kelihatan berwarna kelabu.

“Pada mulanya saya pakai kanta lekap itu seperti biasa tetapi selepas bangun pagi pada Jumaat lalu, pandangan saya kabur dan mata terasa amat sakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Nabilah berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi kepadanya kerana dia sering memakai kanta lekap yang mahal selain menjaga kebersihan yang disarankan.

“Mata bengkak teruk serta berair dan pakar mata turut mengesahkan ini disebabkan kanta lekap murah,” katanya yang hanya duduk di rumah pada Aidilfitri lalu kerana pandangan terlalu kabur.

Bapa mangsa, Rosli Palil, 45, berkata, beliau terpaksa berbelanja kira-kira RM500 untuk rawatan mata anak sulungnya itu dan hanya pada Sabtu lalu, penglihatan anaknya mula pulih sedikit demi sedikit.

“Dua hari dia seperti orang buta. Persoalannya adakah kanta lekap itu diluluskan Kementerian Kesihatan. Bagaimana ia boleh dijual berleluasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Mata dan Lasik Pusat Perubatan Prince Court, Prof Dr Muhaya Mohamad, berkata individu memakai kanta lekap perlu menjaga kebersihan kanta lekap dengan rapi dan teliti.

“Kebersihan adalah aspek paling penting dalam pemakaian kanta lekap kerana mata sangat sensitif dengan kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius.

“Saya nasihatkan pengguna jangan cepat terpengaruh dengan harga murah kerana kebersihan dan kualiti kanta lekap berkenaan tidak terjamin,” katanya.




p/s : nak pakai contacts len boleh tapi biar yang berkualiti tinggi.

17 comments:

YaNg AyEsHa said...

dulu pun saya selalu pakai contact lens..tapi sekarang dah takut dh nak pakai..walaupun masih teringin nak pakai lens..tapi skrg, bia la tak cantik pun..hati2 kalau nak pakai..pernah kena luka kat tepi anak mata sbb pakai lens

Lina said...

kalau mau pakai boleh.. tp biarlah yg d luluskn.. klu sekadar mau pakai utk kecantikkn,dan beli yang murah xpayahla kn?? tkut jd mcm ni.. xpasal2 mata boleh buta... kalau rabun why not pakai spek.. klu nak nmpak cntik beli lah yg mahal... hehe

Emma said...

sangat alegic berkaaitan dengan mata, so memang tak berani nak pakai... even nampak cantik, tapi x berani nak amik risiko. ;)

Ibu Amirul said...

Rm25 untuk kanta lekap berwarna... Memang tak masuk akal...
Nak canti punya pasal akhirnya dapat sakit...

ANa Ahmad said...

ish gelinya tgk bluekkkk...

Che Siti Maryam said...

takot nyer tengok..nasib la yam x minat...memg nmpk cntik..tp ada risiko yer...

Normi Nieza said...

mmg sjuk dulu lgi tak brani nak pakai contact lens...huhu

Rizal said...

Bodoh pe kambing..ni gambar takde kena-mengena dgn pakai contact lens la..
http://www.liveleak.com/view?i=4a8_1278350247

Rizal said...

Eye maggot removal

http://www.liveleak.com/view?i=4a8_1278350247

Rizal said...

Maggot in eye..

http://imgur.com/Z3Khz

Shida Radzuan said...

ayooo geli...

Nono Brittania said...

waoo... takot.. sy pon ada update pasal lens nie.. sy buat perbandingan sbb tu sy test 2-2...

walaupun sy jual lens murah.. tp sy akn pkai ntok 10Minit gtu je ntok bergmbr ( faktor corak lens cntik n terang )

http://erihakuren.blogspot.com/2012/02/contact-lens-fake-vs-original.html

Lissa LaLissa said...

nasib baik x biasa pakai contact lens.. hee

✿ Hasnie Adda ✿ said...

eee . bhye nye mata dia .

Cik Fie said...

kena berhati - hati kalau guna contact lens ni .

Nadia Johari said...

sebb tu nad xmo pkai contact lens..mata dh cntik

Dr Akbar Abdullah said...


Nak pakai kanta lekap atau kanta sentuh, mestilah beli jenama yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Janganlah beli dekat pasar malam. Itu namanya cari masalah. Selain itu, bila memakai kanta lekap, kita harus tahu teknik-teknik penjagaan kanta lekap yang betul bagi mengelak daripada berlakunya sebarang komplikasi pada mata.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com