✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, March 21, 2013

BR1M Dinaikkan Dari RM500 Kepada RM1000??



Berita baik sekali lagi untuk para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin telah mengumumkan bahawa BR1M akan dijadikan inisiatif tahunan. 

Nampaknya rakyat akan sentiasa tidak sabar untuk menanti tahun yang berikutnya untuk tiba. Apatah lagi jika BR1M yang berjumlah RM500 akan dinaikkan menjadi RM1000 seperti yang diberitakan pada bulan February lalu:

Kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M mungkin dinaikkan daripada 500 ringgit kepada seribu ringgit pada masa akan datang jika ekonomi negara terus kukuh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan itu tidak mustahil sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional, mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Sumber

Wah! Sudah pasti ramai rakyat yang bersenang hati jika BR1M menjadi RM1000 kan. Apapun, BR1M ini masih belum dimuktamadkan. Yang pasti sekarang, Najib telah umumkan BR1M akan dijadikan inisiatif tahunan.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung kelmarin.Sumber

Inilah contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah. Tapi, rakyat janganlah pula asyik bergantung dengan bantuan seumpama ini dari kerajaan sebab untuk keluar dari kemiskinan dan mengubah hidup kita kepada yang lebih baik adalah berasal dari usaha, titik peluh kita sendiri.

12 comments:

Farah Waheda Wahid said...

bagus ni... lagipun barang2 sekarang ni dah mahal...hopefully, inisiatif tahunan yang cuba diwujudkan ni diberikan kepada pihak yang betul2 memerlukanlah...

Normi Nieza said...

wah..bgus tu..:)

ANa Ahmad said...

untung la br1m 500 naik 1000.. yg baucer buku ni dari 250 je tak naik 500 huhu kedekut hihi .:D

mawar berduri said...

ok r tu..kurangkan beban yg berkeluarga...untuk yg bujang x naik ke..?huhu

cynta ieda said...

nak sangat dapat duit percuma.hahaha..

Al-Azrul Zakuan said...

nak dekat pilihan raya..biasa lah :p

Cik Fie said...

bagus2 . haha :)

Amer Amirah said...

untung-II siapa yg dapat :)

Afie Qaisarah said...

dah naikk.. untungla org dpt brim..

Seneorita Baharin said...

perghh terbaek la....

Nadia Johari said...

haha..kalo betul..

Solehah Shamsuddin said...

perghh seribu tuuuuuuu :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com