✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, March 13, 2013

Budak 8 Tahun Kahwini Nenek Berusia 61 Tahun




Budak 8 Tahun Kahwini Nenek Berusia 61 Tahun - Afrika Selatan : Seorang budak lelaki berusia lapan tahun mengambil keputusan untuk mengahwini seorang nenek berusia 61 tahun selepas diarahkan berbuat demikian dalam mimpi oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia.

Sanele Masilela, disatukan dengan Helen Shabangu dalam satu majlis, biarpun mendapat tentangan banyak pihak.

Budak tersebut yang berasal dari Tshwane akur dengan arahan dalam mimpinya itu bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Perkahwinan dengan Helen, seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai lima anak tersebut diatur dalam masa dua bulan.

Sanele yang berpakaian sut warna kelabu itu turut menyarungkan cincin pada pasangannya.

Mereka bagaimanapun tidak mendaftar perkahwinan itu dan sebaik majlis berkenaan berahir, kedua-duanya kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Saya memberitahu ibu saya bahawa saya ingin berkahwin. Saya gembira kerana dapat berkahwin dengan Helan, namun saya akan tetap ke sekolah dan belajar dengan lebih gigih.

Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita yang seusia dengan saya,’’ kata Sanele.

Dalam pada itu, Helen pula memberitahu perkahwinan itu hanya satu adat sahaja.

Malah katanya, suaminya, Alfred dan anak-anaknya gembira dengan perkara berkenaan.

Kami tidak ada masalah dengan perkara ini, tetapi masyarakat pula yang terkejut,’’ katanya.

Sementara ibu Sanele, Patience Masilela pula berkata, ia adalah kali pertama keluarganya menganjurkan perkahwinan seperti itu.

Sanele dinamakan sempena nama datuknya. Datuknya mencintai Helen dan dengan berbuat demikian kami memberikan kebahgiaan kepada nenek moyang kami yang telah meninggal dunia,’’ katanya. – MyNewsHub

6 comments:

Budak Kampung said...

mcm2 kan?...doakan yg terbaik je la

Hasri Anis said...

dunia..dunia.. macam2 pulak yg jadi sekarang ni.

RamRamCute said...

macam tu pulak?? kahwin pun boleh main cukup syarat aje..

Farah Waheda Wahid said...

haihh.... tengah membayangkan bagaimanalah kehidupan mereka...apa2 pun doakan yang terbaik jer...

Afie Qaisarah said...

dsytnyerrr

Nadia Johari said...

bagi mereka hanya satu adat..errrr...x tau nak ckp ape..mayb mimpi budk tu membawa sesuatu yang kita x tau

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com