✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, March 28, 2013

Hebatnya Sultan Brunei Darussalam




Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.

Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.


Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?

Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.

15 comments:

Tengku Iji said...

Subhanallah. setiap rezeki yang Allah beri adalah untuk kita bersyukur tentang nikmat. sungguh mulia Sultan Brunei. Semoga sultan brunei dijadikan contoh oleh semua sultan-sultan di dunia :)

Aimaniman Ezaiza said...

Tepat le konsep raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.. baginda x le membazir harta utk benda2 x berfaedah kannn

Normi Nieza said...

alhamdullilah..

Normi Nieza said...

alhamdullilah..

Siti Rohaida Yusof said...

alhamdulillah..murah rezeki

deno said...

hebat!

Cik Puan Fadli said...

alhamdulillah, kalaulah pemimpin Islam yg len bersifat semulia ini...

ANa Ahmad said...

hebat-hebat..kalah najib

MéuzAngelo™ XXIII said...

kita dh merdeka 56 taun pun takde ape yg mencerminkan sebuah negara Islam sepenuhnya. seolah2 kita hidup dlm negara sekular. harap2 kali ni kasi tukar.. hehe

Anis Lvince said...

copy entry ni :)

Wushuang said...

Alhamdulilah, pembetulan disini.. Sebuah kapal yang di hantar itu bukanlah dari kerajaan Saudi tapi dari kerajaan Kebawah duli sebagai kurnia untuk rakyat Brunei setiap tahun pada bulan Ramadan.. Alhamdulilah Allah peliharakan Sultan.

Wushuang said...

Alhamdulilah, pembetulan disini.. Sebuah kapal yang di hantar itu bukanlah dari kerajaan Saudi tapi dari kerajaan Kebawah duli sebagai kurnia untuk rakyat Brunei setiap tahun pada bulan Ramadan.. Alhamdulilah Allah peliharakan Sultan.

Afie Qaisarah said...

masyaallah..

Cik Fie said...

alhamdulillah

distiny said...

Memang tepat setiap tahun setiap bulan Ramadahan istana di buka untuk rakyat jelata sembahyang terawih di istana serta tedarus

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com